See you when I see you!


Assalamualaikum....


Kali ni geng krik-krik kembali ke destinasi bajet seterusnya, iaitu di Janda Baekkkk! hahaaa... Ni ala-ala weekend gateway dengan kawan-kawan sekolah & farewell party for our bestfriend, Linda yang akan pergi merantau jauhhh ke Saudi Arabia! huhuuuu.. Sedih bak ang! Sorang-sorang pergi meninggalkan kami kat sini... Mungkin aku juga bakal menyusul lepas nih... hehee


Kat Janda Baik ni banyak giler homestay & chalet2 yang menarik! Tapi better korang book dulu awal-awal sebelum pergi. Kami menginap di Inap Desa Chalet. Harga dia RM150 per night. Keli Chalet nama dia. Tempat ni memang best, chalet dengan suasana kampung dan di tepi sungai!


Dekat depan sungai ni ada pondok buluh. Bagaikan teratak di hujung kampung, memang sini port baekk lah nak buat bbq tepi sungai sambil melepak! Memang tenang dan damai dengan udara segar!


 Memasuki kawasan calet yang terletak di Janda Baik, Pahang, kami disambut dengan bunyi deruan air sungai yang terus menerus mengalir deras tanpa jemu di persekitarannya.


Rasa tak zabarrr nak terjun tiruk! hahaaa



Nampaknya tak boleh nak buat aksi-aksi terjun tiruk kat sini coz air sungai dia cetek jer. Paras buku lali! Sesuai kalau nak bawak budak-budak kecik mandi kat sini! hahaaa....



Acah-acah tekun sedang menyusun batu-batu! ;p


Aksi batu berdiri! Checked!


Sambung main bakar-bakar & bbq sampai lebam! Kukus, grill, panggang, repeat! hahaaa


YUmmeh! Adehhh terasa lapar pulak!





Aksi marabahaya gimnastik spastik! Please don't try this at home! koh koh koh


Ajet-ajet infinity pool! hahaa


Tak puas mandi kat sungai cetek, sambung berendam kat dalam kolam! Kat sini baru boleh main terjun dengan pelbagai gaya! hahaaa


Aksi Terjun tiruk yang gagal! Gaya jer lebih ni! kah3!


Ada kolam untuk pancing ikan dengan suasana kampung yang damai.



Chef sedang beraksi! Menunjukkan kepakaran menggoreng!


Esok pagi sambung main masak-masak lagi! Menu sarapan, telur dadar gebu!


Roti telur siap!




Menggoreng sambil menikmati suasana hening pagi di tepi sungai!


Ikan geli goreng terbaekkk dia punya meletup masa nak goreng! Semua pakat dok jauh 10 meter dari kuali! hahaaa


Kat sini, korang memang boleh campak tepi lah gadjet2 & internet! Tak de coverage! Memang offline lah! hahaaa... Memang quality time kalau bawak family & kawan-kawan!


Goodbyes are not forever.
Goodbyes are not the end.
They simply mean We ’ll miss you
Until we meet again!


Sorry babe aku tak dapat jumpa kau haritu sebelum ko fly! Aku kat atas gunung masa tu! hahaa... Kalau ada rezeki nanti, kita jumpa dekat Saudia k tak pon Dubai! Gud luck kat tempat baru & semoga tabah hidup di perantauan! Jangan lupa open table bila balik sini! hahaa



In a nutshell, see you when I see you!





Comments

  1. wahh, linda ke saudi belajar ke kerja ? :D goreng ikan memang rasa psycho sikit haha, letup2 dia tu kemain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja kat sana... hehee.. tau xpe, ikan tu pnye meletop dahsyatt! haha

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak