Broga Hill & Rabbit fun



Assalamualaikum...



Beberapa minggu lepas, aku berkesempatan untuk mendaki Broga Hill. Broga Hill kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Bukit ni terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut dan menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti hiking.




Bukit Broga juga memang lokasi yang famous bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan pendakian awal untuk mendaki Gunung Tok Wan.


Untuk panjat Bukit Broga ni, yang paling baik ialah kena merancang pergi awal pagi...agak-agak matahari tak naik lagi dah mesti kena sampai di kaki Bukit Broga. Tapi kalau pukul 2 pagi tetiba baru nak wassap ajak panjat Broga ni, agak-agak pukul berapa kau boleh bangun??! hahaa... Aku dah bangun awal dah, tapi mamat sorang ni pulak terlajak bangun! Puiihh, hampehh aku nak tengok sunrise!...


Naik ke atas jauhnya 1.7 kilometer. Nampak macam angka tu kecik je tapi lu jangan pandang enteng, ni 1.7 naik bukit kot bukan jalan biasa. Mau sempottt jugek noks! hahaa... ;p


Sebelum panjat pastikan pakai kasut yang sesuai. Dan antara tips nak panjat Broga ni kalau boleh jangan pergi selepas hari hujan, nanti susah nak naik atas... licin


turn right in 50 meter


Kitaorang start mendaki dalam pukul 8.00 pagi. Disebabkan broga hill ni dah jadi agak popular sekarang, ramai gila orang. Dan kadang-kadang, berlaku trafik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia. 


Bayu pagi meniup lembut

Pada hujung minggu, kawasan puncak Bukit Broga akan dipenuhi dengan ramai pendaki, yang telah mula memanjat seawal 4 atau 5 pagi. Kebanyakkan yang mula mendaki awal ni sudah pasti ingin melihat keindahan panorama matahari terbit yang boleh disaksikan dari puncak Bukit Broga ini. 


Ni kali kedua aku naik Broga ni.. Masa first time tak silap 3 tahun dulu, masa Broga baru nak up, ke aku yang baru nak up?! hahaa... Masa tu memang femes lepas angkasawan negara Dato' Sheikh Muzaffar & isteri dia buat photoshoot pre-wedding. Memang cantik giler gambar dia... Maybe amik gambar kat taman bunga too mainstream~ .... Boleh la kot verangan nak wat Pre-wed photoshoot kat puncak bukit jugak!... ;p hehee

First, lemme take a selfie~
Peace yo!

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga. Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.


Masa kitaorang mendaki, bertembunglah dengan berduyun-duyun pendaki yang sedang turun. Dari budak kecik, budak2 IPT & kolej hinggalah warga emas.



Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah





merenung masa depan... 


Dari kejauhan, kitaorang dapat menyaksikan barisan pendaki sedang menuju ke puncak ibarat semut yang sedang pulang ke sarang.



I'm at the top of the world!
Kami buddy!

Dari puncak yang pertama ke puncak seterusnya, tak tinggi sangat boleh santai jer mendaki tu. Sambil-sambil tu boleh duduk lepak atas batu-batu besar dan menghayati permandangan indah dari atas Bukit Broga. 




Happy feet!






Puncak tertinggi ni merupakan yang paling mencabar. Laluan semakin curam dan semakin tinggi. Kene panjat batu besar atas ni.



Secara keseluruhan, broga hill ni memang best untuk didaki dengan pemandangan yang memang sangat cantik! Broga ni sesuai bagi semua lapisan umur dan untuk pendaki amatur mahupun professional dan tak susah mana untuk newbie atau awek-awek ayu nak daki.

Boleh jadi model SJCAM tak??? keh3.... ;p
Ni model gigi besi! hahaa

Akhirnya misi Eriza menawan puncak Broga selesai!;) Bucket list ticked off... hahaaa..


Disebabkan matahari pon dah terpacak, dah terasa bahang kehangatan atas puncak ni, moh le kita turun dulu.. Bagi korang yang inginkan lebih cabaran, boleh meneruskan pendakian menuju ke puncak Gunung Tok Wan. Laluan ke Gunung Tok Wan ini adalah sepanjang 4.8 km dan anda akan menempuhi kawasan hutan untuk tiba ke puncak gunung. 

Yeayyy!

Masa nak turun, lengang jer... padahal baru pukul 10 pagi semua orang dah lesap! hahaaa... Pagi tadi punyalah sesak kat puncak first ni.. rasa cam semut jer, siap budak-budak dok berkelah kat sini... kih3...



Meh sini gua nak bagi khidmat pesanan masyarakat skit, kalau dah syok2 berkelah pesta makan-makan kat atas ni, sampah tak reti nak buang ker??? Manalah ada tukang kutip sampah atas ni. Kata nak menikmati keindahan alam tapi naik atas tu buang sampah merata2. Aisehhhh man! Silalah bawak balik sampah2 makanan & botol2 air turun ke bawah sendiri.. Sakit mata & hati gua nengok sampah merata2!..






Dah selamat sampai di bawah (starting point), lepak dulu pekena air kelapa & nasi lemak kat gerai di kaki Bukit Broga ni. Dah jalan sampai kat kereta, ternampak taman arnab bertentangan dengan lot parking ladang kelapa sawit ni. Rabbit fun! Nak tengok fun ke tak, kitaorang pon try masuk... hehee



Tiket masuk sorang RM5. Pastu kitaorang beli lobak nak kasi binatang makan..



Kambing gurun
kuda



anak lembu ni nak jilat SJCAM aku... 

Arnab-arnab kat sini comel gilos & gemuk-gemuk belaka! Tapi yang tak bestnyer kitaorang tak leh pegang arnab ni... Bagi makan kat celah2 sangkar jer...




Macam-macam spesies arnab ade.


Baby arnab cute sangat!
kancil
Rusa
Itik & angsa
kekambing
keldai

Rabbit fun Land ni ala2 mini zoo pon ade. Tapi tak berapa nak fun sangat lah... Tempat dia macam sadis jerr... Binatang lain semua kurus2 macam tak cukup makan. Kitaorang beriya nak masuk sebab nak tengok arnab, konon bajet2 macam pencinta binatang.... rasa macam nak lempang diri sendiri!... hahaa



In a nutshell, dah jom balik! Kbye....




Comments

  1. waaa ...cam best jer... nanti nak try gak ler g mendaki bukit broga !

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Herm kalu pakcik yg mendaki ni kompom somputtt...hee3...

    ReplyDelete
  3. Dah 2-3 kali baca org review pasal brogba ni...cam best jer kan...bila la ai nak sampai sana!

    ReplyDelete
  4. Best.. Pemandangan cantik..mmg terbaikk..

    ReplyDelete
  5. Permandangan yg cantik. Mesti best kan...

    ReplyDelete
  6. Patut buka jalan baru. Jalan yang ada ni sesak pastu licin. Memang bahaya. Papepun memang best la...

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS