Makanan Popular di Turki


Assalamualaikum


What's up guys! Kali ni sis nak story pasal negara Turki.


Istanbul

Turki merupakan salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan mempunyai 81 negeri yang mempunyai pelbagai keunikannya yang tersendiri. Tidak kira dari segi pakaian, gaya hidup, makanan, seni bina, sejarah dan banyak lagi.
Jadi sebab itu jugaklah Turki ni menjadi salah satu negara yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai negara dan satu daripadanya adalah daripada Malaysia.

Cappadocia

Bagi korang yang memang dah pasang niat nak ke Turki untuk masa akan datang, salah satu benda yang paling korang kena titik beratkan adalah tiket flight. Sebab bagi sis tiket flight adalah salah satu faktor yang korang boleh cuba untuk setting bajet ikut bajet poket korang.
Banyak cara yang korang boleh lakukan untuk survey harga tiket flight ni. Contohnya survey pada waktu malam, setiap hari Rabu, cuba tengok kat beberapa website dan banyak lagi. Dan sis suggest survey flight ticket kat Traveloka. Ada masa harga yang ditawarkan adalah lebih murah dengan siap combo luggage dan meals lagi. So why not korang try survey kat situ jugak. Untuk ke Turki, sis suggest korang cuba tengok harga bagi Qatar Airways


Memang kebanyakkan akan cakap mahal dan agak pricey. Tapi kalau nak bayangkan korang kena duduk dalam flight berjam-jam, dengan bosan, lapar, Qatar adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah korang tu. Makanan dah la sedap. Seat luas dan selesa, siap ada tv satellite lagi. Cabin crew yang peramah dan mesra. Korang tak kan rasa duit dibazirkan semata sebab flight. Selain dari tu kalau korang ada nak cari flight untuk melancong dekat-dekat dengan Malaysia pun ada jugak. Korang boleh try dapatkan cheap promotion for flights to Bali.


Try la tengok. Tak cuba tak tau

Berbalik pada cerita Turki kita ni, disebabkan salah satu faktor yang menyumbang kepada rakyat Malaysia seronok bercuti ke Turki adalah berpunca daripada makanan. Sis nak share beberapa makanan yang berasal daripada Turki. Mana tau kot nanti korang ada peluang nak ke sana, boleh la try apa-apa menu yang korang agak-agak boleh telan.

Baklava

Baklava merupakan sejenis manisan yang berasal daripada Turki. Baklava ni dibuat berasaskan kekacang dan pastry ditambah pula dengan salutan madu. Senang cerita manis dia boleh kerat kaki la.
Untuk korang yang suka manis, boleh la beli. Memang sedap dan ini merupakan makanan yang popular di Turki. Untuk beli Baklava ni korang boleh cari kat supermarket atau kedai-kedai pastry. Harga bergantung kepada jenis kedai.

Menemen

Menemen ni pula adalah sejenis hidangan yang dihasilkan dari campuran cili, bawang, tomato yang di masak sekali dan last sekali baru dicampur dengan telur. Pastu gaul-gaul jadi macam scrambled egg. Selalunya orang Turki akan makan menemen ni dengan roti. 


So korang boleh decide nak makan untuk sarapan ataupun makan tengah hari. Tapi menemen ni tak semua restoran ada jual but you ask for them untuk masak atau cari je kedai yang ada jual menemen ni.


Simit

Simit ni dia punya popular kalau kat Malaysia korang boleh bayangkan macam goreng pisang panas. Sebab ia merupakan street food yang sangat popular bagi orang Turki. Bentuknya macam donut dan korang boleh jumpa orang jual Simit di kat tepi-tepi jalan je.

Kofte

Adalah hidangan bebola daging atau kepingan daging yang dimasak menggunakan daging lembu ataupun kambing. Kofte ni selalunya dihidangkan bersama beberapa keeping roti pita, kekacang pis dan sayuran lain seperti salad. Jadi disebabkan Kofte ni memang popular di kalangan rakyat Turkish, korang boleh je jumpa Kofte ni dalam menu kat restoran-restoran di Turki.

Lahmacun

Boleh dikatakan sama konsep macam pizza. Sekeping roti yang besar dan mempunyai daging hancur, salad dan lemon sebagai topping roti tu. Cara makan pun macam pizza. Saiz hidangan untuk lahmacun ni kalau kena korang yang tengah lapar, rasanya untuk 2 ke 3 orang je kot.
Sebab sedap lahmacun ni. Daging dia tu dah siap siap dirempahkan dengan resipi dorang yang tersendiri. Lahmacun ni korang boleh jumpa kat restoran ataupun kedai-kedai street food.

Kahve

Kahve didalam bahasa Turki membawa maksud kopi dalam bahasa Malaysia. Korang kena tau yang rakyat Turki ni berpisah tiada dengan kopi. Even cara pembuatan kopi pun, ada caranya yang tersendiri dan rasa dia lebih pekat dari yang korang selalu minum kat Malaysia.
Di Turki, serbuk kopi dan gula akan dicampurkan bersama dan dipanaskan di dalam bekas timah sehingga ianya mendidih perlahan-lahan dan menjadi pekat. Lalu dituang ke dalam cawan dan sedia di hidangkan. Para penggemar kopi, confirm kena ada kahve ni dalam list okay.
Tram

Haa. Itu lah dia sedikit sebanyak makanan-makanan yang popular dan mudah dijumpa di Turki. Saje sis tak mention kebab sebab kebab Turki kalau nak diikutkan dah banyak jual kat Malaysia ni. Tapi kalau korang nak rasa jugak, boleh je, Kebab tu senang sangat nak cari kat Turki.
In a nutshell, kalau korang dah ada plan nak ke Turki, boleh masukkan mana-mana hidangan yang sis dah mention atau cuba je semua sekali. Jangan takut, confirm korang layan punya. Okay lah, sampai sini dulu. Nanti ada yang best, sis share lagi. 




















Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS