KL BBQ Kemensah

Assalamualaikum


Harini sis nak review tempat makan yang tengah meletops sambil main celup-celup dalam air sungai iaitu kat KL BBQ Kemensah. Sis pergi ni masa bulan 8 haritu. Time tu covid dah reda skit dah boleh start keluar jalan-jalan sume. 

 Tempat ni terletak di Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor. Kalau korang nampak zoo negara tu, ha korang jalan lagi masuk sampai dalam kat atas bukit sikit.

Waktu operasi tempat ni adalah setiap hari bermula 10am-7.30pm.


Bagi aku, better korang booking untuk datang pagi or tengahari. Sebab parking space untuk kereta pun agak terhad. Kawasan dia agak sempit.


Menu dia ada macam-macam. Set udang, ayam, ketam, daging or vegetarian. Harga dia boleh tahan mahal jugak ye. Standby duit je la.


Kalau korang nak usha menu & harga dia boleh tengok kat sini. Kalau nak datang sini, sebaiknya buatlah reservation seawal 2-3 minggu awal untuk hari Sabtu, Ahad atau Public Holiday atau 1-2 hari awal jika nak datang pada hari Weekdays.


 Nak book pun boleh tengok nombor telefon disini :




Kena tengok cuaca juga kalau nak datang sini. Kalau hari hujan tak dapat la nak experience river dining. Boleh postpone ke hari lain kalau dah book tapi cuaca tak mengizinkan.

Nak ke tempat duduk tu korang kena hati-hati masa cross sungai tu sebab batu dia licin dan tajam. Air sungai tu boleh tahan deras juga sampai paras lutut. Aku pon hampir tergelincir gaiss! Sapa yang nak mandi terus pon boleh bawak baju spare siap-siap. Sambil makan sambil mandi. hahaa


Kami book pukul 11.00am sampai 1.00pm. Setiap slot dia bagi 2 jam jer. Ramai orang lain tengah tunggu lepas tu. Bagi aku agak sekejap sebab tak puas nak enjoy makan sambil menikmati alam. 

Bagi yang berjiwa outdoor, best pergi camping sambil masak-masak tepi sungai lagi puas hati sebenarnya. hahaa


Disebabkan cuaca agak panas terik, dorang ada sediakan topi Mr Potato! 

Cute x sis?? muahahaaa


Makanan dia bagi aku so-so je la. Sapa yang suka makan seafood & daging grilled tu boleh la kot layan. Tapi portion set makanan dia pun agak sikit bagi aku.


Fusyohhh excited mak!



Budak-budak la yang paling seronok kalau kat sini! Sakan berendam dalam air!

Sisters


Agak panas juga waktu ni. Berkicap sis! hahaa


Kalau korang nak try lagi makan sambil celup-celup kaki dalam sungai, ni ada lagi 1 tempat yang pernah viral dulu :



In a nutshell, korang boleh la datang ajak family & friends makan-makan sambil bersantai dan menikmati keindahan hutan dan kesejukan air sungai kat sini. 

Till then. Adiosss!




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS