Posts

Showing posts from June, 2016

Pasir Berbisik & Savannah Pt-3

Image
2 April 2016, Sabtu, 9.00 am Setelah puas melihat Gunung Berapi Bromo, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Berbisik! Pasir Berbisik masih lagi di dalam kawasan Taman Nasional Bromo-Semeru-Tengger. Kat sini memang macam kat padang pasir, cuma pasir dia berwarna hitam. Pemandangan kat sini pun memang cantik! Deruan angin bertiup kencang, desir-desir pasir di padang tandus pula berterbangan membawa butiran-butiran pasir bagaikan bisikan yang menyerukan indahnya alam. Fuhhh..... macam ayat-ayat cinta pulak! hahaaa :p Pagi ni cuaca sangat cerah, langit biru terbentang luas dan tampak di belakang gunung bromo tinggi menghadang. Masing-masing tengah amek mood nak feel the whisper! Padang pasir ni memang sejauh mata memandang hanya ada hamparan pasir. Jump high ! Tempat ni pernah menjadi lokasi shooting sebuah filem yang berjudul Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo. The whispering sand! ...

Gunung Bromo Pt-2

Image
Assalamualaikum 2 April 2016, Sabtu, 2.00 am  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya mengambil masa kira-kira 2 jam. Dari lapangan terbang untuk ke kaki Gunung Bromo pula mengambil masa kira-kira 5-6 jam. Kami sampai sahaja di Surabaya lebih kurang pukul 11 malam selepas penerbangan ditangguhkan beberapa kali. Waktu di Surabaya adalah lewat sejam dari Malaysia. Sampai sahaja di Surabaya, kami telah dijemput oleh supir dengan menaiki kereta MPV terus menuju ke Bromo. Aku telah book dengan Trip Javanesia untuk perjalanan ke Surabaya & Jogjakarta. Nampaknya memang kami hanya sempat melelapkan mata dalam kereta sahaja. Perjalanan aku untuk menjelajah kepulauan Jawa kali ni telah ditemani oleh 3 orang sahabat baik aku iaitu Mustakim, Azelenda & Zuliana. Mereka nampaknya cuba untuk follow itienary aku yang padat dengan adventure walaupun aku kene kecam berkali-kali!  Sorry guys! Travel dengan aku, korang ke...