Umrah Pertamaku



21 November 2022, Isnin 12.00am


Hari pertama di Kota Mekah




Labbaik Allahumma labbaik. Labbaik laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika lak.

Ertinya: "Ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah aku memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya pujian dan kenikmatan hanya milik-Mu, dan kerajaan hanyalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu"


Ya Allah..aku menyambut seruanmu


Finally sampai juga ke kota mekah setelah hampir 8 jam perjalanan dari Madinah. Sampai hotel check in lepas tu terus bersiap-siap untuk menunaikan umrah. 

Phewww berdebar pula rasa!


Jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, kami semua para jemaah berkumpul di lobi untuk melakukan umrah bersama dengan Mutawif. Sempat ulangkaji sikit last minit. 


RUKUN UMRAH

1. Berniat ihram
2. Tawaf
3. Saie
4. Bergunting atau bercukur


Dah ready nak ke Masjidil Haram. Turun hotel jer memang terus masuk ke kawasan dataran masjid. 

Cuma nak ke kawasan kaabah tu nak kena merempuh selautan manusia dulu.


Sambil berjalan tu kami bertalbiah Labbaik Allahumma labbaik.... 

Rasa macam sebak nyer Ya Allah.... Aku betul-betul dah sampai ke rumahMu Baitullah Al Haram! Alhamdulillah...Subhanallah Allhuakhbar!

 (masa aku tengah tulis ni pun masih sebak tak tahan air mata mengalir)


Tak dapat digambarkan perasaan pertama kali memandang ke arah Kaabah!

Air mata aku terus mengalir!


Tidak ada seorang pun yang apabila berada di hadapan Kaabah ingatannya akan tersasar jauh daripada mengingati Allah SWT. Seseorang itu juga apabila memandang Kaabah akan hilang rasa kesedihan dan rasa kesempitan daripada dadanya.


Pertama kali melihat Kaabah di depan mata dan seperti tidak percaya dapat melihat secara dekat. Perasaan itu tak boleh nak dijelaskan, sebab hanya kita yang rasa. 

Selama ni hanya tatap di gambar atau televisyen tetapi bila tengok depan mata, saiz dan bentuk yang sebenar saya rasa macam tak percaya. Automatik rasa sebak, hiba dan sayu!


Sebagaimananya manusia bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali mengikut lawan jam begitu juga seluruh cakerawala dan alam semesta bergerak dalam putaran yang sama. Pergerakan planet dan seluruh isi alam penuh dengan tertib dan mengikut hukumnya seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.


Perasaan gembira dan bersyukur yang tidak dapat digambarkan bila dapat berada di hadapan Kaabah


Masa ni tengah malam dalam pukul 1 pagi. Alhamdulillah orang tak berapa ramai so masa tawaf tak sesak sangat. 


Rasa seronok dapat bawa mak ke sini!


selepas tawaf disunatkan minum air zamzam kerana ia akan membersihkan hati



sa’ei tujuh kali berjalan ulang alik dari bukit Safa ke Marwa. Jarak antara dua bukit ini adalah lebih kurang 420 meter.

 

Semuanya bermula pada suatu ketika setelah kelahiran Nabi Ismail AS, Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk membawa isterinya Siti Hajar dan anaknya pergi dari tempat kediaman di bumi Syams, mereka ke lokasi dimana Nabi Adam AS pernah mendirikan Ka’abah dahulu. Mereka kemudiannya ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di bawah pohon redup, di sebuah tanah gersang tanpa seorang penghuni pun. Keluarga Nabi Ibrahim AS telah dipandu oleh Malaikat Jibril yang menunjukkan lokasi kawasan tersebut kepada mereka, setelah melewati beberapa kebun kurma yang subur sebelumnya.

Setelah Nabi Ibrahim AS pergi, tinggallah Siti Hajar bersama bayinya Ismail. Ekoran cuaca yang panas, Ismail AS yang ketika itu masih bayi menangis kehausan. Siti Hajar pun bergegas mencari sumber air. Setelah berulang alik sebanyak 7 kali dari Bukit Safa dan Marwah, beliau masih tidak dapat menemukan air.

