Movie best layan time pkpb
Assalamualaikum
PKPB bersambung lagi nampaknya sampai bulan Disember. Selain sis kena work from home & jadi full time surirumah tangga, jom la kita layan movie lagi.
Filem "Unbroken," berdasarkan kisah benar dari buku 'Laura Hillenbrand' yang mengungkap tentang diri kita sendiri - bahawa kita seorang yang kuat dan tabah 'unbreakable'.
Louis Zamperini, seorang atlet olimpik dalam acara lumba lari, terpaksa menangguhkan impiannya menyertai sukan olimpik kerana harus berperang dalam Perang Dunia Kedua sebagai pengebom udara. Semasa menyertai misi menyelamat rakannya, kapal terbang yang mereka naiki terhempas di tengah lautan. Menyebabkan mereka hanyut ditengah laut selama 47 hari.
Sepanjang hanyut tu dah terbayang betapa seksanya mereka dilanda ribut dengan tiada bekalan makanan & minuman. Kemudian mereka dijumpai oleh Kapal Perang tentera Jepun. Dan bermulalah kisah mereka sebagai 'Prisoner of War' yang diseksa dengan begitu kejam! Memang sadis & tragis dia kena siksa tuh!
Ketahanan semangat manusia inilah yang menarik tentang filem ini yang diarahkan oleh Angelina Jolie. Best giler movie ni sebab memang memberi inspirasi ketika berhadapan dengan situasi yang mengerikan dan mengancam nyawa, kita akan bertindak balas dengan cara yang serupa dengan watak utama iaitu Louis Zamperini, mencari keberanian baru dalam dirinya dan bertahan dari situasi ekstrim yang tidak dapat dibayangkan.
Rating : 10/10
Layan trailer lu :
Kisah sebenar tentang survival, pasangan muda dalam pengembaraan seumur hidup menaiki kapal layar di tengah laut menghadapi salah satu taufan paling dahsyat dalam sejarah.
Selepas ribut, Tami terbangun dan mendapati Richard cedera parah dan kapal mereka musnah. Tanpa harapan untuk menyelamatkan, Tami kini harus mencari kekuatan dan tekad untuk menyelamatkan dirinya dan satu-satunya lelaki yang pernah dia cintai. Dorang hanyut lebih kurang 41 hari. Lebih kurang macam cerita tadi. Macam mana dorang nak survived kat tengah laut dengan tak de makanan & minuman yang cukup??
Haaa sedih cerita nih... Kalau yang hati tisu sila sediakan tisu siap-siap ye!
Rating : 8/10
Layan trailer lu :
Sebuah filem drama thriller arahan David Fincher adaptasi novel yang kedengaran sangat mudah asas ceritanya mengenai kisah seorang isteri yang hilang dari rumah. Adakah wanita itu diculik, dibunuh atau melarikan diri?
Gone Girl dibuka dan ditutup dengan babak yang sama iaitu suara latar Nick Dunne (Ben Affleck) cuba menduga apakah dalam fikiran isterinya, Amy Dunne (lakonan hebat Rosamund Pike). Berdurasi hampir 2 jam 30 minit, filem ini seboleh-bolehnya hendak setia kepada perjalanan cerita novel asal, dimana skrip filem adaptasi juga ditulis oleh Gillian Flynn, penulis novel Gone Girl.
Ia sejenis filem yang memberikan anda berbagai sisi pandangan yang sentiasa berubah-ubah kerana konflik yang dipecah-pecahkan mengikut siapa yang empunya cerita. Struktur paparan kronologi penceritaannya berselang-seli kisah Nick dan kisah Amy secara berasingan, sedangkan mereka ialah pasangan suami-isteri yang nampak bahagia selama 5 tahun perkahwinan.
Tapi secara ringkasnya, ia kisah mengenai kecurangan suaminya yang telah diketahui oleh isterinya. Isteri dia geram & nak balas dendam kepada suaminya yang curang tu! Nampak macam pycho giler bini dia! Dia punya plot twist memang sangat padu! Phewww memang terbaik! Memang padan muka laki dia! hahahhh
Rating : 9.5/10
Layan trailer lu :
Tapi cerita ni buatkan aku teringat dokumentari yang tengah hangat di Netflix iaitu 'American Murder: The Family Next Door'. Suaminya disyaki oleh polis kerana isteri dia hilang. Tapi ni kisah sebenar. Memang tragis. Jalan cerita lebih kurang sama sebab laki dia curang.
Tapi yang American Murder ni buatkan orang geram sebab dia buat-buat tak tahu bini dia pergi mana. Padahal dia yang bunuh bini ngn anak-anak dia sebab dah ada perempuan lain! Fuhhh memang boleh menimbulkan amarah la sapa yang tengok nih! Tergamak dia buat macam tu!
Koleksi movie best:
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!