Water Rafting Sg Sedim Kedah
Sungai Sedim adalah tempat yang popular untuk aktiviti white water rafting di Kulim, Kedah. Sungai ini mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting. Sebelum start kena buat water confident dulu. Sis pon macam tak berapa confident jugak nak terjun sebenarnya sebab gayat namati! hahaaa Kami dikehendaki terjun ke dalam sungai dari ketinggian 5 meter dan cuba mengapungkan diri dengan bantuan buoyancy aid (BA) dan seterusnya meminta bantuan untuk diselamatkan oleh rafter yang menjaga kami. Cara menyelamat adalah dengan melontarkan segugus tali untuk dipaut oleh kami. Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole. Harga: RM150 - RM180 satu kepala Pelajaran pertama ketika memula naik bot adalah membiasakan diri dengan arahan dari skipper seperti ...