XPDC Gunung Rajah



Assalamualaikum....


2 Oktober 2015, Jumaat 11.00 pm


Aku telah menyertai expedisi mendaki Gunung Rajah bersama Team Anak Gunung (TAG) yang diketuai oleh hikers otai, abang Ariff. Yang join xpdc ni adalah seramai 19 orang. Ade beberapa orang la yang aku kenal dari trip Kinabalu haritu iaitu Cikgu langit ke-7, Saffuan & Ayin.

Group photo sebelum start trekking



Gunung Rajah ni mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong.


Kitaorang start trekking pukul 1 pagi. Dah la baru balik keje petang tu lepas tu malam, terus masuk hutan. Rasa macam larat tak larat sangat lah nak mendaki! hahaa... Aku rasa cuak-cuak jugak trekking dalam hutan dalam kepekatan malam. Aku ni dah la rabun malam, aku macam nampak kelabu jer biji mata jalan sepanjang trek! Ke sebab jerebu yang tebal?? Banyak kali jugak lah aksi kitaorang terjelepok, tersadung, tergelincir, terpeleot suma! bhahaaa...Trek dia aku rasa sangat-sangatlah jauh! Mental koyak! Saiaa taa kuad!

Dalam hati dah timbul penyesalan, kenapalah aku join trip nih! Tido kat rumah lagi best! lol ;p


Mereka-mereka yang bersemangat waja!
Sepanjang trek banyak kali jugak berenti rehat. Tak kisah ponn landing kat tengah-tengah hutan dalam semak! Asalkan dapat take 5 ke, take 10 ker... Last2 take 20.. Tido jap atas batu. hahaa... Tapi xleh tido pon coz sejuk! Lebih kurang pukul 6 pagi sampai kat kawasan sungai untuk berenti solat subuh. Masa kat sini aku macam dah give-up. Macam tak nak naik ke puncak. Cukup lah nak sampai ke kem site jer.... huhuuu

Lepas dah solat suma, kene cross sungai & trekking lagi! Kali ni, trek dah start mencanak! Lebih kurang pukul 8 pagi, baru aku selamat sampai kat Kem Site, Lata Naning!


Fuhhh, lega dah sampai kat sini. Kem Lata Naning ni merupakan lokasi air terjun yang menarik. Dah sampai sini, start pacak khemah & breakfast! Pagi tuh kitaorang makan nasi arab. Tapi aku macam tak lalu sangat coz terlampau penat! hahaa... So layan air terjun jap & berehat.


Lepas dah rehat jap, dorang dah sibuk2 bersiap nak ke puncak! Aku macam rileks2 coz aku konon tak nak dah ke puncak! Letih, tak larat, mengantok tak tido semalamam! lol. Nak lepak kat kem site jer..

Tapi setelah diracun oleh Ayu, aku pon follow lah dorang naik ke puncak! Lagipon nanti aku pishanggg pulak tunggu kat kem site jerr sementara dorang suma pergi naik puncak! hahaaaa ;p

Konon muka ceria & gembira! hahaaa

3 Oktober 2015, Sabtu 10.00 am


Pukul 10.00 pagi, kitaorang start trekking ke puncak Gunung Rajah! Perjalanan santai-santai katenyer, dianggarkan lebih kurang 6 jam!


Time ni aku rasa macam dah start sakit kaki, sakit badan, sakit kepala! Tapi aku cuba lu bertahan! Puncak Rajah, kau tunggu aku datang! hahaaahh



Pastu kitaorang tiba di anak sungai terakhir sebelum ke last water point. Rehat dulu, sape nak selesaikan urusan masing-masing ke, sakit perut ke ape ke, kat sinilah. hahaaa

Cuba berlagak cool dengan makan lollipop! Thank to Azyan, pembekal gula-gula sepanjang pendakian! ;)

Perjalanan ke puncak ni pon aku rasa macam jauh gler! Bila lah nak sampai nih! Mental hampir down! hahaa.... Pastu rehat kejap di Kawasan Bonzai. Untuk makan tengahari.



Aku, Ayu, Saffuan, Gab & Ayin



Sampai kat last water point. Kat sini berenti rehat & solat.





Start dari sini & ke atas, ni part yang paling hardcore lah nak sampai ke puncak! Main rock climbing jap. Memang paling mencabar dan menguji kekuatan fizikal! Hazab! Pangok! Pewai! Lagi sekali terbit penyesalan! hahaaa ;p


Abam sado, Hafiz!

Kene mendaki cerun batu ni guna tali. Aku dah la spesies penggayat! Kitaorang kene mendaki cerun 80 darjah, berpaut pada akar untuk melintasi dinding batu ke puncak. Sumpah, rasa nak give up! Trek Rajah ni macam gabungan trek Gunung Nuang + Irau + Kinabalu! kesimpulannye.. hahaa..




Yeahhhhh, finally! Puncak Gunung Rajah berjaya kami tawan!


Kitaorang sampai puncak lebih kurang pukul 3 .30 petang! Fuhhhh, berjaya jugak akhirnya! 

Selfie!

Gunung Rajah 1,684 meter adalah antara lima gunung paling sukar didaki di Malaysia. (hasil aku google lah) Kalau salah sorry, coz gua pon nubis kubis lagi! lol


 Di puncak Rajah, kitaorang dihidangkan dengan permandangan 360 degree! Tapi disebabkan jerebu yang tebal, tak nampak sangat view! Putih jerr... hahaa


Dah sampai puncak muke ceria! Padahal masa trekking tadi rasa macam dah nak separuh mati, tak larat! hahaa
Gunung Rajah - 1685 meter ~ 5526 ft, CHECKED!
Photoshoot ciked! hahaaa
Tadaaaa!......
Luv is in the air! lol ;p

Aku mulanya dalam kepala otak tengah fikir nak pergi ke tak Gunung Rajah ni?? 50-50. Aku tak pernah join lagi mana-mana trip hiking & camping. Selalu trip dayhike jer. 

