Setia alam peak



Assalamualaikum


Bersua kembali dalam misi training #roadtoXueshan. Kali ni kita nak training santai-santai sepak daun jer... Haaaa nak tau kat mana?


Jom follow rapat-rapat!



Sis pun baru tahu kewujudan tempat ni sebenarnya. hahaaa.. Niat asal nak naik bukit sapu tangan. Sis cuba google trek dia. Macam ok juga. 

So jom kita terjah!


Terletak di Setia Alam, Shah Alam Community Forest (SACF) merangkumi 430 ekar tanah. 

 Terdapat 3 pintu utama ke trail pintu masuk hutan. Aku cadangkan, masuk di trail A @ B jika kali pertama datang sini (Paling hampir dengan bahagian pembinaan)

sun kissed!


excited!


Kami merancang untuk ikut laluan yang lebih mencabar menerusi Route B. Kedua-dua trailhead A & B ini terletak di kawasan terbuka yang luas dan dipisahkan oleh tasik.

Back to nature!

Kami masuk di Trail B



Awal-awal lagi dah bagi pacak!


Trek hutan agak tebal


Selfie lu sebab dah start pancit! hahaa


Landai sikit


Ni trek yang paling pacak dan panjang tak de diskaun! hahaa


Barai jugak weh layan trek ni! hahaa

#mudahterhibur


Take 5 dulu


Dah penat ke tu sis? ehhh



Banyak projek yang nak dibina kat sini. Kawasan hutan semakin kecil akibat ditarah.. 


Trek balak


Tidak dinasihatkan untuk naik bersendirian walaupun maklumat mencukupi. Kerana jejak kadang kala boleh mengelirukan. 

model wannabe


Kacang soya buah mengkudu,

Kenapa awaa masuk ke hati saiaa tak ketuk dulu... Ehhh


Pacak lagi dan lagi!


Masterpiece


Please save our forest!


Daya tarikan utama adalah PEAK GARDEN. Boleh la juga nampak view dari sini.  


Peta ni terperinci dan sangat berguna sebagai penunjuk arah! Kawasan hutan ni sangat luas dan trek dia sebenarnya macam satu pusingan. Ada banyak pintu masuk dan keluar. Kena ikut papan tanda.


We are here! Peak Garden 240m checked!


Jaga-jaga ulaq tengah melingkaq!



Team gadis-gadis di Peak Garden!



Tengah dok lepak dan sakan ambil2 gambar kat puncak, tetiba datang sekumpulan geng2 ultra runner! Berdesup-desup berlari ke puncak! Sekali tengok, ehhh macam kenal je mamat sorang tu!

Aku pun cuba la panggil.

Khalil... ohhh lil! 

Ehhh dia ni kenai ke dak lagi aku?? (bisik dalam hati) Kang dia tak kenai buat malu aku ja pi tegur! hahaa


Ohoiiii Nadz! Blogger paling femes diabad ini!

ehhh ehh... Perli ke ape ni?? Haaa.. nasib baik masih kenal!

Long time no see ma..... 

Last jumpa masa trip CBL, 3 taon dulu kot! hahaa


Aku pon tak lepaskan la peluang untuk bergambar bersama idola-idola trail runner nih! Hebat betul semua! Geng2 tak dak jantung ke ni? hahaa


Kalau dalam bidang ultra marathon ni, beliau adalah antara pelopor @ 'Master'. Takat bukit ni, celah gigi jer dia tapau! hahaaa.. Bayangkan la Gunung Rinjani yang bagi aku tough giler nak mati treknya, dia boleh selamber jer berlari-lari tah apa lagi segala gunung tertinggi kat dalam & luar negara dia dah run!

 Padu terok beb! Memang idola gadis-gadis! hahaa


Masa pi CBL dulu, aku main join jer open trip sebab adik aku yang ajak. Tapi memang menyesal tak sudah rupanya adik aku tu geng dengan budak2 ultra. Cam hareee aku kena tinggal jauhhhh ngan dorang yang berdesup berlari naik gunung! hahaa.. Pewai terok nak kejar! Sis ta kuaddd..


Throwback :



Ular dimana-mana! Hati-hati gais! Serammmm...

Reflection!


Teringat pula macam kat bukit botak :


Hiking Bukit Botak!


Boleh buat cover album ni! hahaa



Panas betul kat sini sebab dah tak de pokok! Macam padang jarak padang terkukur!



Misi untuk buat full loop kecundang ini hari.. 

Sebab apa?

Sebab saiaa tak kuad awaaa....

#topipinjam


Dah jom balik!




Tak boleh bincang dah dia punya panas! terbakoooo beb!


Lokasi: Ikut peta yang disediakan oleh kumpulan jejak alam setia alam ni. (berhampiran kawasan membeli-belah di kawasan Setia City Shopping Mall) 

#jampinjam

In a nutshell, done training! Dari pintu masuk ke taman Peak dan keluar laluan yang sama, kami mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. 

Next time boleh repeat nak pergi ke kawasan kolam pula! Kbye

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS