Rumah Pertamaku


Assalamualaikum

Finally, alhamdulillah penantian hampir 5 tahun untuk dapat kunci rumah pertamaku!

PANGSAPURI HARMONI 1 @ ELMINA WEST (JENIS D)

key handover
 

Kemas key set dia letak dalam folder ni siap tagging! 

terbaik Sime Darby!


Pangsapuri Harmoni Elmina1, dibangunkan dengan menggunakan kaedah D3 (Divergent Dwelling Design). Ia merupakan kaedah pembinaan dengan reka bentuk inovatif menggunakan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi memenuhi keperluan dan memberi pelbagai kelebihan.

LAYOUT TYPE D

 
Elmina ni mengambil Konsep Rumah Kampung Dalam Bandar Yang Pertama Di Malaysia.


Lepas dapat kunci, kita check defect dulu

Access card


Harmoni Elmina 1 @ City Of Elmina adalah jenis kediaman Apartment yang berstatus pemilikan tanah 'Free Hold' di Shah Alam, Selangor. Jenis status tanah adalah Kediaman Strata.





Konsep rumah kampung maksudnya adalah setiap unit rumah mempunyai tiga balkoni yang menyerupai anjung selain terdapat sliding door yang akan memisahkan ruang tamu dan dapur.

Dapur berada bersebelahan balkoni iaitu ruang yang terbuka, jadi penghuni tidak lagi perlu risau jika bau masakan memenuhi ruang rumah kerana pengudaraan rumah sangat bagus.


View from balcony


Rumah ni design dia memang unik & lain daripada rumah apartment biasa. Dia open space. So memang sejuk berangin la




Projek Harmoni 1 mempunyai 562 unit kediaman merangkumi tiga blok pangsapuri.





lift OKU friendly





Yang tingkat bawah sekali adalah unit untuk OKU


Done pasang lampu, kipas, blind





In a nutshell, after dapat je kunci, I'm totally broke! hahaaa. Banyak bende nak kena bayar & setelkan bila dapat rumah baru.

If ada rezeki lebih sis nak reno cantik2 rumah ni. 

Doakan sis ye! Amin









Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS