Jalan-jalan Ganu Kiter!



Assalamualaikum



Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Na na na na na Ganu kiter.........


Misi ke Kuala Terengganu kali ni adalah untuk menduduki peperiksaan JPA. Jauh benor nak amik exam dari Kota Bharu sampai ke Ganu kiter! Otak dah serabut bila jawab exam yang susah tahap kipas susah mati, almaklumlah kami semua bukannya bebudak yang study law. Jenuh nak menjawab soalan akta-akta nih walaupun open book. Hahaaa... Lepas je habis exam 2 hari, moh le jale-jale tenangkan fikiran. 



Destinasi pertama, Masjid Kristal. Masjid ni merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ni dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ni boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. Ia sekaligus menjadikannya masjid pintar pertama di Malaysia.

Walaupun namanya masjid kristal, masjid atas pulau ni ia sebenarnya dibina daripada kaca. Pada waktu siang, warnanya kekuning-kekuningan. Apabila tiba waktu malam, masjid ini dihiasi dengan pancaran lampu yang berselang-seli dengan warna merah, kuning dan hijau.


Sebenarnya, masjid ni sarat dengan kontroversi. Ia kerana kos pembinaannya yang mencecah 360 juta, kiblat masjid yang dikatakan salah sehinggalah kepada isu solat Jumaat yang dikatakan tidak boleh diadakan kerana tidak cukup kariah. Dan sayangnya, walaupun ianya kelihatan gah dari luar, masjid ini lebih untuk lawatan daripada untuk ibadah.

Next plan, aku teringin nak tengok miniatur masjid kat Taman Tamadun Islam, tapi sayangnya, kami sudah kesuntukan masa. Tambahan pula harga tiketnya yang agak membocorkan poket. Tidak mengapalah, mungkin lain kali sahaja.  Jadi, kami hanya solat dan berehat di Masjid Kristal.

MESRA_MALL_KEMAMAN. 2


Esoknya kami ke Mesra Mall. Mesra Mall adalah sebuah pusat membeli belah moden yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kemasik, dengan hanya satu-satunya kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.

Hajat di hati nak tengok wayang tapi tak bayak pilihan cerita yang menarik. Balik KL nanti la baru tengok wayang. Hahaaa


Kami ke Pantai Kemasik di Kemaman iaitu antara pantai yang cantik di Terengganu ni dengan pantai jenis berbatu. Untuk datang ke sini bukanlah susah kerana lokasinya yang terletak di tepi jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kemaman ni, dari kejauhan dah boleh nampak batu yang timbul pada permukaan air tu. 

Pantai Kemasik terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Lebih jelas lagi Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal, kira-kira 30 km dari bandar Chukai dan 10 minit sahaja dari Kertih. 


 Kemasik pernah menjadi venue permulaan peringkat 9 Le Tour de Langkawi 2012 dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 Km.


Pantai Kemasik terletak di persisiran kampung Kemasik. Suasana pantai di sini memang berlainan dengan pantai yang biasa aku pergi kerana  pantai ni diselenggara dengan baik. Keadaannya yang terjaga dan bersih sesuai la sebagai salah satu destinasi utama pelancongan. Memang tak puas menikmati permandangan indah di sini.


 Walau bagaimanapun, kampung Kemasik telah wujud sejak kira-kira 60 tahun lagi iaitu sebelum merdeka lagi, namun sehingga hari ini ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri dan budaya timur masyarakat melayu setempat walaupun hakikatnya Kemasik telah membangun sebagai sebuah bandar.



Pantai Kemasik merupakan pantai yang indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini.


Melihat pemandangan laut sememangnya memberi ketenangan. Alam ini sungguh indah jika dipelihara dengan baik.


Air yang jernih!


Next, jalan-jalan di bandar Kerteh. Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh. Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. 

Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.


Walaupun ia kawasan industri, namun apabila anda melalui jalan ini (jalan utama ke Kuala Terengganu dari Kemaman), dalam 40km dari Kemaman, anda akan melihat panorama yang sangat unik dengan nyalaan api penapisan minyak yang tak pernah padam sejak dari dulu lagi. Dan susunan loji & bangunannya menjadikan ianya satu tempat yang menarik


Kawasan sini dikenali juga sebagai Rantau Petronas! 


Lepas tu singgah makan kopok dulu! Jika sampai di Kelulut, rasanya memang sudah ramai yang dapat cari kedai Keropok Lekor 008 ini sebabnya kedai ini selalu menjadi tumpuan orang ramai.


Hidangan kami, air kelapa muda yang segar berharga RM1.50/segelas dan sepinggan keropok lekor yang sedap lembut berharga RM3. Tak cukup sepinggan, kasi tambah lagi! hahaa

 Di sebelah kiri kedai ni ada stesyen minyak CALTEX. Jadi senanglah nak cari.


 Keropok lekor ni ada dua iaitu keropok goreng dan rebus. Yang biasa kita makan kat kedai dia orang tu keropok goreng. Yang selalu orang bungkus banyak-banyak tu keropok rebus. Keropok goreng bentuknya kecil macam besar jari tangan kita. Kalau keropok rebus bentuknya besar dan lebih memanjang. 






Layan sunset sepanjang perjalanan. Kembali ke Kota Bharu.


In a Nutshell, Terengganu, semoga kita bertemu lagi!







Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

Asykar Pencen!

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS