AKMAL 2016
Assalamualaikum
Rupanya dah lama ada dalam draft kenangan ni cuma tak dipos. Hahaaaa...
So bagi mengimbau semula sempena Anniversary Batch 2016 yang dah masuk tahun ke-6, meh la sis cerita pengalaman semasa training di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) di Melaka.
Are you ready guys??
Geng kawad dok abid 4. horaa horeyyy!
Selfie dulu sebelum start kelas. Dah la geng duk belakang jer. Last2 ketiduran.. hahaa
Banyak jugak yang nak kena hadam dalam masa 2 minggu kelas siang malam. Lepas tu ade exam lagi. Memang pulun habis.
Platun 1 aka Spartan!! Bendera tu sis yang lukis acah2 graffiti never die gittew! hahaaa
Veni, vidi, vici. Inspired by Roman Empire Julius Caesar. Tampak garang kan kami punya kata-kata semangat tu, baru la platun lain gerun! hehekk
Lamanya dah tak main bola jaring. Last main masa sekolah rendah dulu ye. Sis wakil sekolah. hahaaa... Nasib baik skill shoot bola jaring tu masih ada walaupun dah berkarat! Semput sis nak kejar bola tau!
Yang Faz & Nida kat belakang tu awat muka ketat?? Garam tau! hahaa
Ni part yang sis paling suka! Main tembak-tembak pakai pistol Glock & Revolver!
Sis punya score bole la dapat 99..Takat nak tembak hati awaaa tu skali shoot jer! Acenggituuu... hehee
Dulu sis kat bahagian penguatkuasaan banyak kali la ada aktiviti menembak. Skang dah bertukar ke bahagian lain dah xde dah. Rindu nak main tembak2 lagi. Uhukkk.. Masa join Palapes dulu main senapang M16. Ni main pistol. Dapat la merasa. Sampai lenguh bahu nak tekan picu tu, nak aim target.. hahaa
Ni pun best jugak. Tempur tanpa senjata. TTS. Dulu masa kecik-kecik dulu, sis teringin sangat nak join taekwando. Tapi disebabkan tamampu so sis pendamkan ajer minat tu. hahaa
Now dapat la belajar jugak basic seni mempertahankan diri. Tapi badan sis dah keras tak berapa nak fleksibel, so lepas kelas konfem sakit-sakit badan. Tergeliat nak bukak langkahh kekuda. hahaa
Jurulatih pun semua padu-padu tali pinggang hitam. Bukan beshe2! Alfatihah untuk tuan yang pegang gopro tu dah arwah dah beberapa tahun lepas. Innalillah.
With sparring partner, Zimah.. hahaa
Aktiviti jalan lasak 20km xsilap sis. Phewww mencabar jugak ni sebab kena jalan jauh giler masuk dalam hutan nak ke tapak perkhemahan. Belajar survival skills.
Team rumah biru. Rindunya semua!
Aktiviti CSR bersihkan halaman rumah penduduk kampung
Tamat dah xtxt survival skills. Memang mencabar mental & fizikal sebab sampai tak tidur malam kena berjalan kaki, kena torture skit2 ade yang mental dah koyak. Teringat pulak zaman kadet dulu.
Nak balik semua dah baraii. hahaa
in memories...
Kelas kawad yang sakit skit lah sebab hari-hari kena jemur tengah panas. Lepas tu kena forward roll la side roll la. Memang rentung semua. Nasib baik jurulatih kitaorang baik xde la garang sangat. hehee
Sis sebenarnya malas jer nak perform masa kawad. Sebab cukup la masa perbarisan tamat latihan Palapes zaman university dulu tu dah paling perit dah rasa. Time tu lagi la jurulatih askar bukan calang-calang. Kawad kena perfect tegak xde nak malas-malas. hahaaa
Lepas tu macam mana tah jurulatih ni leh tau sis dari UPNM pastu dia suh sis jadi pegawai pengiring Ketua Pengarah Kastam. Adehhhh, Nervous plak sis. hahaa
Acah-acah graduation day la, baling beret dah habis latihan kawad! Tamat sudah sengsara. hahaa
Dulu sis pakai uniform saiz M jer. hahaa
Macam budak sekolah kan.. hehehh
Geng Abid 4 yang dok ceruk atas bukit tuh.
Lawatan ke Kastam Selangor di Port Klang
With ketua platun, Syah
Penghulu & Penghuluwati siri 1/2016
Kurusnya sis masa ni... ermmmm..
Wish we could turn back time, To the good old days....
Masa last day kat Akmal. Hari yang paling nervous sebab dia akan bagi penempatan kat mana. Dia akan sebut nama sorang-sorang dan akan bagi tau negeri yang bakal korang bekerja.
Sis.... ermmm ce teka??
Dapat kat negeri cik siti wan kembang! Haaaa amik ko xleh jauh lagi ka?.. Ingat ke dapat kat Sabah Sarawak. hahaa
Masa ni hari Jumaat. Ce bayangkan kena lapor diri hari isnin. So ade masa sehari jer untuk packing barang semua sebelum berpindah. Memang kalut. Sis bawak apa yang ada jer la. Nasib ade jugak geng yang dari KL so gerak sekali la sama-sama ke Kelantan. Dah sampai sana terus cari bilik sewa, usha ofis kat mana. Memang gamble betul rasa. hehee
Itulah pengalaman yang bernilai. Kalau yang dapat kat negeri masing-masing tu bersyukur la. Kalau yang dah kawen lagi la kena fikir pasal family lagi. Nasib baik sis single lagi masa ni.
Tq family yang datang bagi support. To my sis tahniah dapat jadi kastam jugak. hahaa.. Gud luck la masa kursus asas nanti ye!
In a nutshell, tq AKMAL for the memories! Let the good times roll
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!