Gamuda Cove - Paya Indah Wetland & Cove Aerobar

Assalamualaikum

Hai guys!

Kalini sis nak bawa dak Aleesa jalan-jalan tengok binatang apa yang ada di Paya Indah Discovery Wetlands!


Bagaimana ke Paya Indah Wetlands, Dengkil?

Paya Indah Wetlands (PIW) terletak bersebelahan Lebuhraya ELITE. Pekan terdekat iaitu Dengkil adalah sejauh 9 km dari PIW. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 45 minit.

Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 7.30 pagi - 7.00 petang
Jumaat: 7.30 pagi – 12.00 tengahari
           2.45 petang – 7.00 petang

Harga tiket : RM30 per pax utk dewasa

Dak Aleesa free jer masuk.


Jom meneroka keindahan Paya Indah Discovery Wetlands!

Aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Anda akan menaiki kenderaan jeep 4x4 yang disediakan untuk masuk ke dalam Paya Indah Wetland.

Anda juga dapat mengeksplore Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu di safari tour.


Bird watching!


Cantik giler hutan buluh sini.


Tour guide tu cakap sini selalu jadi lokasi shooting filem & drama tempatan.


Nice bamboo trails. Teringat pula macam kat Gunung Nuang, Gunung Hitam ada banyak hutan buluh macam ni masa hiking.


Jeep


 Tiber ada rumah melayu tradisional dalam hutan. Hahaaa. 


Katanya rumah ni dari Terengganu dipindahkan kesini. Rumah ni xde pakai paku pun. Dia pindah kan kemudian pasang balik. Hebat seni pertukangan tradisional rumah melayu lama.


Sampai kat area tasik



Nice view kat sini! Kalau ada sunset lagi cun!


Tasik yang tenang jangan disangka tak dak buaya! hahaaa




Tengok badak air dari kejauhan jer. Syok la dia berendam petang-petang ni.

Ada aktiviti bagi Makan Badak Air (10.00 pagi setiap hari). So kalau korang datang awal pagi leh la tengok. Free jer.


Ni pun sama jugak. Lepas bagi makan badak ada buaya pulak. Aktiviti bagi Makan Buaya (Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am, 11.00 pagi sahaja)

So tips nya kalau nak datang sini datang awal pagi la boleh tengok macam-macam aktiviti animal feeding.


Gigih ye abang Jeep tu amik bunga bagi kat dak Aleesa. Dah turun jeep tinggal batang jer kelopak bunga sume dah tertanggal dak kecik ni dok cabut. hahaa


Jom layan video :



Jika anda datang untuk menikmati pemandangan indah dari atas langit? 

Anda boleh cuba Cove Aerobar!


Haa, kepada sesiapa yang tidak takut kepada ketinggian dan tidak gayat. Anda boleh cuba menaiki Cove Aerobar. Anda dapat menikmati pemandangan daripada ketinggian 35 meter dari paras laut.

Selain itu, anda juga boleh membeli makanan di kafe mereka untuk dibawa naik ke atas makan sambil menikmati pemandangan.


Harga biasa RM25 sekali naik untuk 15 minit chill kat atas ni. Tapi haritu kami datang ada promo so bayar RM10 per pax. Kena bayar online promo dia masa kat kaunter tu. Tapi line internet agak slow haritu. Kena bertabah skit la. hahaa


Walaupun tak mewah dan romantik macam 'Dinner in The Sky' tapi rasa lebih selamat binaannya. hahaa.. 

Dan paling penting, jauh murah harganya.


Cheers!


Baby tak boleh naik ni. Dia ada had ketinggian dia. Kami ingat nak naik asing2 sebab bergilir jaga dak Aleesa tu. Tapi disebabkan nak tunggu next round Aerobar ni dalam 45 minit jugak. So budak kat kaunter tu cakap tak pa kak, saya leh jaga baby! hahaaa

Kaunter pun memang lengang time tu xde orang. So dak Aleesa dok dengan adik kaunter tu. Seronok dak kecik tu ade orang melayan.


Gayat uiii!


Bangku hyppo. Cute!

For more info leh usha kat sini https://www.discoverypark.com.my/



In a nutshell, banyak lagi aktiviti menarik sebenarnya kat Discovery Park, Gamuda Cove ni. Nanti kalau ada kelapangan boleh datang lagi. Nak main waterpark ke rope course ke, motorcross dlln.

Till next time! bye..









Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL

Jumaat Di Kota Mekah