Bukit Botak



Assalamualaikum



Baru-baru ni aku berpeluang hiking ke Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Aku tak pernah tahu pun pasal bukit ni. Macam biasa, join hiking dengan group adik aku lagi. Aku pun sempat la cari info sikit-sikit pasal bukit ni. Tapi macam tak banyak sangat info yang aku dapat. Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu pasal bukit ni.


Bukit Botak terletak kira-kira 45 minit ke sejam perjalanan dari Petaling Jaya mengikut tahap kesesakan traffic. Kami bergerak ke lokasi pada pukul 7.30 pagi dan sampai lebih kurang pukul 8.15 pagi.


Kawasan parking kenderaan di sekitar pintu masuk menghala ke pam air. Kami datang lambat so kena parking jauh sikit. Memang penuh sepanjang jalan dengan kereta. Bila balik pula, kami keluar paling lewat, masa panas terik lebih kurang pukul 1pm. Mendapatlah, jauh giler pewai nak menapak ke parking. hahaaa


My hiking partner fo today, my cute lil sis Ana. Tapi kawan-kawan dia semua panggil Miya, Emilin, Mel, Lin dan lain-lain. Banyak betul nama! hahaa


Permulaan mendaki perlu melalui kebun kelapa sawit. Macam ala-ala kat Bukit Broga pula. Kat kawasan sini memang best la redup je dengan pokok sawit.



Dah start mencanak dah trek dia!


Semput mak nak! :p


Lebih kurang 10 minit hiking, terjumpa pula lalang-lalang ni! Aku pun try la skill acah-acah photographer, cari angle yang cun disebalik lalang ni! hehee


Model of the day! hahaa


Gambar on point semua! Cari angle baek! Lighting pun terbaekk pagi tu sebab panas terik! hahaaa


Nice!


Awesome!


Marvellous!


Wonderful!


Amazing!


Gambar aku, semuanya hampehhh... hurhhh... Ni je la sekeping yang jadi skit! hahaaa


Menitik, merecikkk hawauu peluh semata nak amik gambar kat lalang! Cayaq berlemoihh dah mekap! hahaa


Memang panas giler time ni dah pukul 10 pagi!


Selepas menempuh kebun kelapa sawit yang pertama, akan disajikan dengan pemandangan sekitar kawasan perumahan berhampiran


Jom naik atas lagi.


Orang semua dah berpusu-pusu turun, kami baru jer nak naik! haha


Dalam 20 minit perjalanan kami tiba di kawasan pencawang elektrik! Memang cantik pemandangan kat sini! 


Rimbunan pohon kelapa sawit kelihatan menghijau dan tenang!



The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart. 



Helen Keller



“You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.” 

 ~Sam Keen~


Apa beza awaa dengan habuk?? 

"Erk? Tak tau." 

"Habuk melekat di mata saia, tapi awaa melekat di hati saia" Chiaaa chia



Tenang trekkers!



Team gadis-gadis! 



U ni ibarat matahari, i pulak ibarat aiskrim, bila u senyum i pun cair




Pemandangan sekitar kawasan pencawang TNB.




Sign hikers yang telah di pacak.








Lepas dah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke dalam trail hutan.


Ni curam sikit kena panjat tali. 


Posing dulu bila cameraman nak ambil gambar! hahaa




Muka ada pewai skit sebab kena trekking dalam 30 minit lagi! hahaaa



akar berpintal di kawasan ni



Trail Bukit Botak boleh dikatakan mudah dan sesuai aktiviti beriadah bersama keluarga. Namun bagi yang pertama kali mencuba, trail di beberapa kawasan agak mencabar dan ada tali. 


Untuk sampai ke puncak, hikers tidak perlu risau tersesat kerana sejak permulaan trail ada diletakkan tanda arah. Tinggi Bukit Cerakah cuma 214m. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan permandangan indah ladang kelapa sawit.


Seronok juga pergi hiking dengan adik-adik ni. Sengal je perangai semua, masuk air! hahaaa


Thank you abam photoghapher aka Lan Luilui yang sabar melayan kerenah diva-diva gadis kaki selfie semua! hahaaa... Memang terbaek semua gambar dia! Boleh la hajak p hiking lagi! hhihii



Gaya ada dah tu! hahaa



The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. 



Eleanor Roosevelt

Selfie lu!



Di Kem Paet


I choose you over everyone! :)


Props lalang tak tinggal! hahaa

Ratu ketam









Mountain is calling & I must go!


Trail bukit Botak ni agak panjang. Lebih kurang sejam lebih juga kami nak sampai ke sini. Sebabnya asyik berhenti tangkap gambar jer! hahaa




Jauh termenung tu... Tenung apa awaaa?

Tenung masa depan kita... Ehhhh eh


Permandangan kat sini pun cantik!

Gayat woi! hahaa


Ehh sempat pula burung yang terbang tu nak photobomb! hahaa




Lan, hero gadis-gadis! hahaa




Terjumpa pokok dengan cabang dan akar yang unik!



Left or right? lulz


Sama tapi tak serupa! :p


Kami meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Kem Tagar. Suasana di Kem Tagar amat dingin seperti berada di tanah tinggi. Kami berehat sebentar di situ sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.




Kat sini kami berehat dulu, melepak sambil makan. Memang sejuk jer kat sini dan redup. Tanah dia pun lembut macam karpet.

Charlie's Angel! :p



Teruskan lagi perjalanan ke dalam trek hutan.



Trail menurun pula. Perlu pegang tali untuk elak tergelincir.






Lepas tu sampai di kawasan ni! Terus cerah biji mata sebab kawasan dia terang tanpa pokok-pokok!


Sebenarnya puncak bukit botak kelihatan nun jauh disana! Orang ramai pun berpusu turun dah time ni. Kami jer baru sampai kat sini. Tengok cuaca memang panas terik! 


Nak ke puncak tu memang tak la kot. Tengok jer macam dekat, tapi sebenarnya jauh! Perlu turun ke kawasan kuari ni. Dengan cuaca panas yang teramat sangat! So bergambar kat kawasan sini je lah. hahaa


Sebab tiada pokok kat sini kot dinamakan bukit botak! hahaa



Taraaaa...



Jump high!



Alolooo... Pipi Merah2! Panas ye dik? :p



Gemok VS Kurus




Yeayyy we did it!


Hakak kawasan tengah perati jer budak-budak nih! hahaa


U jump i jump! 


Those Who Don’t Jump Will Never Fly! Yihaaa...



Terserempak dengan Kak Aimi & Roja! Sebenarnya nak naik sama dengan dorang, tapi disebabkan aku & geng-geng adik aku datang lambat skit so aku suruh dorang gerak dulu. So jumpa juga disini. Tengah panas terik nih! hahaa


Padu la hakak Roja! hehee


Ni dah tak tahan sangat ni panasnya! hehee


Gambar yang cantik, kredit to abam photoghrapher! Yeahhhh







ermmm.. sweetnyer Rara & Luilui! #tilljannah


See ya!





Dah jom balik! Rentung dah kulit ni terbako!


In a nutshell, pendakian yang menarik di Bukit Botak. Next time kalau nak pergi sampai ke puncak ni kena datang awal-awal selepas subuh untuk elak panas terik di kawasan kuari ni. Kalau ada masa boleh datang lagi!







Comments

  1. memang botak betul bukit tu
    xpernah sampai lagi sini

    ReplyDelete
  2. bestnya hiking! nak hiking ramai2 mcm ni, dem besttt

    ReplyDelete
  3. Hai. Nak tanya topi beli kat mane? Berkenan pulak

    ReplyDelete
  4. kena ada guide ke tuk naik bukit ni? :) huhu

    ReplyDelete
  5. sesaui x nk bawa kanak2 5 n 7 tahun

    ReplyDelete
  6. Tak complete sebab tak turun ke cave dkt pokok besar tu.

    ReplyDelete
  7. Ada laluan basikal untuk sampai ke bukit tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde tapi kalau nak tolak basikal naik atas bukit macam curam juga. Better hiking jer senang

      Delete
  8. brapa lama tempoh pendakian? turun pulak brapa lama?

    ReplyDelete
  9. Salam. Kalau dari alam budiman macam mana nak ke entrance bukit cerakah tu yer. Ada dlm waze tak? Takot tak jumpa entrance jer first time nak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ada dalam waze kena taip bukit botak. Entrance dia dekat kawasan perumahan puncak alam. Dari sini trek dia jelas & memang ramai yang akan naik setiap pagi especially weekend. Klu taip waze bukit cerakah takut dia bawa ke taman botani shah alam.

      Delete
  10. Hi, now got open? I plan to go on this coming Saturday...

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS