Thailand part 2 - Bangkok Dangerous!




Assalamualaikum



Day 2


Sabtu - (31.12.2016)

Jalan-jalan di sekitar bandar Bangkok!


Ni suasana depan hostel kami, Preme Hostel. Kalau tengok dorang punya sistem pendawaian elektrik ni leh bikin electricshock! hahaaa.... Berbelit-belit wayar kat atas tu! Serabut! Tengok macam tak selamat je kan! hahaaa


Hari ni kami ingin ke Maeklong Railway Market, Amphawa Floating Market, Chatucak weekend market dan jalan-jalan di Shopping Mall sekitar Bangkok. Dari hostel, kami jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke BTS Skytrain Asok.



Dari stesen Asok kami ingin menuju ke Victory monument. Harga tiket 37bath.



Melalui pembacaan kami menerusi blog2 travel, kalau nak ke Maeklong Railway kene naik minivan dari Victory monument ni. Ada kedai suzuki lepas tu jalan sedikit ke depan ada kaunter untuk stesen minivan. Sampai je kami kat kaunter ni tengok2 perkhidmatan minivan tu dah tak de. Macam baru juga ni tak de.




Jadi kami pun blur kejap! Balik kat stesen victory monument tadi tanya kat kaunter macam mana nak ke Maeklong Railway market. So dorang suruh pergi ke stesen bas, kene jalan dalam 10 minit dari stesen victory monument.




Dah sampai stesen bas, kami menaiki bas 515 ke Southern Terminal Bus atau dipanggil Sai Tai Mai. Harga tiket bas 17bath. Perjalanan naik bas lebih kurang 20 minit.



Di Sai Tai Mai, kami menaiki minivan sampai ke Maeklong Railway Market. Harga tiket van 75bath. Van akan bergerak bila semua tempat duduk dah penuh. Lebih kurang setengah jam jugak menunggu untuk van penuh. Perjalanan naik van lebih kurang 1 jam setengah sebab dia banyak berhenti2 untuk ambil dan turunkan penumpang sepanjang perjalanan.


Perjalanan menuju ke Maeklong Railway agak jauh iaitu sekitar 75km dari bandar Bangkok. Dari pukul 7 pagi kami keluar dari hostel lebih kurang pukul 11.15 baru kami sampai di sini.


Pasar dan stesen kereta api kecil ini menjadi terkenal apabila pasar basah, antara yang terbesar di Thailand diketahui mempunyai landasan kereta api di dalamnya. Bermakna, kereta api akan melalui pasar dan pasar itu sibuk seperti pasar yang lain juga.


Landasan kereta api dijadikan tapak perniagaan oleh penduduk Siam untuk berniaga buah-buahan, makanan, pakaian dan sebagainya. Gerai-gerai beroda digunakan supaya dapat dialih-alihkan apabila loceng keselamatan kereta api dibunyikan. 


 Pasar kereta api Maeklong ini terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand. Mae Klong sendiri adalah bersempena nama sungainya di barat Thailand. Kereta api no 4382 dari Mae Klong menuju ke Ban Laem akan melalui pasar kereta api ini. 

Ia dikenali dengan pelbagai nama. Ada yang memanggilnya sekadar pasar Mae Klong, Pasar Stesen Kereta Api (Railway Market) dan Pasar Payung Ditarik (Umbrella Pulldown/Folding Market) yang dalam bahasa Thainya disebut ‘talad rom hoop’. Lembaga Perlancongan Thailand mempelawa peminat kereta api ke pasar kereta api yang terletak di tengah Thailand ini.


Stesen kereta api Mae Klong telah mula beroperasi sekitar 1905. Kerajaan menggalakkan tempat ini menjadi tarikan pelancongan kerana keunikannya tersendiri. Diceritakan bahawa wujudnya pasar ini sebelum dibina landasan kereta api. Orang kampung di kawasan itu tidak mahu berpindah dan ingin meneruskan aktiviti jualan mereka walaupun landasan kereta api dibina di pertengahan pasar. 


Jika dilihat dari sudut yang lain, ia suatu perkara yang bahaya. Namun, setelah sekian lama, ia dibiarkan oleh kerajaan Thailand sehinggalah ke hari. Pihak berkuasa kereta api tidak dapat berbuat apa-apa kerana di situlah sumber rezeki mereka dan sanggup bersabong nyawa kerananya. Para peniaga di Pasar kereta api Maeklong, diminta untuk membayar 30bath sehari kepada Jabatan Kereta Api Thailand sebagai wang sewaan tapak pasar di tanah milik jabatan kereta api.


Suasana pasar berjalan seperti biasa, sibuk dengan penjual dan pembeli. Kewujudan pelancong menambah lagi keadaan meriahnya. Nampaknya warga tempatan sudah biasa keadaan kehidupan mereka menjadi perhatian dan meneruskan jual beli tanpa rasa terganggu.


Fuhhh katak! 80bath sahaja! hahaaa.... Goreng pon sodap!


Apabila tiba masa kereta api mahu bergerak, hon akan dibunyikan. Semua peniaga yang berada di laluan landasan sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka juga menasihati pelancong supaya tidak berada di kawasan yang bahaya iaitu di atas landasan.


Masing-masing menolak barang jualan yang kebanyakannya dalam bekas beroda ke dalam sedikit, payung atau kanopi juga ditolak ke dalam dengan mekanisma yang mereka cipta supaya mudah ditarik dan dikeluarkan. Melihatnya, memang rasa kagum sekali.

Dalam beberapa minit, pasar yang tadi sibuk dengan peniaga dan pembeli bertukar menjadi laluan kereta api. 


Memang ini pengalaman yang unik. Tiada kemodenan yang dicipta di sekitar kawasan stesen kereta api ini dan semuanya dikekalkan dengan keadaan biasa. Stesen kereta api pun masih berkeadaan lama. Walaupun serba sederhana ia tetap mengundang kedatangan jutaan pengembara dari seluruh dunia sepanjang tahun kerana keistimewaan pasar ini.

Ramai yang kagum bagaimana peniaga pasar dan jalan kereta api boleh bergabung, tetapi berlangsung begitu lancar sekali dan urusan perniagaan tidak tergendala.



Semua dah standby dengan kamera masing-masing. Teruja!


 Jenuh peniaga ni menyuruh tourist jauh sikit dari landasan. hehee


Pukul 11.35 pagi, hon keretapi dibunyikan dan semua peniaga segera mengemas khemah mereka untuk memberi laluan kepada keretapi untuk lalu di landasan. Jam aku ikut waktu Malaysia cepat sejam. hahaa


Kereta api bergerak agak perlahan memandangkan ia baru mula keluar dari stesen kereta api. Peniaga sudah siap sedia mengubah gerai-gerai mereka agar tidak ada kemalangan berlaku. Kanvas mudah alih turut dipindahkan sebentar sementara kereta api lalu. 


Pasar ini panjangnya kira-kira 100 meter sahaja.



It's coming!


Kereta api melaluinya perlahan-lahan. Pelancong mengambil kesempatan ini untuk merakam gambar dengan kamera, video dan telefon masing-masing.


Ada yang membiarkan sahaja buah-buahan dilalui oleh kereta api kerana telah dipastikan tidak mengenai lantai dan roda kereta api. Mereka cukup tahu tentang lebar, panjang dan ketinggian lantai kereta api.


Betapa dekatnya kan? Aku ni pun dok berhimpit dengan pelancong lain. Semua nak dapatkan the best spot untuk mendapatkan angle terbaik tangkap gambar. Hahaa


Fuhhhhhh, memang terasa dekat giler keretapi ni lalu sampai rasa boleh terseret pipi aku! Hahaa... Memang best tengok para peniaga ni bukak dan pasang khemah dalam sekelip mata sahaja bila keretapi tu dah berlalu. Terbaik!


Tepi skit woi, syok pulak dia dok selfie! hahaa


Nah video!


 Kemudian peniaga akan teruskan aktiviti mereka seperti biasa apabila kereta api sudah melintas.



Memang best gler tengok keretapi ni lalu kat tengah-tengah pasar! Next kami nak ke pasar terapung pulak!



Masa tengah nak tunggu transport ke floating market, terjumpa pulak sekumpulan travellers dari Malaysia. Sembang2 la kejap berkongsi pengalaman. Banyak juga tempat yang dorang dah pergi. Lepas tu naik Songthew sekali untuk menuju ke Amphawa Floating Market.  Tambang 8bath seorang.



 Sampai je kat pasar ni awat macam krik krik jerr... Aku membayangkan pasar ni penuh dengan sampan-sampan dengan tourist yang tengah berjual beli kat tengah-tengah sungai tu! Tapi hampa! hahaa.... 


 Pasar terapung disini bagi aku biasa-biasa sahaja. Mungkin kami tersilap percaturan sedikit. Jadi kami lepak kat sini sekejap sahaja. Kalau korang nak ke pasar yang lebih meriah boleh pergi di Sadoak Domnueng Floating Market.










Kuih muih tradisional




Kat sini, aku sempat beli poskad untuk dipos dan dihantar kepada diri sendiri! hahaa. Poskad berharga 15bath, setem 20bath. 2 minggu lepas balik trip, poskad pun selamat sampai kat rumah! Yeayyy!



Masukkan poskad dalam postbox comel!



Hajat dihati nak naik sampan ni sambil membeli belah kat tengah2 pasar terapung, tapi disebabkan kekangan masa, so mampu tengok je lah. Lepas ni kami bergegas nak ke Chatuchak weekend market pulak. Kalau naik sampan ni memang tak sempat pergi market yang tutup pukul 6 petang tu.


Bendera Thailand yang berkibar megah!


 Pasar terapung ini lebih kecil daripada Damnoen Saduak floating market yang terkenal tu tetapi lebih ramai warga Thai berbelanja di sini berbanding pelancong.


Nak balik semula ke tempat van tadi, kami naik songthew jugak. Tambang sama iaitu 8bath.


Lunch kami untuk hari ini, ayam goreng rangup bersama pulut berharga 80bath dan air 45bath. Sedap! Makan sambil tunggu van untuk balik ke kota Bangkok. Van akan berhenti di Stesen Van Mochit. Tambang van 90bath.


 Dari Mochit kami menaiki tuktuk terus ke Chatucak weekend market yang akan ditutup pukul 6 petang. Tambang tuktuk 150bath.


Dok berhimpit dalam tuktuk!



Chatuchak weekend market ni ialah pasar yang buka hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Memang besar gila pasar ni dan menjadi tumpuan pelancong. Pasar ni dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang.




Kat sini ade 27 section. Setiap section dia dah tulis ada jual baju ke, perhiasan rumah ke, barang2 outdoor dan macam-macam lagi. Bagi menjimatkan masa, kami tengok kat maps dan plan nak pergi kat section yang kami nak shopping sahaja.




Pasar ni terdiri daripada 15,000 buah kedai dan menjual bermacam- macam jenis barang seperti pakaian, kraftangan, haiwan malah ada menyediakan service penghantaran barang ke Malaysia (mana tahu anda nak borong banyak barang). Ia juga dikatakan salah satu market yang terbesar di Thailand, Asia Tenggara dan juga di dunia! Fuhhh....



Memang jalan tak habis pun nak pusing pasar ni sebab kami sampai pun lebih kurang pukul 3.30 petang. Lepas tu pukul 6 petang dah tutup.





Memang rambang mata shopping kat sini! Poket pun boleh rabak kalau berbelanja sakan! Bajet kami ciput aje! Memandangkan kami ni bawak backpack & tak de beli lunggage pun untuk check in balik nanti, so banyak cuci mata je la! hahaaa







Dah penat jalan-jalan & shopping, lepak makan aiskrim jap! Aiskrim mangga ni harga 40bath! Sedap!



So barang yang aku shopping :

Tshirt 3 helai = 625bath
Seluar = 250bath
Shades = 65bath
Air kelapa = 3bath
Air mineral = 40bath


Malam tu kami ke MBK Shopping Mall untuk makan malam di Restoran Yana yang menghidangkan Tom Yam yang lazat!



Fuhhh memang terbaik kaw kaw tomyam dia! Terangkat beb! Made in Thailand katekan! hahaa. Dinner total 935bath.


Burppp, excuse us! Lulz


Lepas tu kami nak cari tiket untuk ke Jim Thompson Farm. Kami beli tiket di Butik Jim Thompson yang terletak dalam shopping mall Siam Paragon dengan harga 150bath. 



Selain tu, korang boleh juga beli tiket farm ni dekat semua cawangan Jim Thompson House dan butik Jim di sekitar Bangkok. Kalau nak beli tiket kat farm tu pun boleh juga tapi pastikan korang kene datang awal coz tiket dia laku keras! Sebabnya farm ni dibuka setahun hanya sekali iaitu selama sebulan sahaja. Jadi berpusu-pusu la rakyat tempatan yang akan datang ke sini.




Disini macam ala-ala Pavillion la semua kedai barangan mewah dan berjenama. Mampu tengok je la. hahaa





Malam tu ramai gler orang sebab nak countdown new year 2017. Meriah betul kat sini!





Dekat sini, shopping mall dia berdekatan dan sebelah menyebelah jer. Ada dalam 5-6 buah mall kat sini.









 Lepas dah makan, kami berjalan dari shopping mall ke shopping mall yang lain rasa macam sampai nak tercabut tapak kaki. Fuhhh memang lunyai seharian berjalan! Paling best di Terminal 21 shopping mall. Acah-acah boleh check in seluruh dunia dalam satu hari.

 Setiap tingkat eskalator dia ada tema lain-lain negara dan singboard boarding dan departure di London, Paris, Istanbul, Hollywood, Carribean, New York, Japan dan macam macam lagi.











Academy Award!



London Bridge





Thailand, ternyata sebuah negara yang unik, cantik dan penuh dengan sejarah ketamadunan Siam. Thailand juga dikenal sebagai Sukothai. Rakyat Thailand begitu sayang dan menghormati akan rajanya iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Walaupon rajanya telah mangkat kira-kira 4 bulan lalu, tetapi gambar Rajanya tergantung di setiap sudut negara itu. 


Pergilah ke mana sahaja, pasti gambar rajanya ada di setiap tempat sehingga ke dalam restoran, bangunan kerajaan, stesen bas, mahupun di dalam pasaraya. Mereka berkabung selama setahun. Hal ini menunjukkan bahawa rakyatnya mempunyai sifat kenegaraan yang amat menebal dalam diri dan cintakan rajanya. Raja Thai ketika itu, iaitu Raja Chulanglakorn memang bijak berkompromi dengan pemimpim penjajah membuatkan negara ini berdaulat dan tidak pernah dijajah oleh pemerintah asing.




Malam tu kami menaiki Sky Train untuk balik ke hostel di Sukhumvit secara percuma sempena malam tahun baru! Yeayyyy!


Total lost semua perbelanjaan di atas untuk hari ke dua = 1824bath.


Esok kami nak ke Kanchanaburi!









Comments

  1. Cerita perjalanan yg ringkas dan menarik. Saya telah pergi ke semua tempat yg diceritakan ni, tp tak mampu nk cerita....just tulis dlm fb sikit2 tanpa urutan yg menarik begini. Tahniah Nadzirahata!! Teruskan menulis utk panduan pengembara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan mat yusof! :) Banyak lagi episod akan menyusul slps ni.. hehee

      Delete
  2. Teringat pula pengalaman saya ke Mae Khlong pada tahun 2014 lepas... Rasa bila tengok gambar2, video dan cerita yang saudari ceritakan, macam baru semalam saya ke sana... Boleh ikuti catatan perjalanan saya di https://kembaragd.blogspot.my/2014/11/30-ogos-hingga-01-september-2014.html. Salam kembara buat kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eerrr bukan stesen BTS Mochit tu sebelah je ke dengan pasar Chatuchak? Huhuhu...
      Huh, banyak berubah rupanya, dah x leh naik dari Victory Monument dah untuk naik van, kena ke Sai Ta Mai lak, huhuhu...
      Anyway best, kipidap!

      Delete
    2. Terima kasih tuan Abdul Hadi! Tersilap sikit, yang van tu dia berhenti kat stesen van mochit. Kalau nak menapak ke chatuchak agak jauh.. hehe. Jadi kami amik tuktuk dlm 15 minit perjalanan. Ye klu kat BTS Mochit leh jln kaki jer ke pasar.. hehee

      Delete
  3. salam sis boleh saya tahu pergi berapa hari overall bajet berapa habis ea skali dgn hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi 8 hari. total hangus all in lebih kurang RM1500

      Delete
    2. Salam, bleh tau cost all-in termasuk tiket flight ke sis?

      Delete
    3. Salam, bleh tau cost all-in termasuk tiket flight ke sis?

      Delete
  4. A Thai stumbled upon your blog. Glad to know that you seems to enjoy your time in TH.

    TH is not different from every places. We have good and bad things, also good anf bad people. Hope you see the first ones whever you go.

    I live in Chiang Mai, another tourist destination. If you haven't been here, plese take this comment as an inviatation for you next trip to TH.

    Be our guest again any time. You're always welcome.

    ReplyDelete
  5. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Grand Palace di Bangkok, yang terletak dengan strategis di tepi sungai Chao Phraya untuk meniru istana di Ayutthaya.
    Saya mencoba menulis blog tentang tempat ini, semoga anda juga suka di http://stenote-berkata.blogspot.com/2020/07/bangkok-di-grand-palace.html

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS