Gamuda Cove - Paya Indah Wetland & Cove Aerobar
Assalamualaikum Hai guys! Kalini sis nak bawa dak Aleesa jalan-jalan tengok binatang apa yang ada di Paya Indah Discovery Wetlands! Bagaimana ke Paya Indah Wetlands, Dengkil? Paya Indah Wetlands (PIW) terletak bersebelahan Lebuhraya ELITE. Pekan terdekat iaitu Dengkil adalah sejauh 9 km dari PIW. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 45 minit. Masa Lawatan Isnin-Ahad: 7.30 pagi - 7.00 petang Jumaat: 7.30 pagi – 12.00 tengahari 2.45 petang – 7.00 petang Harga tiket : RM30 per pax utk dewasa Dak Aleesa free jer masuk. Jom meneroka keindahan Paya Indah Discovery Wetlands! Aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Anda akan menaiki kenderaan jeep 4x4 yang disediakan untuk masuk ke dalam Paya Indah Wetland. Anda juga dapat mengeksplore Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu di safari tour. Bird watching! Cantik giler hutan buluh sini. Tour guide tu cakap sini selalu jadi lokasi shooting filem & drama tempata...