Dejavu di Kinabalu- Pt 2



Assalamualaikum


29 Januari 2016, Jumaat, 9.00am


Pagi tu, sementara tunggu kawan-kawan lain yang belum sampai ke Negeri di Bawah Bayu ni, kitaorang nak jalan-jalan cuci mata dulu!


Rombongan pagi ni dijoin oleh aku, Ayu, Kak Shikin, Kak Fit, Kak Hani, Khairil & Ikrom. Kitaorang jalan-jalan kat tepi laut.


Selfie depan belakang! :p


GoPro sorang satu! hahaa


Laut yang membiru!



Lepak-lepak kat depan waterfront layan angin bayu laut yang sepoi-sepoi bahase.


Aku yang ajet-ajet tourist guide bawak dorang jenjalan! ;p



Next, misi untuk mencari poskad untuk di pos dari puncak gunung Kinabalu nanti. Pastu sempat jugak mengusha barang cenderahati kat pusat Kraftangan & Pasar Filipina macam Fridge magnet, baju t-shirt i love sabah, keychain, barang-barang mutiara dan lain-lain.


Masa nak beli poskad ni, tetiba otak aku ligat terpikirkan satu idea yang menarik! Nak mencari angle thorbaekk! Dan aku akan merealisasikan idea tu kat puncak Gunung Kinabalu nanti! Tungguuuu...... Hahaaa....


Kat sini pon ok jugak kalau nak beli souvenier!


Hard Rock Cafe yang baru kat Sabah ni terletak di Oceanus Shopping Mall. Kat depan jer, seberang jalan dengan Marina Court yang kitaorang duduk tu. Sementara nak tunggu van amik geng2 yang lain kat airport, kitaorang pusing-pusing dulu kat sini.


Hard Rock Cafe Kota Kinabalu ni, HRC yang keempat di Malaysia selepas di Kuala Lumpur, Penang and Melaka.


Kepada peminat kipas susah mati, kafe batu keras ni, boleh la korang melawat kat sini! ;p

Janji rock! 
Aku tak de lah die-hard fan sangat dengan Hard Rock Cafe ni. Tapi dah alang-alang sampai sini, kasi singgah lah! hahaaa... Sebelum ni pernah singgah kat HRC di Penang & Macau. Tapi kat sini dia ade 2 tingkat. Cafe di sebelah atas & rock shop kat bahagian bawah. Cafe dia tak bukak lagi coz masih awal pagi! Pagi-pagi masuk shopping mall tak de orang pon! hahaa


Let's rockin bebeh! Chill at Hard Rock Cafe!



GoPro Heroin! lulz


Dah nama pon Oceanus Waterfront mall, view dia memang mengadap laut lah! 


Kau dah kenapa Acai?? Over excited ka? hahaaa...


Ok ready nak gerak ke Kinabalu Park.


Singgah sebentar di Pekan Nabalu!


Kat sini baru dapat jumpa dengan geng-geng yang lain. Dorang naik van lain. Kebanyakannya kitaorang tak kenal pon tapi bila hajak selfie semua laju jer! kah3..


Selfie atas bawah! lulz ;p



Tak nampak view gunung Kinabalu kat belakang tu. Awan kumulonimbus menutupi pemandangan!


Selamat datang Sumandak ke Pekan Nabalu, Kota Belud! Bule bah kalau kau!


Singgah kat sini nak beli buah pisang supaya tak kepishangan semasa mendaki esok! hahaaa.. Tapi pisang yang kami dapat kecik jer! Kalau nak dapat murah kat sini, kene pandai cakap Sabah! Pasti berbaloi-baloi bah! hehee



Sampai suda di Kinabalu Park!


Taman Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 ni merupakan yang tertua dan paling popular di rantau ini. Pada tahun 2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di Taman Kinabalu.


Kat sini kitaorang register dulu & makan tengahari. Sempat jugaklah berkenalan dengan Adam, Fad & yang lain-lain. Next, kami semua menuju ke Pekan Kundasang pulak!


View gunung ganang kat sini memang mengancam!


Aku & Cikgu Zul Pendekar Langit ke 7. Jangan main-main, dengar nama pon sudah gerun! hahaa


Muka sirius tengah setting kamera! ;p


Kami & GoPro bagaikan aur dengan tebing! Tak dapat dipisahkan! kah3


Let's welfie gais! Line up dari kiri Abang Hafiz sado, Azrul, Kak Shikin Ghimau, Acai, Aku, gadis Ayu & Cikgu Zul. Ehh kemane pulak Dokter Ramli & Kak Fit?? hahaa


Sampai sudah di Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang!


Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang ni memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.


Ketinggian kawasan ni lebih kurang 2100M daripada aras laut. Ini menyebabkan rumput yang ditanam untuk makanan lembu tumbuh dengan subur, hijau mata memandang dan gunung kinabalu nampak sangat dekat.


Kami beratur nak p beli aiskrim!


Tu dia mai sudah Abang Planta yang menjadi idola gadis-gadis!....



Time cuaca sejuk-sejuk macam ni layan aiskrim memang thorbaekkk bak ang!


 Geram melihat rumput-rumput yang ditanam sangat cantik! Rasa macam nak bawa balik tanam dekat rumah!




Amboihh, makan aiskrim dengan penuh gaya! Boleh jadi model aiskrim Kundasang nih! :p


Aku makan dengan gelojohnya coz eskem dah melelehhh cayaq! hahaa

Freeze your mind!


Masa ni aku dah standby 4 biji kamera konon nak amik gambar lembu kundasang ni di setiap sudut berlatar belakangkan Gunung Kinabalu! Tapi, nampaknya hampa & kuciwa sebab sekor lembu pon tak de kat padang nih! Sedih! huhuuuu.... Gunung Kinabalu pon malu-malu nak menonjolkan diri, berlindung di sebalik awan!


Ni gambar tahun lepas, di lokasi yang sama. Lembu-lembu yang banyak bawak ong! hahaa





Baru ingat nak masuk contest lagi! Tapi apa pun terima kasih kat Tourism Malaysia & Tourism Sabah coz gambar kat sini lah aku dapat menang kamera GoPro idaman aku & pakej honeymoon ke Kudat! :) Walaupun kemenangan aku yang agak kontroversi! hahaaa


Tengoklah padang yang luas terbentang tanpa seekor lembu! 





Tak dak lembu sebagai subjek gambar, amik karrimor rucksack sebagai props! hahaa


Sometimes it's the journey that teaches you a lot about your destination.

-Drake-


Abang Ariff & backpacknya!


Tiket masuk RM5.00


Balik dari ladang lembu singgah jap kat sini.


Kundasang War Memorial. Tempat ini menempatkan tugu peringatan semasa perang dunia kedua melanda.


Tapi malangnya, sesampai jer kat sini, gate dia dah tutup. Tak sempat nak masuk! Awal jugak dia tutup dalam pukul 5 petang.


Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi tarikan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.




Salah satu gambar pemandangan kesukaan aku di kundasang. Bak kata pepatah melayu "jauh perjalanan luas pemandangan". *ewah!




Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Banyak landmark berbentuk sayur-sayuran kat sini! 



Tarikan terbaru di bulatan jalan besar KK- Kundasang-Ranau. Replika sayur Pitchai!


Pemandangan gunung-ganang di sekitar kawasan Kundasang, amazing view!







Pemandangan di sekitar kundasang, sangat awesome dengan gunung ganang, kehijauan melihat kebun-kebun sayur di lereng-lereng bukit, tambahan dengan keadaan demografi tanah tinggi yang landai sejuk mata memandang!


Tak sabar pula nak start mendaki esok! Esok juga adalah hari yang paling special untuk aku! hahaaa


To be continued.......









Comments

  1. masuk wishlist.. gambar cantik, orang pun cantik.. ^_^

    ReplyDelete
  2. akk suka walking here, sebab 1 benda yg tak tercapai, backpacker mcm ni la..insyaAllah tggu anak besar sikit..family packer kata kou hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS