HIKING to Dusun Tok Lee, Bukit Pau


 Assalamualaikum

Kembali lagi dalam siaran babyAN hiking kemana?? hahaaa

Baby not so baby dah la sebab nak masuk umur 3 tahun dah bulan 4 ni. ermmm cepatnya masa berlalu. uhukkk


Kita ada misi yang tertangguh haritu iaitu nak lepak minum air kelapa di dusun tok lee sambil layan view gunung.


Sebelum ni kami naik melalui kebun che mah nak ke dusun Tok Lee tapi tersesat sampai ke empangan. hahaaa. Nak ripit balik dari sana memang tak la sebab jauh glerrrrr!




Kali ni kami masuk melalui Teratak Angah Chalet, Kemensah, Ulu Kelang. lokasinya berdekatan dengan Zoo Negara. Korang waze jer dah boleh sampai.



Parking kereta RM10 per entry




Kami nak ke Dusun Tok Lee yang terletak 1.6km dari Teratak angah ni.


Track ni sangat sesuai untuk newbie baru berjinak-jinak dalam dunia hiking.



Aloloo kiut dak elsa hiking with Abam Fateh.


Bawa anak-anak melihat kehijauan hutan dan bermain dengan alam…

to be more fresh & healthier kids!


Ok sikit lagi dalam 1.2km je lagi! 

Tapi terasa macam jauh jugak macam tak sampai-sampai sebab sis bawak muatan berat ni. hahaaa



Nasib bek ade mommy Kinah yang sado leh tolong gilir2 kendong dak ni. hahaaa


Lagi 500m ni dia punya pacak kaw2! hahaa 

Semput mak nak!




Dak2 Ootd!


Elsa let it go!


Kat atas ni ada macam gazebo untuk layan view! Memang cantik!





Kawasan yang cukup indah dengan pemandangan yang menghijau dan juga ada tempat santai-santai untuk ber OOTD.



Breathtaking view!


Finally sampai juga di dusun tok lee! hahaa


port healing paling best kat Area Kemensah
pekena sarapan pagi sambil layan view bukit pau yg oshem!




Dekat sini boleh beli nasi lemak, maggi goreng, air kelapa & macam² lagi jenis sarapan pagi. Jika kena time musim durian boleh terus beli dan makan sambil layan view. Durian dia pulak fresh² jatuh dari dusun.


Baby & watermelon tak dapat dipisahkan



Makan dulu isi perut. 


Sini memang jadi port hikers2 lepak sambil usha view


Minum air kelapa di dusun tok lee checked! hilang dah kempunan sis! hahaaaa


Turun je dari dusun tok lee ada simpang ke bukit pau.


Matahari dah naik dah start panas terik dah. Xleh lama2 nak pitam rasa. hahaa


Bukit Pau Checked!


Sebelum balik, bawak dak kecik ni berkubang dulu dalam sungai di Teratak Angah! Phewww.... sejuk betul air sungai ni. hahaaa



In a nutshell, nak cari port best untuk hiking dengan view indah sambil leh makan-makan atas bukit sini la tempatnya. Dah balik hiking leh terjun tiruk dalam sungai... Wuiii syokk! Jangan lupa bawa baju lebih nak salin nanti! heheee

Till then.... choww!














Comments

  1. Your blog has become a reliable touchstone for wisdom and knowledge in my life.

    ReplyDelete
  2. nak tanya, macam mana nak apply permit tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS