TAIWAN DAY 6
Assalamualaikum 14 Mac 2019, Khamis, 8.00 am Yang Ming Shan National Park - Yehliu Geopark - Shenao Elephant Trunk Rock - Taipei 101 - Shilin Night Market Dalam kalangan pelancong, Taipei yang merupakan bandar terbesar dan paling sibuk di Taiwan sememangnya menjadi destinasi paling popular dan digemari untuk dilawati. Ia terletak di bahagian utara Taiwan. Peta Taiwan Pengangkutan Pengangkutan awam seperti metro (MRT), teksi dan bas sangat mudah digunakan jika anda ingin bersiar-siar di sekitar bandar Taipei. Lebih mudah jika anda membeli Easycard. Jika berniat untuk ke destinasi luar daerah, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan termasuk pemandu pelancong kerana jarak antara daerah agak jauh. Bagi perkhimatan 'e-hailing', anda boleh menggunakan aplikasi Grab. Kalau inginkan lebih cabaran, sewa sahaja kenderaan bagi memudahkan anda bergerak mengikut kesesuaian sendiri. Tapi lesen memandu antar...