Posts

Showing posts from February, 2017

Thailand part 4 - Kota Bersejarah, Ayutthaya

Image
Assalamualaikum Day 4 Isnin - (2.1.2017) Hari keempat di bumi Thailand. Pagi tu seawal 7 pagi kami dah bersiap untuk bersarapan. Menu pagi tu kami makan roti dan nasi goreng Brahims. Sebelum checkout, bergambar dulu di depan Ban Yang Resort sebagai kenang-kenangan. Walaupun owner resort ni tak pandai berbahasa inggeris, tapi mereka tetap melayan kami dengan baik! Macam mak2, banyak juga kata-kata nasihat yang dia berikan tapi semuanya dalam bahasa Siam! Kap pun kap. Kami angguk2 je walaupun tak faham sepatah haram pun. Haha Daripada resort ni, kami dah book songthew semalam untuk bawa kami ke stesen bas Kanchanaburi. Tambang 200bath untuk 3 orang.  Hari ni kami nak ke kota yang bersejarah, Ayutthaya. Sampai di stesen bas, tiada bas yang direct ke Ayutthaya. Jadi kami naik bas no 411 untuk ke Supanburi. Tambang bas 150bath untuk 3 orang. Dah sampai di Supanburi nanti kene naik bas lain atau mini van untuk ke Ayutthaya. Bas dia ...