Turun dari bukit Marwah, ternyata bayinya telah berhenti menangis. Siti Hajar pun menyedari adanya air mengalir dari bawah kaki Ismail. Siti Hajar berlari dengan girang ke arah tempat bayinya. Dia berusaha menggali pasir, membendung air yang mengalir tersebut sambil melafazkan kalimat “ZAM… ZAM” (menampung). Semenjak peristiwa inilah, mata air tersebut dikenal di seluruh penjuru dunia sebagai sumur air zam-zam. Berikutan dari peristiwa inilah disyariatkan perbuatan berlari-lari anak dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali sebagai ibrah dari perbuatan Siti Hajar yang mencari sumber air untuk anaknya Ismail AS.



Sarapan pagi di hotel ni memang heaven! hehee






Pagi ni kami nak tawaf sunat.


Sebenarnya amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.

MENGAPA TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?

Tawaf itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah. Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.

Jika semua makhluk Allah bertawaf sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.

Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.

Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.

Dua jenis tawaf itu adalah TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.





Rindu!


Moga ada rezeki lagi datang ke sini bersama suami & anak! 

Amin!



Teringin nak makan McDonald kat Mekah. hehee



Harga dia leh tahan jugak la. Macam mahal skit la dari Malaysia




Mak aku makan nasi arab. Banyak gler portion dia leh simpan untuk dinner skali ni



Tapi makan burger xde sos cili. Sos tomato jer. Kat oversea memang jarang la jumpa sos cili. Next time kalau nak travel memang kena standby sos cili kecik2 tu. hehee


Teringin jugak nak try ayam goreng yang famous kat Saudi ni Al-Baek tapi tak berkesempatan pula.



Jalan-jalan sekitar Mall. Masa haritu famous tengah berlangsungnya world cup. Arab Saudi berjaya mengalahkan team Argentina! Wowww




Haram!


Ya habibi


Haji kecik comeyyy! 



Lantai berbatu putih yang digunakan di tempat beribadah ini dipasang oleh seorang arkitek bernama Almarhum Muhammad Kamal Ismail.

Arkitek ini telah menamakan lantai yang berasal dari Pulau Thassos, Greece sebagai Thassos Marble.


Marmar Thassos itu sebenarnya dapat memancarkan kembali cahaya matahari terik dan mengelak haba meresap semula ke dalam lantai marmar pada sebelah siang jika suhu panas.

Aku merasai sendiri kesejukan lantai di sana walaupun suhu pada ketika itu agak panas. Tak terbayang betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi oleh setiap penyumbang kepada pembinaan ini.


kiswah al-ka'bah ialah kelambu kain yang berwarna hitam bersulam benang emas yang menutupi binaan Kaabah


Penukaran kain Kiswah Kaabah dilakukan pada setiap 9 Zulhijah sewaktu dalam musim haji. Harga Kiswah yang baru bernilai RM23.7 juta.


Dengan berat lebih 670kg, ayat-ayat al-Quran disulam dengan indah. Tampilan berbagai bentuk kaligrafi juga disulam oleh 200 seniman dan pakar kaligrafi dengan menggunakan benang emas serta perak murni.

Mengikuti perkembangan sejarah Rasulullah SAW, kain hitam yang melitupi Kaabah ini akan digantikan dengan Kiswah baharu ketika para rombongan haji bermalam di Padang Arafah.




Sungguh indah suasana di dalam Masjid Nabawi 






Pintu emas Masjidil Haram






Tingkat 3 Dataran rooftop Masjidil Haram





Di tingkat paling atas Masjidil Haram (rooftop) juga terdapat dataran solat yang sangat luas. Ini adalah alternatif lain yang lebih baik dari jemaah solat di dataran luar Masjidil Haram, kadang kala saf yang dibuka mengganggu jemaah lain untuk berjalan menuju ke Masjid.






To be continued.....








Comments

  1. Rata2 yg pernah pergi je tanah suci, mesti berasa nak pergi lagi, thanks share pengalaman akak ketika kerjakan umrah pertama kali ini yea ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS