Raya 2022
Assalamualaikum Syawal 2022 disambut awal sehari daripada tarikh yang dijangkakan. Tapi kami lek-lek jer sebab memang dah prepare awal masak rendang, lontong sume. Malam tu xde la kalut semua chill jer main mercun & bunga api. hahaa Ni first time sis sambut Raya Aidilfitri di rumah mertua di Johor. Memang meriah semua adik beradik husband balik berkumpul. Tema tahun ni baby blue. Ni first time juga sis beraya pakai sedondon 1 family. Almaklumlah kalau family sis tak pernah pun beraya pakai baju ada sama kaler ada tema-tema ni. hehee Baju Afiq ni pun kalut-kalut last minit cari kat kampung. Nasib jumpa jugak baju melayu kaler baby blue. Bila raya ni sis teringat pula kat arwah abah.. Ermm ni first time la beraya tanpa abah. uhukkk.. Sayu nyer rasa hati... Teringat juga dekat mak. Tapi mak beraya kat kampung Taiping dengan Opah. Kesian dak kecik ni seminggu kat kampung tak sihat demam on off. So asyik merengek jer. Nak pi beraya pun tak boleh sebab dia asyik nangis.. uhukk Tahun ni b...