Chill @ Sg Chiling

Assalamualaikum 


Harini kita nak bawa dak kecik ni mandi sungai Chiling. 

Main terjun tiruk! yeahhh


Santuari Ikan Sungai Chiling ni terletak di Kuala Kubu Bahru, Selangor. 

Dari Kelana Jaya, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.



Sungai Chiling mempunyai keunikan tersendiri berbanding sungai yang lain. Tempat rekreasi ini hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. 

Ia dijaga oleh Pusat Perikanan Daerah Hulu Selangor


Di sini dilarang untuk memancing atau menangkap ikan kerana ikan kelah merupakan spesis yang perlu dilindungi.

Memang banyak ikan kelah terdapat di Sungai Chiling. Jika anda ingin memberi ikan makan, anda boleh membeli makanan ikan di tapak perkhemahan.



kegigihan masak air pakai arang. hahaaaa. 

Dapur gas camping nyer rosak xleh guna plak



Anda dibenarkan untuk berkhemah di tapak perkhemahan di bawah sahaja dan dilarang sama sekali untuk berkhemah di air terjun Chiling. Namun begitu, tapak perkhemahan di bawah juga sangat menarik kerana bersebelahan sungai.

Surau, tandas, tempat persalinan baju dan pondok berehat juga telah disediakan. Kawasan perkhemahan sangat luas, bersih dan selesa.


Sejuk betul air sungai ni memang seperti namanya lah chilling. hahaaa.. sis pun tak tahan nak berendam lama-lama. Tapi budak kecik tu steady mandi sampai gigil-gigil lah


Anda yang ingin melihat keindahan air terjun Sungai Chiling semestinya perlu melakukan jungle trekking dan melintasi lima sungai sebelum tiba di sana. Sepanjang trek akan ada papan tanda penunjuk arah, jadi anda tidak perlu risau jika sesat.


Dulu sis dah pernah pergi ke kawasan air terjun tu. So now sis malas la nak pergi dah sebab leh tahan jauh jugak dalam sejam trekking. Lagipun sebab bawa budak kecik ni agak berisiko nak masuk ke kawasan air terjun tu.


kemain manjo kalau dengan uncle maman dia tuh!

Rupanya aku pernah tulis dah mse aku p sni lebih kurang 11 tahun dulu... Fuhh lejenn trip ni dengan dak2 skolah dulu. hahaa. Masa tu kami pergi sampai ke air terjun tu. Memang lawa glerr view kat situ. 

Dulu2 siap kami bawak makanan & buat bbq kat air terjun tu. Tapi sekarang dah xleh bawak apa-apa makanan nak masuk ke dalam air terjun. So sebelum trekking kena la makan siap2 klu x memang kebulur sebab jauh nak masuk situ. Sekarang Leh bawak makanan ikan jer. hahaaa




In a nutshell, see ya on the next adventure!











Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS