KL Night Ride
Assalamualaikum
Baru-baru ni sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, sis sempat join main basikal, kayuh sekitar KL. Nak tau best ke tak, menyesal ke tak??
Ajiommm, folo sis!
:: Night Cycling- KL Town ::
Bayaran RM40 (Harga Asal). Sapa yang bawa geng 4 orang, sorang bayar RM35 jer. Equipment semua lengkap untuk setiap seorang :
- Basikal
- Helmet
- Lampu
- Air
- Walkie Talkie
- Guider
Kita akan berkumpul di Bandar Tun Razak pada jam 9pm (Try basikal dan lain-lain). Jam 9.30pm Tayar Golek dari Bandar Tun Razak dan akan melalui jalan-jalan terpilih dalam Bandar KL.
We’re ready to roll |
Pertama Kali sis nak mengayuh BASIKAL GEMUK @ FAT BIKE! Basikal yang sis naik ni limited edisyen macam Encredible Hulk Sebab Warna Hijau! :p
Teruja bak ang! hahaa
Red hot chilli pepper |
Basikal untuk dipilih. Macam-macam kaler & design yang ado. Cantik!
blackiest |
Nak sampai kat menara KL ni yang paling hazab sekali! Bukit dia tinggi betul! Sis memang tak larat dah nak kayuh kat sini. Mampu tolak je la basikal tuh.. Berkicap weh! hahaaa
Nice spot untuk foto-foto dengan KL Tower! |
Acah-acah cyclist! Padahal sis yang paling pewai! hahaa |
steady bro! |
saiaa takuad awaa... |
Banyak kelebihan sebenarnya bila mana mengayuh 'fatbike' ni. Bila duduk sebelah superbike di persimpangan lampu isyarat, orang ramai akan lebih pandang basikal 'fatbike' sis ni.
Tak perlu bergaya sakan naik basikal ni, cukup sekadar pakai track-suit dan t-shirt. Selain menjadi lebih kacak, macho dan hensem di jalanraya, basikal ini jugak menggamit jodoh-jodoh untuk datang dengan lebih dekat dan rapat. Eh...
Masa kat KLCC ni memang meriah dengan ramai orang siap ada yang melopong kali pertama melihat fatbike. Abang-abang macha dan pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kami sepanjang jalan ke sini.
Basikal tayar besar atau juga dikenali dengan nama 'fatbike' ini merupakan salah satu jenis basikal semakin mendapat tempat di hati orang ramai.
Apa yang menarik mengenai 'fatbike' ini adalah saiz tayarnya yang lebih besar daripada basikal bukit biasa (MTB). Selain nampak lebih lebih besar dan padat, basikal ini juga mampu untuk meredah laluan yang tidak dapat dimasuki oleh basikal biasa.
Sebagai contoh, tanah lembut yang berair seperti sawah padi atau bendang. Cuba bawa basikal biasa masuk tengok, boleh tenggelam tayar. Dengan saiz tayar besar dan lebar, ia mampu mengharungi permukaan jalan yang ekstrem.
Oleh kerana itu 'fatbike' ini juga dikenali sebagai basikal 4 musim atau '4 seasons bike' di luar negara kerana kemampuannya untuk meredah pelbagai rintangan sepanjang tahun lebih-lebih lagi ketika musim salji.
Btw memang nais experience naik fat bike around KL.
Antara KLCC dan aku, kupilih kamu! Ehh...
Meriah betul Bukit Bintang walaupun dah pukul 1.00 pagi masa nih!
KL, the city that never sleeps!
Ni pon satu penyeksaan juga, mengayuh di bukit tunku! Perit woii peha sis! Another list of trek penyesalan! hahaa
Ada tersesat pula sorang Hero gadis-gadis disitu! hahaa |
Abam guide & sweeper aka marshall |
Thanks kepada abam Wak John aka guide kami yang sabar melayan kerenah kami yang kayuh macam siput. Almaklumlah ni pertama kali kami mengayuh basikal jauh namati! Sekali henjut nak dekat 40km untuk nubis kubis macam kami memang mintak nyawa betul! hahaaa...
Mujur ada abam sweeper yang memang padu berdesup, boleh towing kami yang dah tak larat nak kayuh naik bukit! Memang kuat betul stamina abam nih. Yela otai mesti dah biasa kayuh jauh-jauh kan. Takat 40km tu celah gigi je kot.. hahaaa
Kesimpulannya, berbasikal ni memang bagus untuk kesihatan dan membantu kita untuk hilangkan FAT, hilangkan masalah lebihan lemak yang jadi punca masalah berat berlebihan & tingkatkan stamina. Tapi sebenarnya, sis lagi rela hiking dari cycling sebab tatahan sakit pungkok. Tu jer... Hahaa..
Kalau korang teringin nak berbasikal make sure pakai seluar yang ado padding tu tau! Kalau tak, memang pedih ohoii!
Kalau korang teringin nak berbasikal make sure pakai seluar yang ado padding tu tau! Kalau tak, memang pedih ohoii!
In a nutshell, thank you awaaa sebab sudi teman saiaa yang pewai bersepai namati nih! Tapi awaaa pon memang nampak dah barai terok nak kayuh! kahh kahh..
Memang terasa betul penyesalannya sebab kebas & sakit vontot yang amat sangadd, rasa nak krim (cramp) peha, betis, tapak tangan sume! Gigil lutut. Puduiii.. hahaaa
Kalau siapa berminat nak henjut fatbike ni sambil ronda-ronda dikotaraya, boleh direct pm untuk sewa basikal. Pakej RM40 complete semua. Korang hanya datang bawa diri je.
Sebarang pertanyaan boleh Call / Text :
Wak John : 019 395 5650
Abe Man : 013 289 2339
Kalau nak tengok gambar & video cycling yang ohsem leh usha fb abam nih :
FB : man.isaac
Jom layan video :
Wow Yidola !
ReplyDeletek
DeletePadu Sis!!
ReplyDeletek
DeleteNice !
ReplyDeletek
Delete