Episod 3 : D-Day Kerinci
Assalamualaikum 15 Ogos 2017, Selasa 7.00am Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu datang juga, hari di mana kami akan melakukan pendakian ke Gunung Kerinci. D-Day! (Decision Day, adalah hari keputusan atau hari berlakunya operasi dalam istilah military. Dulu aku selalu guna term ni masa study kat Uni. Al maklumlah study kat tempat asykar! hahaa) Sebelum tu, kami dengar sedikit briefing mengenai pendakian kami untuk hari ini dari ketua ekspedisi iaitu Abam Apis! Berdebar pula rasa untuk misi pendakian kali ni! Rasa macam nak pergi berjuang di medan perang! hahaa.. Mampukah aku untuk menakluk Gunung tertinggi di Indonesia ini? Mampukah Farah menawan Puncak Kerinci ni yang merupakan gunung pertama yang beliau akan daki?? Fuhhh... sama-sama kita nantikan.... Pendakian kami akan mengambil masa selama 2 hari 1 malam. Kami dijangka akan mendirikan tenda dan bermalam di shelter 2. Katanya seramai 50 orang pendaki dah naik pada pagi ni & terus ke shelter 3. ...