Hiking di KL East Park

Assalamualaikum

Hello gais harini kita nak pergi hiking kat KL East Park!


Kl East Park ini dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 6:30 petang dan korang boleh masuki taman ini secara percuma sehingga 31 Ogos 2023! Bayarakan akan dikenakan untuk menjaga pemuliharaan flora dan fauna di taman itu.

Tapi sekarang sis tak sure dah dikenakan bayaran ke belum.


KL East Park ini dibina oleh syarikat Sime Darby Property Sdn Bhd untuk memberi fokus kepada pengunjung untuk melihat pelbagai alam semulajadi serta permandangan yang unik!


Haa.. kalau korang nak tahu, KL East Park ni merupakan sebuah pembangunan kediaman yang terletak di pusat bandar. Ia menawarkan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh tanaman pokok serta pemandangan yang indah.



Perkara paling penting sebelum anda mahu mendaki di KL East Park adalah untuk membuat tempahan terlebih dahulu di laman web mereka sekurang-kurangnya tiga hari atau 72 jam sebelum.

Bagi setiap tempahan slot, setiap individu akan diberikan tempoh dua jam sahaja dan anda perlu mengikut slot waktu yang telah dipilih.

Apabila anda mahu mengisi maklumat diri terutamanya pada bahagian nama, masukkan nama penuh mengikut nombor kad pengenalan dan bukannya nama panggilan.

Selepas tempahan dibuat, anda perlu menunggu e-mel dari pihak Sime Darby Property bagi mengetahui sama ada tempahan anda diluluskan atau ditolak.


Kalau anda membuat tempahan pada jam 3:00 pagi, jangan pula terus menjangkakan akan mendapat e-mel dalam tempoh beberapa minit.

Ini kerana tempahan itu hanya akan disemak pada tempoh berkerja iaitu 7:00 pagi sehingga 5:30 petang.

Sekiranya tempahan anda diluluskan, anda akan menerima kod QR yang akan digunakan di pintu masuk KL East Park. Jika sebaliknya, silalah membuat tempahan slot yang lain semula ya.


Jika anda memandu atau menunggang motosikal, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan KL East Gallery atau di dalam KL East Mall. Dari kedua-dua lokasi ini, anda perlu berjalan kaki untuk menuju ke pintu KLEP.

Jarak untuk berjalan kaki adalah sekitar 700 meter dengan tempoh masa 5-10 minit bergantung kepada kelajuan masing-masing.






Apabila anda tiba di pintu masuk, petugas akan meminta anda untuk membuka kod QR yang diberikan di dalam e-mel pengesahan tempahan dari pihak Sime Darby Property.

Take note, kod QR tersebut akan tamat tempoh setengah jam selepas slot anda bermula. Jadi jangan lambat ya.

Apabila sudah memasuki pintu masuk, perkara pertama yang anda jumpa adalah lokasi untuk bergambar dengan bingkai bersaiz besar bertulis ‘KL East Park’ berwarna oren.





Thank you to Zue yang tolong book kan untuk kami slot hiking.


Selepas anda melalui jambatan kecil untuk masuk ke dalam hutan, akan ada sungai kecil dengan bunyian yang cukup menenangkan.

Berdasarkan pengalaman sis, laluan pendakian di KL East Park ini tidaklah terlalu mencabar dan sesuai untuk mereka yang mahu mencuba aktiviti ‘hiking’ buat kali pertama.

Selain itu, banyak papan tanda yang diletakkan bagi mengelakkan pendaki sesat dan tidak mengetahui arah tuju.

Bukan itu sahaja, terdapat juga peta yang disediakan untuk menunjukkan sejauh mana anda sudah mendaki. Jadi, dari situ bolehlah anda kekal bersemangat untuk meneruskan pendakian.



terasa jeliterr sister dengan filter... muahaaaaa


Excited semua sebab dah lama tak hiking kan. hehehh


yooo hakak garamm!


Sime Darby turut meletak pelbagai papan tanda untuk memudahkan serta memberi korang panduan jika tersesat dalam taman.



Banyak juga tangga kat sini ye.. hahaaa


Taman KL East Park ini mempunyai lebih daripada 300 spesis pokok, herba, sawit yang ditanam oleh Sime Darby terkenal dengan nilai ekologi dan ekonomi memenuhi persekitaran taman ini.

Korang juga berpeluang untuk mengenali setiap spesis habitat yang berada di taman ini kerana ia telah dilabel secara geografi untuk memudahkan aktiviti seperti pemuliharaan ataupun rujukan. Jadi, dapatlah korang mengenali pelbagai habitat pokok yang wujud dalam negara kita ni.



Selain itu, habitat ini juga merupakan sebuah rumah semula jadi kepada pelbagai spesis haiwan seperti burung, amfibia, repitilia dan juga rama-rama.


Selain itu, kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok ia memberi suasana serta suhu yang nyaman dan sejuk ketika korang mendaki laluan yang disediakan. 

Korang juga tidak perlu risau akan keselamatan kerana terdapat berberapa pengawal keselamatan bertugas untuk menjaga para pengunjung.


ketibas dah masing2. hahaa


Kat sini korang boleh menikmati permandangan pusat bandar dari ketinggian 242 meter! Korang dapat melihat bandar Kuala Lumpur dari perspektif lain serta melihat pelbagai bangunan ikonik yang menrangkumi pusat bandar kita.



Muka ada sinyumm happy lah dah sampai puncak. Kalau tak tadi menyumpah bila nak sampai. hahaaaa


Jarak pendakian di KL East Park ini dianggarkan sejauh dua kilometer dan puncaknya pula berada pada tahap ketinggian 242 meter dari paras laut.

Meskipun hutan di KL East Park ini berkeluasan 53 ekar, namun hanya 17 ekar sahaja yang dibuka untuk fasa pertama sehingga 31 Ogos 2023.




Xue Li, Datin Kina, Nunueee, Nutshell, Nisa Ai


port ootd gaiss!













tree of life


Balik hiking, carbo loading dulu. hahaa


In a nutshell, memang syok mendaki di KL East Park kerana fasiliti yang disediakan serta tahap keselamatan dan kebersihan yang dijaga dengan baik. Sesetengah kawasan tepi bukit juga dipasang dengan tali bagi melindungi keselamatan pendaki.

So gaiss, jangan serik ikut sis hiking next time kita p tempat yang lebih mencabar! hahaa






 

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS