Posts

Showing posts from December, 2016

Bukit Batu Chondong

Image
Assalamualaikum Haritu aku berkesempatan pulang ke kampung halaman dan sempat juga melepaskan gian pergi hiking ke Bukit Batu Chondong. Short form nyer orang selalu panggil BBC. Nak tau kat mane BBC ni? Jom kasi terjah! Bukit Batu Chondong ni terletak di belakang Zoo Negara. Nak ke sini korang akan melalui entrance Zoo Negara, ada lorong ke belakang korang terus je pandu kereta naik bukit kat atas tu lalu kat kawasan perumahan, lepas tu ada sungai kat tepi dia.  Laluan kat bukit dia memang agak berliku sikit dan sempit. Kalau nak senang, waze kan ade, tak pon gunalah google maps. Taip je " Bukit Batu Chondong" ataupun "ATV Adventure Park Kemensah".  Ni starting point untuk mendaki ke Bukit Batu Chondong.  Ada sorang abang tu jaga kat tempat parking kereta. Kereta boleh park di bahu jalan. Kena bayar RM1 setiap seorang.  Kami start mendaki dalam pukul 9.30 pagi bermula dengan trek pacak dengan keadaan tanah agak licin (se...

Pantai Sri Tujuh

Image
Assalamualaikum Wat gapo tuh? Jom santai-santai hujung minggu di Pantai Sri Tujuh. Pantai ni terletak di Tumpat, Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lagun di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan.  Pantai Sri Tujuh ni berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai. Penduduk tempatan tengah kutip siput kat tepi sungai ni.  Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf.  Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada wakt...

Pantai Bisikan Bayu

Image
Assalamualaikum Pantai Bisikan Bayu (Beach of Whispering Breeze) Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.  Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku.  Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan. Di kawasan pantai ni, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.   Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April. Namun ...