Umrah Pertamaku
21 November 2022, Isnin 12.00am Hari pertama di Kota Mekah Labbaik Allahumma labbaik. Labbaik laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika lak. Ertinya: "Ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah aku memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya pujian dan kenikmatan hanya milik-Mu, dan kerajaan hanyalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu" Ya Allah..aku menyambut seruanmu Finally sampai juga ke kota mekah setelah hampir 8 jam perjalanan dari Madinah. Sampai hotel check in lepas tu terus bersiap-siap untuk menunaikan umrah. Phewww berdebar pula rasa! Jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, kami semua para jemaah berkumpul di lobi untuk melakukan umrah bersama dengan Mutawif. Sempat ulangkaji sikit last minit. RUKUN UMRAH 1. Berniat ihram 2. Tawaf 3. Saie 4. Bergunting atau bercukur Dah ready nak ke Masjidil Haram. Turun hotel jer memang terus masuk ke kawasan dataran masjid. Cuma nak ke kawasan kaabah tu nak kena me...