Pangong Lake (4,350m) - Changla Pass (5,360) 72Km - Leh town (3,500m) 76Km
Total : 148KM
Throwback with the same travel buddy since 2017! Ahh rindunya kenangan kat Tasik Ranu Kumbolo, Gunung Semeru Indonesia. Aku memang dah plan nak bawak airbag kat Pangong Lake nanti. hehee
Last pic with Amir & Gan cuz dorang nak meneruskan misi ride ke Umling La Pass. Mereka tak follow kami ke Pangong Lake.
Sebenarnya kami semua risau juga dengan keadaan cuaca yang tak menentu hujan ribut & salji tebal. Samada kami boleh sampai ke Pangong Lake ke tidak & sama juga dengan Amir & Gan nanti untuk sampai ke Umling La.
Mereka memilih untuk meneruskan ride ke Umling La Pass, laluan yang lebih panjang, lebih tinggi elevasinya dan lebih mencabar dengan ketinggian ±5,798 m (19,024 ft) dari paras laut berbanding Khardung La Pass ±5,359 m (17,582 ft).
Kami kenal dengan Amir since trip Xueshan tahun 2019.
Rindu betul bila baca balik moments last hiking gunung. Nak hike gunung balik rasa macam dah tamampu pula cuz tak fit macam zaman kegemilangan dulu2. hahaaa
Pagi itu, jalan berliku dari Leh membawa kami ke satu pemandangan yang buat aku terus berhenti ambil gambar. Di atas bukit, tersergam Thiksey Monastery, bertingkat-tingkat, putih kemerahan, dan sekilas pandang memang mengingatkan aku pada Potala Palace di Tibet. Maybe Tibet is calling?? ehhhh
Semakin dekat, semakin jelas keindahannya. Biara ini dibina di lereng bukit, setiap tingkat seolah-olah memanjat langit.
Lepas beberapa jam kami singgah lunch dulu. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan perut pun dah berkeroncong.
hot chocolate & maggie tu jer yang membangkit selera dikala kesejukan
Finally, setelah lebih kurang 5 jam perjalanan, kami sampai dah di Pangong Lake!
Tapi pemandangan Pangong Lake kurang cantik sebab hujan.
Agak kecewa jugak… uhukkk, dah sampai sejauh ini, kan?
Pangong Lake terletak pada ketinggian sekitar 4,350 meter dari paras laut, di tengah pergunungan Himalaya yang sunyi dan keras. Perjalanan ke sini bukan sekadar jarak, tetapi ujian fizikal dan mental. Jalan berliku, udara menipis, dan cuaca yang sukar dijangka. Pangong bukan tasik biasa, ia memanjang sejauh lebih 130 kilometer, merentasi sempadan India dan Tibet, seolah-olah sebuah garis biru yang memisahkan dunia.
Namun hari itu, Pangong menyambut kami dengan hujan. Langit kelabu menutup keindahan yang sering diceritakan orang, air biru yang bertukar warna mengikut cahaya matahari. Sedikit kecewa, ya. Lebih-lebih lagi bila teringat sejauh mana perjalanan yang telah ditempuh. Tapi di situlah aku belajar, tidak semua destinasi hadir untuk mempamerkan keindahannya. Ada yang hadir untuk mengajar erti menerima.
L.O.V.E.
Love hate friendship! ehhh... hahaaa
Airbag aku siap jadi prop pelancong lain pun nak pinjam buat ambil gambar. hahaaa
Kredit to our photographer Zakir! hahaaa...
Nampak la dia penyabar orangnya. Gugurl kan memang suka bergambar... Kihhhkihh
Saleem awal-awal dah surrender dia tak pandai ambil kami katanya...
Ye lah tu.. hahaa
Free style
Kareena Kapoor in action! ehh
Mat rempit mana ni terlepas sampai Pangong Lake! hahaaa
Pangong Lake bukan sekadar destinasi di peta, tetapi sebuah lokasi ikonik yang terpahat dalam ingatan ramai selepas muncul dalam filem Bollywood 3 Idiots (2009). Babak ikonik di penghujung filem, pertemuan semula Rancho, Farhan dan Raju dirakam di sinilah, di tepi tasik tinggi yang sunyi dan memukau ini.
Sejak itu, Pangong Lake menjadi simbol kebebasan, persahabatan dan pencarian makna hidup. Ramai pengembara datang dengan satu bayangan yang sama, ingin berdiri di tempat yang sama, merasai emosi yang pernah dipaparkan di layar perak. Namun realitinya, Pangong bukan pentas filem. Ia adalah alam yang hidup, dengan cuaca yang keras dan keindahan yang tidak sentiasa dipamerkan.
Pangong Lake ialah tasik air masin. Sesuatu yang agak luar biasa kerana kebanyakan tasik altitud tinggi adalah air tawar. Walaupun airnya masin, Pangong Lake akan membeku sepenuhnya pada musim sejuk dengan suhu boleh mencecah –30°C. Kandungan oksigen di kawasan ini rendah. Aktiviti ringan pun boleh buat nafas tercungap.
Long roads, high passes, rainy views… but solid friendships make every journey unforgettable!
When the view fades, friendship becomes the highlight of the trip!
3 idiots! hahaaa
We didn’t get the view we hoped for, but we got memories we’ll always keep.
Angin gunung semakin sejuk, dan suhu membuat kami menggigil walaupun memakai pakaian tebal. Menjejak kaki di tepi tasik untuk ambil gambar bukan kerja mudah, tangan beku, kaki sejuk, tapi posing tetap onzz!
Walaupun pemandangannya tidak seperti yang diimpikan, pengalaman berdiri di tepi tasik tertinggi ini tetap meninggalkan rasa kecil dan insaf. Di Pangong Lake, aku sedar bahawa perjalanan bukan tentang apa yang mata lihat, tetapi tentang apa yang hati rasa, tentang sahabat di sisi, tentang cabaran yang dilalui, dan tentang diri sendiri yang terus melangkah walaupun tidak semuanya sempurna.
Lepas tu hujan terus lebat kami berlari dalam hujan kembali ke kereta menggigil kesejukan! hahaaa
Balik tu, kami bergerak menuju Chang La Pass dengan ketinggian sekitar 5,360 meter dari paras laut, salah satu laluan tertinggi di Ladakh selepas Khardung La Pass.
Namanya berasal daripada Changla Baba, dewa penjaga yang dipercayai melindungi kawasan ini. Sebab itu terdapat kuil kecil di puncak pass sebagai simbol kepercayaan dan perlindungan.
Sampai di Chang La Pass, selain terpesona dengan pemandangan gunung-ganang dan salji tebal, kami perasan banyak askar berkawal di sepanjang laluan. Laluan ini memang dikawal ketat oleh tentera, jadi tidak hairan bila nampak kenderaan tentera dan pos kawalan di beberapa titik.
Kehadiran mereka memberi rasa selamat, tapi juga mengingatkan bahawa ini bukan sekadar laluan biasa, keadaan di ketinggian tinggi dan lokasi strategik menjadikannya kawasan sensitif.
Di Chang La Pass, selain terpesona dengan pemandangan gunung dan kawalan tentera, kami juga merasai 'snow falls' pertama kami! Ahhh, hati terus melonjak-lonjak kegembiraan.
Setiap serpihan salji yang jatuh dari langit terasa sejuk di tangan, tapi membuat senyum tak hilang dari wajah. Ada yang terus menangkap salji di tangan, ada pula yang buat ‘snowball’ spontan. Rasa excited tu sukar digambarkan siap main baling-baling snow!
Chasing peaks, finding snow, living the journey.
When the world turns white, silence speaks.
I love mountains & you!
Tengah dorang seronok main baling2 snow sis dah tak tahan sejuk menggigil terus lari masuk kereta! Suhu dalam -10 lebih kurang. Sikit lagi rasa macam mengah sakit kepala macam nak Altitude Mountain Sickness (AMS) dah. hahaa
Perampok gunung! ehhhh..
Lepas turun gunung sambung balik shopping kat Leh Town. hahaa
Pure Shilajit Himalayan. Katanya bagus untuk energy & banyak khasiat. Tapi baca review rasa dia macam jilat batu & rasa tanah basah lepas hujan. kahh kahh
Macam scary jer... So tak berani nak try takut muntah hijau pulak... hahaaa... Biasa la bende yang sihat tu memang tak sedap kan. So sis tak beli pun.
Sis paling luv garam pink nih!
Teringat kat Hunder haritu ada beli coklat ni rasa macam tak cukup plak beli lagi kat sini skit untuk diri sendiri.
Rasa macam dah sepuluh kali kot masuk kedai Himalayan ni sejak 4 hari lepas di Leh. Hahaa… memang famous kedai ni! Semua pelancong dok borong barang-barang Himalaya untuk dijadikan souvenir bagi kawan-kawan nanti.
Yang paling laris? Lipbalm dia, sampai ramai yang borong macam nak bagi satu kampung, haha. Memang tak sah kalau balik Leh tanpa singgah sini dan bawak sesuatu sebagai kenangan.
Postcard for myself. Kita pos dari Ladakh ke Malaysia. hehee.. Ambil masa lebih kurang 3 minggu juga baru sampai.
5 jam perjalanan tu memang berbaloi dengan view tasik tu.. Memang kental habis amir tu nak ride dgn weather macam tu... Dapat tgk snow satu hal.. tapi dpt tgk snow fall tu another kebahgian huhuuu
Yaa best first time merasa snowfall. yaa Amir memang kental tp malangnya jalan nak ke Umingla pun tak dapat lalu sebab hujan & salji tebal. Jadi dorang pun berpatah balik esoknya & dorang lalu kat Pangong Lake tu cuaca cantik sangat nampak la tasik tu warna biru.
Kalau tak kental memang tak sampai la ke tasik tu.. hebat hebat org yg travel ke sana.. Pernah juga rasa snofall few times mmg terloncat-loncat dibuatnya hahaha :D
Assalamualaikum.... Harini aku nak wat review skit pasal Action Camera SJCAM @ SJ4000 wifi. Korang pernah dengar tak pasal kamera ni? Aku memang dah lame mengidam nak beli kamera ni.. Nak beli GoPro cam mahal sangat.. so grab r kamera ni, gopro alternatif dengan harga yang memang mengancam & mampu milik! My new baby born, SJCAM Red! Apo bondo eh Action Cam? Action cam ni selalu digunakan untuk yang kaki adventure, yang suka travel & aktiviti-aktiviti outdoor yang lasak seperti menyelam, mendaki gunung, berbasikal & macam2 lagi. Sebab saiz dia kecik so senang nak guna untuk snap & rakam moment2 yang cun masa buat aktiviti lasak tu. Tapi sekarang ni kan zaman orang suka SELFIE. Dah jadi fenomena plak... Kadang2 orang beli kamera ni bkn untuk wat outdoor pon. Setakat nak selfie sambil lepak kat kedai mamak! ;p hahaaa.... Tapi aku beli kamera ni sebab memang aku suke beroutdoor. Next entry nanti aku share gambar2 aku g menyelam kat P...
Sekarang ni siapa yang sombong ekk? Kalau sis sombong awal-awal dah suruh pak cik berambus. Kita ni bersimpati sebab dia orang tua ni siap extend duduk 2 bulan free-free lagi. Entah lah manusia jenis tak tahu bersyukur. Bila kita dah buat baik dipijak-pijak pula. Siap kata nak saman kita pulak eh? So mampu la nak bayar lawyer? Kita dah bertolak ansur dah mintak elok-elok tak diendah kita pulak dikata sombong sebagai alasan sengaja tak nak bayar hutang? Dengan janji dicapati, kita kena sidai call tak angkat, text tak reply tu bukan alasan la pak cik! https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2026/08/05/tuan-rumah-sombong-punca-rahim-omar-sengaja-tangguh-bayaran-sewa-2-tahunsaya-tidak-lari https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/08/06/rahim-omar-vows-to-clear-rm7000-debt-after-tough-spell https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/08/1597998/isu-tunggakan-sewa-rm7000-rahim-omar-mengaku-belum-lunas https://www.kosmo.com.my/2026/08/05/saya-dah-pindah-pemilik-rumah-halau-sa...
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Fuhhh dah bersarang blog aku nih!. Baru sempat nak update. Kali ni story pasal misi Kinabalu ada dalam Majalah BackPackerz Vol 3 edisi April 2016! Memang menarik betul majalah ni untuk kaki2 travel & backpackers! Kebetulan plak aku baru je balik dari trip Surabaya & Jogja! Ade pulak story pasal terjah Jogja dalam nih! Fuhhhh memang mengimbau betul! Memang best gler majalah nih! Magnet Kinabalu! Mana nak dapat majalah ni??? Hurmmm memang majalah ni tengah hangat di pasaran! Jenuh jugak aku cari kat banyak kedai semua dah sold out! Korang boleh cari kat kedai-kedai buku Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat kiosk2 myNEWS.com. Beli online pon boleh jugak! Boleh usha kat fb BackpackerzMag ! Tu diaaaa... gambar poskad aku kemain besaq! Teruja kejap! hahaaa Story pasal Adam & Team Anak Gunung! In a Nutshell,TQ Backpackerz Magazine! So cepat-cepat pergi beli s...
Assalamualaikum.... Selamat datang 2014! Hari ni aku nak share senarai baldi aka 'my bucket list'. 100 things to do before I die! Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun, aku nak buat aktiviti2 & benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan teringin sangat nak buat. Lepas aku buat, aku akan share tips & lokasi yang menarik yang aku dah pergi sebagai rujukan & panduan klu korg nak try. Selalu pun aku just tulis 'done my list'! Jadi ramai member2 yang tertanya2 ape sebenarnye aku punye wish list tu.... heheehh So, lets check it out! 1. Paragliding. Done! 2013 - hiking & paragliding di bukit jugra 2016 - Paragliding Jugra with Planta 2016 - Paragliding Kuala Kubu Bharu with Planta 2. Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Done! ...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Assalamualaikum... Baru-baru ni aku sempat hiking ke Bukit Kutu. Pe rjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur. Ia terletak di daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang berhampiran Kampung Pertak, Selangor. Line up for today, Ayu selaku gogo, aku, Xue Li & sweeper my bro, Arip! Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak. Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli pertak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. ...
Assalamualaikum Harini kami nak hike ke Bukit 527, Sepang. Bukit 527 (atau “Peak 527”) terletak di Sepang, Selangor. Lebih spesifiknya dekat kawasan Bandar Baru Salak Tinggi / Salak Perdana. “Exploring the world together, one hills at a time.” “Started young, born to climb.” “Raising a wild soul, one trail at a time.” “Some of the best childhood memories are made on the trail.” Pemandangan dari puncak boleh nampak kawasan sekeliling Salak Perdana & bandar Baru Salak Tinggi. View macam dekat Bukit Sri Bintang pun ada. Hahaaa /sri-bintang-hill-20.html#google_vignette Elok datang pagi, udara lebih sejuk, laluan kurang ramai, dan nampakkan pemandangan yang jelas (tak kabur sebab kabus/haze). Trail tanah merah dan laluan boleh jadi sangat licin bila hujan. Kasut yang ada grip dan pakaian yang sesuai sangat membantu. Bawa air yang mencukupi & sedikit kudapan, nak hiking kadang rasa haus cepat terutama bila ikut laluan curam. Kat puncak macam-macam ada. Siap ada kerusi meja unt...
5 jam perjalanan tu memang berbaloi dengan view tasik tu.. Memang kental habis amir tu nak ride dgn weather macam tu... Dapat tgk snow satu hal.. tapi dpt tgk snow fall tu another kebahgian huhuuu
ReplyDeleteYaa best first time merasa snowfall. yaa Amir memang kental tp malangnya jalan nak ke Umingla pun tak dapat lalu sebab hujan & salji tebal. Jadi dorang pun berpatah balik esoknya & dorang lalu kat Pangong Lake tu cuaca cantik sangat nampak la tasik tu warna biru.
DeleteKalau tak kental memang tak sampai la ke tasik tu.. hebat hebat org yg travel ke sana.. Pernah juga rasa snofall few times mmg terloncat-loncat dibuatnya hahaha :D
Delete