Posts

Showing posts from October, 2016

Hiking Bukit Kutu

Image
Assalamualaikum... Baru-baru ni aku sempat hiking ke Bukit Kutu. Pe rjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur. Ia terletak di  daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang  berhampiran Kampung Pertak, Selangor.  Line up for today, Ayu selaku gogo, aku, Xue Li & sweeper my bro, Arip! Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak. Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli pertak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.   ...

Kisah Jogjakarta di Backpackerz!

Image
Assalamualaikum Kali ni ada story pasal Trip Jogjakarta dalam Majalah BackPackerz Vol 9 edisi Oktober 2016! Banyak tempat menarik yang korang boleh melawat kalau datang ke Jogja ni. Harapnya dengan artikel aku ni, dapat lah memberi korang info, gambaran & sedikit inspirasi untuk travel kat sini! Mana nak dapatkan majalah pasal dunia backpacking & travel yang paling laku keras kat pasaran ni? Korang boleh cari kat kedai-kedai buku berhampiran seperti di Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat pasaraya atau shopping mall yang ada kiosk myNEWS.com. Kalau nak beli online, boleh usha kat fb  BackpackerzMag ! In a nutshell, Happy reading gais & selamat mengembara! 

Artikel Jogjakarta di Berita Harian

Image
Assalamualaikum Artikel ini telah diterbitkan oleh Berita Harian, nota.my bagi edisi Kembara . Akhbar ni bertarikh 25 September 2016, Ahad. Terima kasih Berita Harian!