Taman Persahabatan Jepun
Assalamualaikum Hari ni kita nak jalan-jalan kat Jepun gaisss! Konnichiwa Taman Persahabatan Selangor-Jepun itu mula dibina pada tahun 2018 dan ia mempunyai keluasan sebanyak 2.428 hektar. Taman ni terletak di Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Masuk adalah percuma. Waktu Operasi Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm Kat kawasan Shah Alam ini sebenarnya banyak kilang Jepun. Dari Matsushita sampailah Panasonic. Syarikat-syarikat gergasi Jepun ini sudah banyak melabur kat Selangor. Dan mereka antara sebab Selangor jadi negeri yang paling kaya di Malaysia. Jadi ini tanda terima kasih, dan tanda perhubungan akrab negeri Selangor dan juga negara matahari terbit itu. Bolehlah warga Jepun yang tinggal kat Selangor ini lepaskan rindu pada negara mereka, paling kurang hujung minggu pun tak mengapa. Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor da...