Part 4 : SkayCab, SkyDome, SkyBridge & SkyPos
Assalamualaikum.... Ahad, 29 Mac 2015, 9.00am Harini sambung jalan-jalan lagi kat Langkawi! Kita ke Sky Cab di Gunung Mat Chincang! But first lemme take a selfie! lol :p Pemandangan indah puncak gunung dari bawah! Sebagai warganegara, korang bolehlah menikmati harga tiket 1Malaysia RM20. hahaa... Sebelum ni tiket RM15 jer, tapi dah naik sejajar dengan pertambahan aktiviti iaitu SkyDome yang baru je dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1 September 2014. Dari kaunter masuk, kitaorang terus dibawa ke SKYDOME yang bernilai RM1.53juta! Apa ada dalam ni? Macam ala-ala kat planetarium negara jer! Ada kerusi yang sedikit menyandar dan ada layar gergasi. Kene melangut ke atas tengok screen dia. Rasa teruja jugak sebab tempat ni merupakan yang pertama ada Skydome di Asia. Tujuan dibina untuk mengurangkan kebosanan semasa menunggu. Persembahan pun tak lama, 10 minit je. Keistimewaannya, ada 12 projektor, boleh tengok 360 darjah dengan imej 3D. ...