Back to Leh via Khardung La Pass

Assalamualaikum


Day 6 (01.09.2025 - Isnin )


Hunder (3048) - Pangong Lake (4225m) 156KM


Dari Hunder, kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke Pangong Lake melalui Wari La Pass. Laluan ini lebih sunyi dan mencabar, menjanjikan pemandangan liar Ladakh yang masih mentah. Namun, cuaca yang tidak menentu dan banjir di sepanjang laluan.



“Not all detours are failures, some are survival.”


Breakfast dulu


Backpackers buddies!


Sebaik menghampiri kawasan tinggi, salji semakin tebal dan permukaan jalan menjadi licin. Angin sejuk bertambah kuat, dan risiko untuk rider jelas terlalu besar. Demi keselamatan, kami membuat keputusan sukar iaitu berpatah balik ke Leh melalui Khardung-La Pass sekali lagi.


Jalan clear tiada kenderaan boleh la posing tengah jalan macam jalan bapak kau yang punya! hahaaa


Khardung - La mountain range. 

Too beautiful to be forgotten, just like these mountain behind me!









Fuh... model sedang beraksi! hahaa


Strike a pose! Paparazzi ke tu? hahaa




Apa pun yang terjadi, kami tetap menikmati setiap detik perjalanan. Pemandangan gunung-ganang Ladakh seolah tiada penghujungnya luas, sunyi, dan tidak pernah jemu dipandang. 

Jalan raya yang lengang menjadi milik kami sepenuhnya. Di sinilah kami sedar, perjalanan ini bukan sekadar tentang destinasi, tetapi tentang setiap hentian di sepanjang jalan.


U jump i jump! hahaaa




No traffic, no stress posing dulu!


Kami kembali ke Leh melalui Khardung La Pass, laluan ikonik yang sekali lagi menguji ketahanan fizikal dan mental. Walaupun impian melihat Pangong Lake terpaksa ditangguhkan, perjalanan ini mengajar kami bahawa di Ladakh, alam sentiasa menentukan aturan. Ada destinasi yang perlu ditinggalkan hari ini, untuk dihargai pada masa akan datang.


Yeah view salji masih ada. Katanya lepas 3-4 hari dari trip kami ni salji dah cair dah ye la baru bulan 9 kan. Salji ada balik dalam bulan 12 nanti bila masuk musim winter.


This is the best roadtrip ever, so far lah! hahaaa




Melalui semula Khardung La Pass, kami tidak melepaskan peluang untuk bermain salji sekali lagi. Ketawa pecah di udara nipis, tangan kebas dek sejuk, namun hati penuh kepuasan. 

Salji putih menjadi saksi kegembiraan kecil kami di bumbung dunia. Kamera tidak berhenti bergambar puas-puas, merakam momen yang mungkin tidak akan berulang. Di ketinggian ini, masa seakan perlahan, dan kami hanya mahu menikmati setiap saat sebelum turun meninggalkan awan.




Dorang yang lain sakan naik puncak gunung tu


Sis tengah teman member ceri beri. Cian dia... hehee



Snow much fun!


Kali ni memang puas main salji. heheee


A little piece of me in a nutshell, frozen in time!


Signed by the snow, stamped by the soul! Nutshell was here!




Thanks to our guide, Zakir yang rajin melayan tangkap gambar kami! hahaaa



Makan ais kepal! hahaaa





















Selepas menuruni Khardung La Pass, angin gunung yang menggigit tulang masih terasa. Di hadapan kami terbentang sebuah sungai berair jernih kebiruan, mengalir tenang di celah gunung-ganang yang masih bersalji. 



Kami berhenti seketika di tebingnya Sungai Shyok, sungai glasier yang terkenal di Nubra Valley. Airnya terlalu sejuk untuk disentuh lama, seolah-olah baru keluar dari perut ais Karakoram. Bunyi alirannya bersatu dengan kesunyian Ladakh, menjadikan detik itu antara momen paling magis sepanjang perjalanan.




Fuh ni memang kalis sejuk betul Gan ni!



















Turun gunung kami Lunch dulu. Maggi Masala kembang semangkok. hahaaa


Di sebalik semua cabaran, satu perkara yang membuatkan kami benar-benar kagum ialah semangat semua rider. Empat hari di atas motor, meredah sejuk, altitude tinggi, jalan licin dan ketidakpastian cuaca bukan perkara kecil.

 Setiap orang bertahan, saling tunggu-menunggu, saling jaga. Rasa hormat kami tinggi buat semua yang berjaya membawa motor sejauh ini. Perjalanan ini bukan sekadar tentang jarak yang ditempuh, tetapi tentang ketahanan, persahabatan, dan jiwa kembara.






Di sini tak ada KFC yang ada ZFC. haha


Kopi dulu baru kamu... ehhh



Bab makanan pula, maaf cakap ayam goreng di sini agak hambar. Terlalu dry, sedikit keras, dan yang paling menyedihkan… tak ada sos cili. Yang ada cuma sos tomato. Nak telan pun rasa macam tersekat-sekat, kami bagi skala 6/10 je.

Saat itu kami sedar, walau sejauh mana kami merantau dan setinggi mana gunung yang kami daki, ayam goreng Malaysia tetap juara dunia. Rasa pedas, rangup, berjus memang tak boleh lawan. Haha.






Malam itu di pekan Leh, kami sambung aktiviti shopping seperti biasa. Namun, Abi tidak bersama sejak pagi dia mengadu sakit perut, jadi dia memilih untuk berehat di hotel. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon masuk. Rupanya Abi telah dibawa ke hospital akibat cirit-birit. Terus jantung kami berdegup laju. Ahhh sudah… mungkin perutnya memang sensitif dengan cuaca dan makanan di altitude tinggi.

Suasana yang tadinya ceria bertukar sunyi. Kami mula berfikir jauh, mungkin impian ke Pangong Lake esok terpaksa dikorbankan. Jika seorang perlu tinggal menjaga Abi di hotel, rancangan pasti berubah. Masing-masing termenung, memandang kosong, memikirkan apa yang bakal terjadi. Di saat begini, kami sedar perjalanan bukan sekadar tentang destinasi impian, tetapi juga tentang menjaga satu sama lain.



To be continued.......




Previos post :








Comments

Popular posts from this blog

Hiking Bukit 527, Sepang

Asykar Pencen!

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Bukit Marak, Kelantan

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

The Mins, Kota Damansara

Balagezong, Shangri-La Grand Canyon