21 Jump Street


Assalamualaikum



"Apa benda Jump Street tu?"


Jump Street Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai sehingga dinding. 


Lokasi 

 Jump Street Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One's ColdStorage. Ianya berada didalam kawasan kilang Bosch dimana terdapat satu warehouse khas yang diubahsuai bagi memuatkan fasiliti sukan lasak yang cukup hebat ini.


Alamat

 No 8A Jalan 13/6 Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia 


Tempat parking kenderaan kat depan pintu masuk ni.



Me, My sis Nisha & Tiqa


Sebelum tu kami perlu isi borang ni dulu. Kena baca rules & jaga keselamatan semasa main lompat-lompat tu.



Di kaunter dah ada senarai harga and segala info mengenai 21 Jump street ni.  


Harga Tiket: RM27

Jump Street Trampolin Park juga ada menyediakan pakej-pakej untuk aktiviti tertentu seperti sambutan hari jadi, team-building dan pelbagai lagi aktiviti pada harga yang cukup istimewa.


Tempat ni dibuka setiap hari.

Waktu Operasi

Hari biasa : 11 pg – 9 mlm
Sabtu,Ahad & Public holiday : 9 pg – 9 mlm


Banyak aktiviti yang ditawarkan di Jump Street Trampoline Park yang boleh dicuba. Ada sepuluh semuanya :

Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Foam Pit
Battle Beam
The Cage
Inflatable Castle
Spinning Wipeout


Disebabkan kami datang pada hari biasa, off peak so entrance fee ialah RM24 per pax. Stokin aku saiz besar, so limited edition skit.



 Stokin kat sini berbeza, dia ada getah untuk grip. So sesuai bila korang nak lompat atas trampoline nanti. 





Kami diberikan tag berwarna yang berfungsi untuk membezakan waktu yang boleh diakses ke dalam area trampoline dan bermain. Setiap jam akan mempunyai tag warna berbeza. Jika anda membayar untuk 2 jam, maka anda akan diberikan 2 tag dengan warna berlainan.

Apa yang best dekat Jump Street Asia ni, diorang pantau jumlah orang yang masuk for each hour. So tak delah sesak sangat dekat satu-satu area tu. Konsep dia, semua orang boleh main. Hehehehe


Mesti ramai yang tertanya -tanya apa sebenarnya kita boleh lakukan di sini? *takkan sekadar melompat-lompat katak je kot kan?

Dengan bantuan trainer yang terlatih, beberapa lompatan asas yang perlu kita pelajari sebelum boleh mencabar diri kita ke stage seterusnya dan mula beraksi.


Taman trampolin ini dibahagikan kepada beberapa bahagian; gelanggang utama  yang menampilkan sejumlah trampolin yang berhubung antara satu sama lain (dengan keluasan 9000 kaki persegi),dua gelanggang dodge ball, sebuah ‘foam pit’, gelanggang kanak-kanak dan bola keranjang serta enam trampolin bertaraf Olimpik. Terdapat juga dinding larian dengan pelbagai ketinggian berbeza.


Coach yang volunteer untuk ajar cara lompat, bukan setakat jump and up tapi lompat sambil baring, pakai lutut, backflip dan banyak lagi. Aku nak try buat backflip tapi macam tak berani! hahaaa.. Tengok macam senang jer, tapi bila nak buat, hampeh! hehehh... Gayat pun satu hal jugak! Nak buat basic jumping pun tak biasa lagi!


Tudung aku? Hahaha.... hancur dah bila main lompat-lompat ni. Baru 10 minit melompat dah pewai giler namatey! Siyes gais! Lagi pewai dari hiking! hahaaa.. So jangan lupa bawa air minum banyak-banyak!




Masa aku nak lompat, macam gayat jugak! Sebab bila dah tinggi lompat, masa nak landing tu jangan pandang bawah, sebab nanti akan rasa panik. Dulu aku pernah main trampoline ni dekat District 21, sampai terseliuh kaki sebab salah landing! hahaaa








Dekat Foam Fit ni la korang boleh nak buat flips, kalau kat main court tadi, tak digalakkan la. Tapi dekat Foam Fit, korang boleh lompat dalam apa-apa gaya. 





Di area Foam Pit ni korang boleh merasai sendiri pengalaman lompat dan gulung. Lompat dari depan atau dari belakang mengikut kemahiran dan keyakinan yang kita ada. 

Ianya seakan-akan melompat di papan anjal. Cuma bezanya ia bukan melompat kedalam air, tapi kita akan melompat dan akan disupport oleh foam yang lembut apabila mendarat.


*awas, pastikan anda tidak memakai cermin mata dan meletakkan duit dan smartphone anda di dalam poket seluar. Jika jatuh, susah dah nak cari.



Sangkut kat tengah, tak boleh bangun. Hahaha.... dengan stokin tercabut terus! Susah payah juga nakkeluar dari foam ni! Kah3



Lepas dah main semua ni, baru boleh main dekat High Performance, dekat sini korang boleh lompat lagi tinggi sebab trampoline dia lain sikit. Than boleh lompat atas Airbag. 


Best main ni, tapi kena banyak berlatih! Kena berdiri tegak lepas tu landing sambil terlentang kat belakang badan & dia melantun balik! Aku banyak kali juga cuba tak jadi-jadi. Lepas tu, esoknya mendapatlah, sakit otot semua, sakit belakang sebab salah landing! hahaaa


Lepas tu masing-masing dah penat. Serius 1 jam tu lebih dari cukup. Masa main ni pon, banyak masa kitorang duduk sebab penat. Maybe sebab baru first time try, banyak gelak jer, stamina pun tak de. Hahahaha


Kalau hari-hari datang lompat kat sini, sure korang boleh kurus! hahaaa.. Peluh memang tak ingat la weh! 


Yeahhhh!



Jom layan video!


In a nutshell, bagi mereka yang belum mencuba, korang perlu datang dan cuba sendiri pengalaman di Indoor Jump Street Trampoline Parks terbesar di Asia ni. Memang terbaek!



Comments

  1. belum pernah sampai sini lagi
    tapi rasa macam best pula tengok melantun2 main benda alah tu

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS