Posts

Showing posts from April, 2017

Trans CBL Trip!

Image
Assalamualaikum 31/3 - 3/4/2017 Jumaat - Isnin Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir (CBL) selama 3 hari 2 malam ni disertai seramai 15 orang iaitu 14 peserta dan seorang guide, Abe Mizan. Ekspedisi ni dikelolakan oleh gogo, Fai Fai & the geng. Disebabkan line up trip kali ni aku sorang je yang dari Kelantan, aku telah bertolak sehari lebih awal iaitu pada hari Jumaat. Yang lain semua dari KL, Seremban, Penang dan sorang gadis import dari Singapore! hahaa.. Dari Kota Bharu aku menuju ke Paka mengambil masa lebih kurang 5 jam juga melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Tapi masa otw ke Terengganu aku dah siap2 waze Masjid Al-Mukhtafi Billah konon nak recce jalan, tapi ni masjid di Kuala Terengganu. Rupa-rupanya aku salah tempat! hahaaa.. Aku pun lepak jap kat Pantai Batu Buruk ambil angin sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun! Sabtu - 1/4/2017 Aku stay di bandar Paka satu malam & esok paginya bergerak menuju ke Masjid Sultan Mahmud di Bandar A...