Posts

Showing posts from November, 2020

Movie best layan time pkpb

Image
Assalamualaikum PKPB bersambung lagi nampaknya sampai bulan Disember. Selain sis kena work from home & jadi full time surirumah tangga, jom la kita layan movie lagi. Filem "Unbroken," berdasarkan kisah benar dari buku 'Laura Hillenbrand' yang mengungkap tentang diri kita sendiri - bahawa kita seorang yang kuat dan tabah 'unbreakable'.  Louis Zamperini, seorang atlet olimpik dalam acara lumba lari, terpaksa menangguhkan impiannya menyertai sukan olimpik kerana harus berperang dalam Perang Dunia Kedua sebagai pengebom udara. Semasa menyertai misi menyelamat rakannya, kapal terbang yang mereka naiki terhempas di tengah lautan. Menyebabkan mereka hanyut ditengah laut selama 47 hari. Sepanjang hanyut tu dah terbayang betapa seksanya mereka dilanda ribut dengan tiada bekalan makanan & minuman. Kemudian mereka dijumpai oleh Kapal Perang tentera Jepun. Dan bermulalah kisah mereka sebagai 'Prisoner of War' yang diseksa dengan begitu kejam! Memang sadis ...

Pulau Redang 2020

Image
Assalamualaikum 21 Ogos 2020, Jumaat, 12.00 pm Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami sampai di Pulau Redang. The Beach is calling! Ramai betul manusia kat pulau ni! Semua tengah tunggu turn nak check in bilik. Pukul 2.00 petang baru boleh masuk. Sementara tu kami chill-chill dulu la kat luar ni. Make sure sentiasa bawa mask dan pakai ya. SOP waktu MCO/PKPP ni agak ketat. Senang cakap semua tempat nak masuk kena tulis nama dan Scan suhu.  So for me InshaAllah selamat untuk bercuti dalam Malaysia. Terbaik negara kita. Peta Pulau Redang. Kami stay di Redang Beach Resort. Time for lunch. Setiap kali waktu makan, mereka akan served terus makanan di meja makan. So bukan lagi buffet style, mungkin untuk menjaga penjarakan sosial. Banyak juga lauk dia & sedap! Terletak di pantai berpasir putih terpanjang di Pulau Redang, Redang Beach Resort adalah salah satu pusat peranginan yang paling popular dan sangat diminati di Pulau Redang. Resort ini mempunyai lebih daripada 150 bilik dengan ...