Hiking Rawang ByPass


Assalamualaikum

Hari ni kita nak mendaki ke tempat yang best boleh nampak view lawa atas highway.

Nak tau kat mana jom ikut sis!


So today we gonna hike Rawang Bypass aka Rawang-Serendah Highway!

FYI, Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Projek termahal negara! phewww.. Ia mengambil masa 12 tahun untuk siap.


Botol hiking baru unlocked!

Tiberrr teringat zaman asykar palapes dulu pakai botol air macam ni. hahaaa.. Semangat berkobar tengok cerita Malbatt pastu kita beli la merchandise dia skali.


Kami waze je untuk ke starting point Rawang bypass trailhead ni. 
Kereta boleh park tepi jalan ni.


Are you ready?!



Ni kami main redah jer. hahaa


Ni kami masuk ke simpang kiri ade naik bukit sikit dengan laluan berbatu


Tiberr sampai kat sini. Ada taman pulak orang dok tanam pokok & ada spot tanah lapang untuk lepak2.


Kalau nak ke puncak kena pergi sebelah kanan turun sikit ade laluan longkang ni


Sis kena jalan menunduk skit la lalu bawah ni kita akan sampai ke seberang highway


Lepas tu start la laluan mencanak untuk ke puncak


 Hike up the highway wall retainer for a view. Stairways to peak!


Leh tahan curam jugak la. Agak gayat sis! hahaa.. Nasib baik tak bawak dak kecik tu. Macam bahaya jugak kalau bawak baby / toddler. 
Kalau budak dah 5-6 tahun tu ok dah.


Harini orang tak ramai sangat. Tapi still jem nak ke puncak sebab nak naik 1 laluan ni jer. So kita chill2 dulu la rehat sementara tunggu sorang2 naik.


Finally sampai dah puncak! 


Rawang bypass trail checked!


Nak ambil gambo kat atas batu ni kena beratur tau! So kita selfie dulu la. hahaaa


Healing ke tu sis? hahaa


Instagrammable view of the highest elevated highway in Malaysia


Happy Merdeka day!


Mari kita ketahui serba sedikit mengenai Rawang By Pass ini.  Rawang By Pass adalah Lebuhraya yang paling tinggi di Malaysia.

Merupakan jalan pintasan 23km sepanjang Rawang ke Serendah yang direka oleh arkitek tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar.

Laluan ini memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja. Dengan ini ianya dapat meningkatkan pembangunan di kawasan Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim.


Keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2m dari aras tanah.

Laluan ini merentasi Taman Warisan Selangor yang padat dengan hutan. Ia unik kerana tiang dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakkan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor, juga untuk memastikan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesis haiwan hutan yang kian pupus.

Pembinaan Rawang By Pass di bina sedemikian juga kerana bagi memelihara sejenis pokok yang di kenali sebagai Giam Kanching kerana Hutan Simpan Kanching merupakan satu-satunya lokasi pokok tersebut boleh hidup dan ianya satu-satunya di dunia! woww


Tiberrr terjumpa pulak sahabat lama sis masa kerja dekat Taylors dulu! 




Happy Independence Day 66th Malaysia 2023!


Dah puas lepak atas ni dan bergambar jom la kita turun.


Nak turun dia pun satu cabaran jugak. Curam namati oiii! hahaaa.. Menggigil lutut jugak. Nasib baik ada tali kat trek tu. Dah macam abseiling pulak.


Lepas tu kena lalu bawah jambatan ni untuk ke seberang jalan balik.




Ootd dulu...




Lawa jugak kat batu-batu sini.



Kacak x sis? hahaaa


Total distance pergi balik hari ni Estimated 3.28 km. So tak jauh mana la. Buat geli2 kuar peluh. hahaa


In a nutshell, selain view yang awesome, sekeliling highway tu pokok rare species (Hopea Subalata) seakan brokoli dan hanya ada di Rawang Bypass di Malaysia! 

Until the next hike....



Comments

  1. Ntah berapa kali plan nak ke sini tapi takdir masih belum mengizinkan lagi huhuu.. insyallah azam tahun 2024 ni mesti sampai hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh! trek senang jer cuma gayat skit la.. hehehh

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS