ALEESA warded
Assalamualaikum
5.6.2022 hari Jumaat aku EL sebab dak Aleesa ni demam, badan dia panas. Tapi sejak dua minggu lepas dia asyik demam on off. Bila malam jer badan dia start panas. Tapi bila pagi nak pergi school dia ok sihat aktif.
So siang hari jumaat tu lepas dah mandi makan semua ok jer aktif. Tapi memang start bagi ubat demam. Sampai la malam sebelum tidur dalam pukul 9 malam tu dah bagi siap-siap ubat demam. Malam tu aku pun tidur awal sebab keletihan jaga budak ni. Macam biasa tiap sejam ke dua jam mesti merengek nak nenen so memang aku xleh tidur nyenyak pun.
Lepas tu bila aku bangun subuh, dia pun mesti terjaga sekali. Aku xpantau sangat suhu dia tapi bila pegang kepala dia panas aku spray bagi basah kepala.
Lepas subuh tu aku bagi dia nenen dengan harapan untuk dia tidur balik. Tapi dah sejam tak tidur pun asyik merengek jer. Aku pun xleh tidur jugak la. Maybe dia lapar kot. Aku pun nak buat breakfast. Letak dia atas kerusi makan. Tapi aku bagi ubat demam dulu dalam pukul 8 pagi macam tu. Bagi biskut dia xnak still merengek lagi. Bagi susu pun tak nak minum air tak nak.
Lepas tu tiba-tiba dia terus senyap kat kerusi tu terus duduk menyenget macam nak tumbang. Laki aku pun angkat dia. Nampak dia macam dah lemah terkulai. Terus aku nampak tangan kanan dia tersentak-sentak. Aku dah cemas dah dia kena sawan ke ni??
Terus bukak baju dia bagi dia mandi kat shower sambil aku peluk dia. Dia memang xde respon langsung. Kaki dia pun keras kejang mata kaku. Aku dah gigil dah rasa nak menangis dah panik.
Ya allah Aleesa!!!
Pastu kitaorang pun kelam kabut la terus pergi hospital yang terdekat kat Sunway. Laki aku confident jer medical card budak tu dah boleh guna. Terus la masuk ke emergency room doktor bagi rawatan terus.
Tapi tengok2 kad dia x aktif lagi sebab baru jer amik haritu xsampai sebulan lagi. Kena tunggu 90 hari kot baru leh guna medical card dia. Pastu mintak transfer ke PPUM.
Ade la dalam 30 minit macam tu nak tunggu discharge. Sekali tengok bil nak dekat RM700. Phewwwww... Itulah harga untuk rawatan kat hospital swasta. Klu warded mahu berapa ribu nak kena bayar tu. Itulah pentingnya nak kena buat medical card awal-awal lagi. Sebab nak tunggu tempoh matang kad tu lagi. Ermmm...
Lepas tu terus pergi ke Emergency Paediatric PPUM.
Lepas tu doc ni check. Mse nak check tekak dia mula la meraung. Lepas tu amik darah lagi la nak kena cucuk tangan dia. Mama tak kuatt!
Bagus doc ni dia ada bagi penerangan semua. Tapi bila nak register nama Aleesa xde dalam HRMIS aku plak. Ahh sudah. Nasib baik doc tu cakap boleh jer terus isi online details anak dalam sistem HRMIS tu. Cuma kena bagi tau orang opis suruh approve terus dalam sistem tu. Nasib baik aku wasap orang opis yang jaga sistem tu dia terus approved walaupun hari Sabtu.
Doc cakap nak kena warded. Tapi nak tunggu result darah dia dulu. Sejam juga la tunggu result tu. Sementara tu kami pergi makan dulu.
Kesian plak budak ni. Sayu jer tengok bila dia tidur. Dah lenguh bahu dukung dia, so bagi dia dok dalam stroller.
Lepas sejam doc bagitau result darah dia. Ade keradangan skit & virus so memang kena warded sebab doc nak pantau. Risau sawan dia datang lagi. Sementara tu doc memang bagi ubat demam setiap 4-6 jam sekali bagi demam dia betul2 sembuh.
Hanya sorang penjaga jer yang boleh masuk wad. Kena buat RTK test. Kena bayar RM90. Bapak dia xleh masuk. Nak hantar barang pun kat kaunter jer. Sama macam mama nak bersalin dulu. uhukkk
Nak tunggu masuk wad ni lama la jugak dalam pukul 3pm baru leh check in.
Dapat bilik yang sorang. Ada privacy la skit toilet pun kat dalam.
Meraung tak mo dok dalam baby cot sebab kena kurung. hahaa
Lepas tu doc datang buat rtk untuk mama & pcr untuk Aleesa. Apa lagi melalak la dak kecik tu. So xleh kuar la dari wad. Masa lepas doc cucuk hidung budak ni meleleh plak hingus dengan darah. Doc ni cucuk hidung dia dalam sangat ke? ermm. Aku bgtau nurse. Nurse suh lap je darah tu.. ermmm
Doc pun terangkan tujuan kemasukan ke dalam wad ialah:
- Takut sawan akan berulang.
- Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
- Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
- Untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa.
Doc pun terangkan apa yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan?
- Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
- Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan. Seeloknya rakam ambil video sebab boleh tengok pattern sawan tu & tempoh berlakunya sawan tu.
- Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
- Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
- Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
- Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
mamam dulu
Share la mama makan ngan Aleesa. Kalau abah dia datang bawa makanan pun drop kat kaunter jer. uhukkk
Nasib baik dia ok jer makan berselera
Dia punya jarum tu dah berapa kali dah nak tertanggal balutan tu. Dia rimas asyik gigit nak bukak. Dah sepuluh kali mama panggil nurse suruh balut balik. hahaa
Abah dia dah bawak dah mainan sume. Tapi habis dia lempar bawah katil. Xmo main bosan mengamuk dalam baby cot. Mama pun terpaksa bagi tepon untuk dia tengok cartoon. So mama kepishangan la nak xleh hapdet story kat insta... ermmmm
Tidur skali la dengan mama kalau kat baby cot tu dia xmau tidur pun. Mama pun sipi-sipi la tidur kat tepi nasib xjatuh jer ade penghadang besi tu sebab dak ni dah conquer katil.. uhukk.. Lagipun mama memang xleh tidur sebab sejuk namati bilik ni dah mcm kat everest plak. Pakai stokin sweater sume aircond dia sejuk xleh bincang. Menggigil habis nasib cakap xkuar asap jer.. hahaa
Tapi lena plak budak ni tidur maybe sebab makan ubat kot.
Aloohhh cian dak debab nih... huhuu
Pagi ni dah siap lawa-lawa ingat dah boleh discharge la
Kena pantau dia punya kencing & berak. Catat berat pampers tu tiap kali nak tukar.
Rupanya kena stay 1 hari lagi sebab doc masih lagi nak pantau.
Tengok budak ni xdemam dah.. Adehhh mama udah capek anakku! Bantuin mamaaa....
Time dia tido ok la mama leh bertenang skit leh tarik napas nak berehat.
Dah start celik mata jer memang tak dok diam la sampai berguling atas lantai tu buat macam umah sendiri.. Dia pun dah bosan asyik merengek jer nak main tepon la nak main kejar-kejar la. uhukkk.. Letih oiii jaga anak kat spital... Jangan la masuk spital lagi pasni..
Xpon biar abah dia plak jaga pasni baru dia tau macam mana ragam budak ni. ermmmm
Dah kali ke doploh sisterr nurse tu balut tangan dia. Skit2 terburai dia nak cabut. Aku risau jer kalau darah memancut. aishh budak bertuah ni
Malam kedua nak tidur tu aku cakap kat nurse leh x tutup aircond sebab aku dah xtahan dari semalam xtidur sbb kesejukan. Nurse tu cakap aircond ni centralised. Tapi boleh jer nak tutup. So apalagi memang aku tutup la pun still lagi rasa kesejukan dia. Tapi dah x macam everest la. Macam ala2 cameron gittew.... Bole la nyaman je la tidur sbb memang dah baraiii dari semalam. hahaa
How to kill a time... ehhh macam kenai la penulis tu... hikss!
Cepat la discharge... Mama is pewaii
Nak p amk ubat punya lah jauh dia punya farmasi tu berkicap jugak la nak ke bangunan sebelah.
In a nutshell, moga Aleesa sihat je la lepas ni. Xmo sakit-sakit dah. Next time memang kalau anak demam jer memang mama akan sentiasa pantau suhu bagi makan ubat ontime & kena basahkan kepala & badan dia. Memang risau lagi-lagi waktu malam suhu badan tiba-tiba akan naik. Sekian pengalaman mama & aleesa check in 3h2m di PPUM.
Salam sis, berapa ya kos total anak puan ke ppum 3h2m tu?
ReplyDeleteSalam. Sy kakitangan kerajaan boleh guna GL xkena bayar apa2. Cuma kos RTK tu je la kne byr RM90
Delete