Gunung Hitam, Hulu Langat


Assalamualaikum


Bersua kembali dalam hardcore training #roadtoXueshan!

So kalini ni kita nak mendaki ke Gunung Hitam.. Ermm dengar macam scary jer kan! Sis tengah membayangkan yang gunung ni gelap, sejuk, suram & hitam... Ehh tinggi betol imaginasi! hahaa

Tapi memang agak scary pun trek dia. 

Nak tau kenapa? Ayuhhh folo sis!



Gunung Hitam, terletak berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dengan ketinggian 1220 meter.




Preparation untuk mendaki gunung Hitam, just make sure bawak air secukupnya kerana memang tiada punca air kat sini. Jangan lupa juga bawa hati yang kental, sebab apa??

Kita tengok macam mana trek dia nanti! hahaa


Glory-glory Man United! Ehhh #ggmu.. 

Sape team Liverfool p men jauh-jauh ye! hahaa


Sini kawasan parking antara Kampung Ulu Lui dan Kampung Paya Lebar. Kat dalam pun ada juga car park kat Hutan Simpan Kekal Selangor parking area. 

Tapi kalau naik 4x4 ok la nak masuk sampai dalam sebab jalan dia tak rata dan berbatu. Kalau tak memang jahanam la kereta! hahaa


Are you ready gais?


Permulaan trek ke pintu masuk Gunung Hitam.


Background restoran terapung Ikan Bakar Sri Nikat dan kolam ikan.


Suasana pagi yang tenang!


45 minit pertama trek agak landai. Laluan 4WD. Kawasan kampung orang asli. 


Ada paip hitam di tepi sepanjang jalan yang kadang-kadang bocor, so kami dah mandi hujan air paip sepanjang jalan ni! hahaa.. Basah jugak la!


The road not taken!



Into the woods!




Sini adalah view from the road leads to Gunung Hitam


Kat sini la bermulanya pendakian sebenar!


Laluan yang jarang dimasuki membuatkan keadaan telah di naiki lalang dan semak



Permulaan jalan adalah rimbunan buluh


Cantik giler trek ni!


Hutan buluh!


Trek perjalanan adalah sudut sekitar 45' hingga 70' ... Starting pun dah agak menyeksakan!



Dah start pewai ni! hahaa.. Tak sampai sejam pun lagi trekking apa citer??


Line up harini 8 orang. Gogo kami, Lan Lui Lui, iaitu anak jati Kg Lui!


Take 5 katenyer!


Sepanjang trek adalah kering dan redup dengan hutan yang agak tebal. Gunung Hitam adalah trekking yang senantiasa menaik dan pacak. Menuntut kerja keras untuk membawa diri dan bebanan! fuhh


Gunung Hitam di Hulu Langat ni, sebuah gunung yang jarang didaki. Ini berkemungkinan atas faktor kawasan yang agak pedalaman, jalan yang tidak berturap dan bersemak. Kadang-kadang tak nampak dia punya trek. 

Jadi kalau yang first time naik tu pastikan datang dengan mereka yang pernah ada pengalaman naik gunung ni!


Treknya pacakkkkkkkkkkkk saja! Padu beb!


Halangan demi halangan ditempuhi kami untuk menawan puncak Gunung Hitam. Cuaca panas juga benar-benar menguji tahap kekentalan.

Kami dah terfikir untuk lipak & malas nak ke puncak! Kalau pi terjun tiruk kat Sg Gabai pun asyuk ni! hahaaa... Tapi tengah fikir dah 2 jam naik ni.. Nak ke puncak 2 jam lagi! Nak naik ke idok ni??? ermmm... Macam tak kuad jer!

Trek semakin pacak…dan pacak… lutut bertemu dagu dan terus pacak lagi!……. Diskaun? No….. no diskaun gais! Gunung ni agak hakkurrrrrrrrr……



Banyak juga batu-batu besar sepanjang perjalanan. Semakin menghampiri puncak keadaan semakin sejuk. 

Ingat macam nak lepak kat sini jer. Tapi dah alang-alang tu terus ke puncak je la. Tapi nak ke puncak tu jauh lagi sebenarnya! Lebih kurang sejam woiii! Terasa menyesal pulak sebab rasa macam jauhhhh giler! hahaaa.. Mental sis & kak babe dah koyak! :p



Ni puncak tipu!




Banyak betul dia punya signboard!


Finally hampir 4 jam setengah mendaki, kami tiba di puncak Gunung Hitam. Tiada apa yang menarik, namun kepuasan jelas terasa! Puncaknya terdapat kawasan sedikit lapang.


Selfie satu kali tanda kemenangan berada di puncak! hahaa... Kat sini tiada apa-apa view pun. Sebab aku nak training je, test stamina, boleh juga la sampai kat puncak ni! Walau dalam hati dah berbakul maki naik trek kejam tak sampai-sampai dia punya puncak! hahaaa

Oh well, at least I've made it here. :p





Tanpa berlengah kami mula memasak air untuk membancuh kopi dan maggi goreng menjadi santapan kami.. terasa puas dapat menikmati air panas dikala sejuk!



Tq gogo Lan Lui Lui!

jemput tengok! ehhh


Terasa nikmat betul makan meggi dalam hutan ni! Len maciam dia punya sedap! hahaa



Twinie at the peak!


Hanya kami berenam je yang sampai puncak! Lagi 2 lipak nampaknya, Kak Rin & anak buah dia tak nampak langsung batang hidung! hahaa


Memang barai! hahaa



Perjalanan pulang melalui jalan yang sama. Lalu hutan buluh. Masing-masing dah tak sabar untuk sampai ke starting point semula.



In a nutshell, total journey harini lebih kurang 12km dalam masa 8 jam. Trip daypack yang agak hardcore! 

Another list of trek penyesalan?? Ya sudah pasti!

See you guys in a next round! Lepas ni kita santai-santai je la.. #sistakuadd





































Comments

  1. Assalamualaikum,nice sharing. boleh kongsi GPX file tak? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wmh.. Excellent write up.. TQVM for sharing

    ReplyDelete
  3. assalam sis.. leh bg contact number gogo lan lui lui tu x.. tq

    ReplyDelete
  4. assalam sis.. leh bg contact number gogo lan lui lui tu x.. tq

    ReplyDelete
  5. Mmg x de ank sg lgsg ke dik..view pun itu je ye...adehhh...x puas rasanya kalo akk naik..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak xde view pun. Utk training memang naiss lah test fitness.. hehee..

      Delete
  6. Replies
    1. Salam. Haritu pergi xde plak pacat sebab trek hutan dia kering. Kalau hujan & lembap maybe la ada kot

      Delete
  7. salam. nk tanya. sini perlu permit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. xperlu permit sebab jarang orang naik gunung ni

      Delete
    2. Salam, Gunung Hitam perlu permit ye (RM5/person) boleh mohon dan berurusan dgn Pej Hutan Sgor Tengah di Plaza Youcity, Cheras.

      Delete
  8. Gunung Hitam ini sudah dikenal pasti untuk dijadikan sanatorium atau hill station untuk pegawai-pegawai Inggeris sejak tahun 1894 lagi tetapi projek itu dibatalkan kerana Bukit Kutu dan The Gap di Genting Sumangko dipilih sebagai rumah rehat dan sanatorium untuk British di Selangor. Baca artikel ini ...
    https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes18940226-1.2.47?ST=1&AT=search&k=Jugra%20sanatorium&QT=jugra,sanatorium&oref=article

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS