Makanan Popular di Turki
Assalamualaikum What's up guys! Kali ni sis nak story pasal negara Turki. Istanbul Turki merupakan salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan mempunyai 81 negeri yang mempunyai pelbagai keunikannya yang tersendiri. Tidak kira dari segi pakaian, gaya hidup, makanan, seni bina, sejarah dan banyak lagi. Jadi sebab itu jugaklah Turki ni menjadi salah satu negara yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai negara dan satu daripadanya adalah daripada Malaysia. Cappadocia Bagi korang yang memang dah pasang niat nak ke Turki untuk masa akan datang, salah satu benda yang paling korang kena titik beratkan adalah tiket flight. Sebab bagi sis tiket flight adalah salah satu faktor yang korang boleh cuba untuk setting bajet ikut bajet poket korang. Banyak cara yang korang boleh lakukan untuk survey harga tiket flight ni. Contohnya survey pada waktu malam, setiap hari Rabu, cuba tengok kat beberapa website dan banyak lagi. Dan sis suggest s...