Aku dok pikir larat ke aku nak pikul beg berat dengan mendaki gunung?? aihhh... Tup2 tetiba kawan aku ni, Ayu semangat gler nak pegi! Tak pe kite cuba la dulu Nadz! Berkobar-kobar. Dia dah bagi nama aku siap2 kat abang Ariff! lol.... Aku errr... speechles! T__T

Ermmm... ok aku layan je lah. hahaaahh!


Btw thanks to my bestie Ayu! Walaupun kitaorang sama-sama dah mental down, akhirnya sampak jugak ke puncak! hahaa... yeayy challenge accepted! Kipidap! Dongibap!



You will never know your true potential unless you push yourself to find it. 

We did it yeahhhh! :)




Penat lelah meredah laluan pendakian sejauh 17.7 kilometer terasa berbaloi bila sampai kat puncak! hahaa



Tapi bila part nak turun ni lagi mencabar dari naik!


Kitaorang start turun lebih kurang pukul 4.15 petang. Hari dah nak semakin gelap. Dengan penat, lapar, mental, sakit kaki & badan, tak cukup tidor! Rasa dah hampir 48 jam tanpa tidur. Otak pon sudah bercelaru. 

Kitaorang hampir sesat nak balik ke kem Lata Naning. Hampir tersadai tengah-tengah hutan! Time ni aku rasa macam nak pengsan dah! Dengan sejuknye dalam hutan tak de sweater! Aku dah rase kebas tangan & kaki cz sejuk! Macam nak kene frosbite jer! Menggigil! hahaa... Semua orang dah tak larat! Nasib ade hero penyelamat, si Hafiz tolong abang Ariff mencari jalan pulang! hahaaa...



Akhirnya, tamat penderitaan. Sampai di Kem Lata Naning lebih kurang pukul 11.00 lebih! Nasib ade cikgu dan akak2 ni tolong masak untuk kitaorang. Semua dah kebuloq abih! hahaa... Memang sedap gler dorang masak!

Cikgu Chef!

4 Oktober 2015, Ahad 8.00 am


Chef sibuk menyediakan menu utk sarapan pagi. Dan pagi ni kami dihidangkan dengan Spaghetti & keropok lekor! Fuhhh marvellous!



Thank you to chef & tukang masak yang lain kerana menyediakan masakan paling enak sepanjang dalam hutan nih! Bravo!

Kepok lekor panas! thorbaekkkk!
Gud Morning!

Breakfast like a king! Memang sedap gler spaghetti nih! Macam spaghetti paling sedap yang aku pernah makan seumur hidup! Di tengah-tengah hutan! hahaa


Sebelum balik, bergambar dulu puas-puas kat kawasan air terjun Lata Naning nih!



Memang sejuk gler-gler mandi air terjun ni pepagi sehingga bergetar menggigil ke tulang rusuk! lol

Thorbaekkkk!
Kawasan kem!
Serenity!
Dengan cikgu Zul!
Dah ready angkat sauhhhh!
Group photo dulu before turun!
Ape yang penting.... kerjasama!


Cross sungai!




Berjalan melalui Trek balak selama 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam sejauh 5km. Fuhhhh..... Lebih kurang 35km total perjalanan pergi balik Gunung Rajah ni, sangat mencabar mental & fizikal aku! Aku rasa macam aku yang paling tak fit antara semua! hahaa... Siriusly gais! 

Trek pendakian yang panjang serta jauh, terpaksa mengharungi sungai, membuat pendakian batu 80 darjah, mendaki pada waktu pagi yang gelap amat mencabar ketahanan semua pendaki.





Aku nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada organizer dan peserta yang menyertai ekspedisi ni. Walaupun baru kenal, tapi kerjasama dan semangat kumpulan yang korang tunjukkan memang mantap!. Gogo, abang Ariff & sweeper, Ayin, Saffuan, Ayu sanggup bersusah payah teman aku yang pewai & siput ni sepanjang perjalanan! heheee...



Before balik, lepak dulu kat air terjun Chamang! Memang terbaik lah air terjun dia!




Dataran Balau!

Jambatan gantung!


Akibat penangan Gunung Rajah yang hatkurr ni, aku rasa macam nak bersara dari hobi mendaki nih! lol... ;p Tak nak naik gunung dah pas ni! Ni last gunung yang aku naik! Jom gantung beg!... Tapi, tapi.... list gunung aku macam banyak jer lagi! Macam mane nih! hahaa...

Ade tak sesiape yang sudi nak jadi abang porter aku?? hehee

#followmeto



In a nutshell, walaupun perjalanan yang mencabar dan agak “sakit” tapi yang penting kitaorang enjoy the trip!!!









Comments

  1. wohoooo. tahniah! :D kite baca pengalaman org je lah yg mampu buat masa ni :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. hai jiran masa kat naning. tgh blogwalking trjumpa blog awak ni.. :)

    ReplyDelete
  3. AsSalam, kitaorg baru plan nak naik Rajah today. TQ for sharing, kurang2 mental rasa2 mcm dah ready. Kami suma asal 36org tapi 2 telah syahid hehe. Plan set camp kat lata Hijau, naik puncak early Ahad, kejar sunrise. So biler2 ada kelapangan, leh saya join or awak leh join kami :-)

    ReplyDelete
  4. Macam mana kalau saya nak contact Team Anak Gunung?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

Asykar Pencen!

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS