Thailand part 3 - Kanchanaburi


Assalamualaikum



Day 3

Ahad - (1.1.2017)



Happy new year 2017 dari kota Bangkok! Berkobar-kobar semangat travel bagi mulakan hari pertama di tahun baru! yeayyyy.... Korang sambut new year kat mana semalam? heheee... Kitaorang tak de pun nak countdown ke ape ke. Sampai je bilik, masing-masing kemas2 beg, sumbat barang2 shopping dari chatuchak market tu dalam bagpack pastu terus tido. Dah letih sangat dah semalam seharian berjalan! hahaaa


Kat bawah ni ade bar dan restoran kat depan hostel. Semalam semua mat salleh dok party sakan la kat bawah ni! hahaaa


Higly recommended Preme Hostel ni yang terletak di Jalan Sukhumvit! Bersih, luas dan selesa. Kalau nak ke BTS Asok leh jalan kaki jer! Kami bayar 3000bath untuk 2 malam dalam RM378 bila bahagi 3 orang jadi RM125.80. So untuk satu malam hostel kitaorang bajet lebih kurang RM60.


Kami breakfast dalam hostel jer makan pek Brahims. Beli stok Brahims macam nasi goreng, nasi Briyani, nasi tomato dan sambal goreng untuk seminggu. Lepas tu bawak bekal juga siap2. Kalau lapar je boleh makan bekal sepanjang perjalanan. Kami checkout hostel pukul 7 pagi menuju ke BTS Asok. Jalan kaki lebih kurang 10 minit menikmati suasana pagi yang masih lengang di Kota Bangkok.


Kami ingin menuju ke BTS Victoria Monument. Perjalanan dari BTS Asok ke Victoria Monument lebih kurang 15 minit. Hari ni tambang BTS Skytrain masih lagi percuma sempena tahun baru! Yeayhhhh! Nampak tak penjimatan di situ! hehee


Victory Monument adalah sebuah monumen tentera yang besar di Bangkok, Thailand. Monumen ini terletak di Daerah Ratchathewi, timur laut pusat bandar Bangkok, di tengah-tengah bulatan lalu lintas di persimpangan Phahonyothin Road, Phaya Thai Road, dan Ratchawithi Road.



Macam ala-ala tugu negara di KL tu. Ada 5 statues di sekeliling bayonet mewakili army, navy, air force, polis dan tentera.

Tiket bas

Di stesen bas kami menaiki bas 515 ke Sai Tai Mai. Tambang 17bath seorang. Sama macam semalam. Perjalanan naik bas lebih kurang 15 minit mengikut keadaan trafik.


Sampai di Sai Tai Mai, kami beli tiket bas untuk ke Kanchanaburi. Sini signborad semua dalam bahasa Thailand. Kami tanya dia balas dalam bahasa thai pulak! Susah betul kalau muka pun ajet2 pan asian nih! hahaa... Dorang ingat kami orang Thai jugak! Dorang pun tak faham english. Komunikasi memang agak susah. Nasib baik kat kaunter ada sikit tulisan tu bukan bahasa thai, tulis Kanchanaburi, kalau tak blur juga macam mana nak pergi. hahaaa


Macam biasa tunggu bas ni penuh baru boleh jalan.


Naik bas no 10 ke Kanchanaburi dengan harga 110bath.


Bas ni ok, selesa la jugak. Jarak dari Kota Bangkok menuju ke Kanchanaburi dalam 141km. Perjalanan dalam 2 jam setengah ikut keadaan trafik. Hari tu memang trafik agak sesak. Apa lagi, dalam bas tido je la. hahaaa... Bas ni pun banyak berhenti2 nak ambil dan turunkan penumpang sepanjang perjalanan.


 Kami sampai di Kanchanaburi lebih kurang pukul 12 tengahari. Kami sewa songthew untuk satu hari dari stesen bas menuju ke Banyang Hostel dan untuk jalan2 di sekitar Kanchanaburi. Sambil2 tu bukak bekal nasi goreng Brahims makan kat dalam songthew. Lapar terok! hahaa


 Hostel 1 malam berharga 1500bath. Sewa Songthew 1 hari 1200bath. Lepas dah check in Hostel, solat, letak beg, kami terus keluar menuju ke Erawan Waterfall.


Perjalanan menuju ke Erawan Waterfall agak jauh. Lebih kurang sejam setengah disebabkan kesesakan jalan raya. Cuti tahun baru memang semua berpusu-pusu la nak keluar berjalan. 



Tapi pak cik yang bawak Songthew ni memang selamba jer pergi lane yang bertentangan memotong kat barisan kereta yang berderet. Fuhhhh, kecut perut jugak bila bertembung dengan kereta laju yang datang dari arah bertentangan. Lepas tu ade pula kereta yang berani follow Songthew ni dari belakang. Macam kereta selalu follow belakang ambulans tu bila lalu kat jalan raya yang sesak! hahaaa


Sapa nak book pak cik ni untuk pergi tour kat Kanchanaburi boleh call no ni. Skill memandu dia macam fast & furious! hahaaa


Finally, sampai dah kat sini! Tiket masuk 300bath.



Erawan National Park ini telah diwartakan sebagai taman negara yang ke 12 di negara Thailand dan ianya seluas 550km persegi yang terdiri daripada kawasan pergunungan dan lembah. 


Air terjun ni unik dan menarik karena memilki tujuh tingkat air terjun, airnya berwarna biru dan dipenuhi oleh ikan.


Air terjun Erawan juga dinamakan sempena seekor gajah putih yang berkepala tiga di dalam mitologi Hindu dan dikatakan peringkat tertinggi air terjun tersebut menyerupai kepala gajah.



Ni kat peringkat pertama!




Di sini kawasannya memang terpelihara. Sampah-sarap memang tak kelihatan. Trek untuk pengunjung pun berada di dalam keadaan yang baik. Ada part landai dan kadangkala perlu memanjat anak-anak tangga. Jadinya, berhati-hati agar tak berlaku kejadian yang tak diingini.


Disebabkan cuti umum, memang sesak betul kawasan air terjun ni! Penuh dengan rakyat tempatan di setiap sudut, ruang,dan celah yang ada. Fuhhhh... Air terjun pun dah kelihatan keruh! hahaaa



Syoknyer berendam time2 musim panas nih! Malangnya kitaorang nak cepat naik ke atas, tak sempat nak bermandi-manda.






Mengah juga mendaki naik tangga yang curam ni!



Tingkat 5


Secara umumnya Erawan Waterfall akan dibuka untuk pengunjung sehingga pukul 4 petang tetapi bagi air terjun peringkat pertama dan ke 2 akan dibenarkan sehingga pukul 5 petang. Tidak dibenarkan masuk kecuali air terjun pertama dan kedua sekiranya musim hujan bagi mengelakkan risiko kepala air.


Masa kitaorang sampai kat tingkat 5 ni, ngam2 dah pukul 3.30 petang. So dah tak boleh naik sampai atas sebab dah tutup. Alaaaa melepas la peluang nak naik sampai tingkat 7. Mungkin nak sampai atas tu jauh lagi, lepas tu nanti nak turun balik takut hari dah gelap.
Jadi sesiapa yang nak datang sini memang kene datang pagi-pagi la kalau nak naik sampai atas!


Kami pun turun la dengan perasaan hampa! Nampaknya nak kene repeat lagi la datang sini! hahaa



Kawasan pergunungannya dikatakan mempunyai ketinggian hampir 1000 meter dari paras laut dengan tebing-tebing batu kapur. Kawasan pergunungan di sini adalah terlindung daripada monsun timur menyebabkan ianya mempunyai kadar purata hujan yang rendah dengan cuaca panas yang agak terik tetapi suhu akan berubah menjadi sejuk dingin sekitar bulan November hingga Februari. 



Layan view gunung ganang kejap dekat sini.






Seronok tengok budak-budak syok main air! Siap bawak pelampung itik! Ikut hati nak jer terjun tiruk kat sini! hahaa. Tapi kami bergegas nak ke River Kwai bridge pulak lepas ni.



Kat sini ada banyak ikan sebenarnya, tapi disebabkan orang ramai bermandi-manda air jadi keruh sudah! Tapi kalau rendam kaki dalam sungai, nanti ikan tu datang la. hahaa



Otw nak balik keluar dari Erawan Waterfall pun keadaan sama juga sesak! Macam sempat ke tak sempat tah nak ke Death Railway dan River Kwai bridge tu.



Bila sampai kat sini pun hari dah gelap. Sini walaupun baru pukul 6 tapi dah gelap macam pukul 8 malam. Tak sempat nak tengok sunset. huhuu. Kat tepi-tepi ni macam ada pasar. Sempat la beli souvenier 2 biji fridge magnet gambar jambatan ni harga 40bath.


River Kwai Bridge atau The Bridge On The River Kwai

River Kwai Bridge ini adalah jambatan yang dibina bagi membolehkan keretapi untuk menyeberangi Sungai Kwai. Jambatan ini juga adalah sebahagian daripada landasan Death Railway dan kerap menjadi sasaran serangan bom semasa perang dunia kedua tetapi dibina semula selepas peperangan berakhir. Jambatan ini juga masih lagi digunakan oleh Thai’s Railway sehingga sekarang dan antara landasan utama serta juga menjadi lokasi tarikan pelancongan di kalangan warga tempatan atau pun pelancong luar.

Gambar jambatan sewaktu siang. Sumber google


Kat sini ada restoran muslim. So singgah la makan bagi mengisi perut yang lapar dan hati yang lara. Hahaaa... Kalau korang nak datang ke Kanchanaburi, better stay sini 2 malam la kalau nak pergi ke semua tempat-tempat yang menarik kat sini. So tak de la terkejar-kejar. Sebab jarak dari Bangkok nak ke sini pun dah jauh dan memakan masa.


Pekerja kat sini boleh cakap melayu sikit2 slang Klate siam. Bunyi siam dia pekat skit macam faham tak faham. Kene kecek klate sikit la deh! hahaa. Total dinner 270bath.

Bajet ni semua kami bahagi untuk 3 orang. So total kos perjalanan untuk hari ke 3 lebih kurang 1346.97bath. Kalau diconvert lebih kurang RM170 seorang.

Anjing ni pun nak enterframe jugek! hahaaa

Esoknya kami checkout dari Banyang Resort ni. Tempat ni ok cuma yang tak bestnya ada anjing 2 ekor yang jaga kawasan ni. So bila anjing ni nampak orang dia akan menyalak. Scary jugak! Tuan rumah tu memang jaga la kitaorang baik2 bila keluar je dari bilik! hahaa. Btw kat Kanchanaburi ada banyak hostel dan guest house yang cantik-cantik kami jumpa sepanjang perjalanan. Disebabkan sini kawasan perkampungan, transport susah sikit kat sini. Kena sewa songthew, tuk-tuk atau mini van.


Next kami nak ke Ayyutthaya!








Comments

  1. sy xde proper itienary pun. Byk main redah juga. Pakai public transport.. Tp boleh baca day by day yg sy tulis start dri bangkok smpi ke khao yai

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS