Movie Terbaik Sepanjang Zaman



Assalamualaikumm.....


Hai, korang sume kaki movie x? Hari ni aku nak share movie2 yang paling best sepanjang zaman yang aku penah tengok..Kalau tengok banyak kali pun tetap best & tak jemu. hehee


Jom layan.....


1. Forrest Gump



"Run, Forrest, Run!" Pernah tak terfikir kalau cerita kehidupan korang dibuat filem. Cerita ini mengisahkan kehidupan seorang yang lurus bendul bernama Forrest Gump dari kecik sampailah besar. Dia menceritakan perjalanan hidup dia yang mengharungi pelbagai zaman yang setiap kali dia ada pada zaman itu pasti ada kisah yang menakjubkan. Serius cerita ini memang best giler. Siapa tak pernah tengok cerita ini memang rugi. 6 Academy Awards beb. 



"Stupid is as stupid does," says Forrest Gump



"Mama always said life was like a box of chocolates. 
You never know what you're gonna get."




2. The Terminal




Berdasarkan kisah kehidupan  sebenar, Sir Alfred Mehra yang terperangkap di dalam terminal selama beberapa tahun. Dalam cerita ni Viktor Navorski (Tom Hanks) jadi seorang pelancong berwarganegara Krahkozia (Soviet). Tapi masalahnya sebelum dia dibenarkan masuk ke US, dia terpaksa ditahan sebab negara dia mengalamai reformasi dan visa serta passport dia tak sah di mana-mana negara dalam dunia ni. Maka jadilah dia orang tanpa warganegara dan disebabkan tu, nak masuk US tak boleh, nak balik Krahkozia pun tak boleh.

Selama hampir setahun dia tinggal kat situ, korang boleh tengok macam mana dia boleh jadi sangat terkenal dengan kreativiti dan keselambaan dia buat airport tu macam rumah dia.





3. Annapolis


Cerita mengenai Jake Huard menempuh pelbagai suka duka sebagai seorang kadet di dalam Akademi Tentera Laut Annapolis. Daripada beribu-ribu permohonan selama beberapa tahun, akhirnya dia berjaya masuk akademi. Dia juga seorang peninju yang hebat dan bertinju dengan pegawai atasan yang sentiasa tidak puas hati & selalu mencari kesalahan Jake. Teringat pulak zaman2 mase aku study kat uni dulu. Kene raging sume..hahaa.. Sape2 yang berminat nak masuk navy ke ALAM ke leh tengok citer ni sebagai inspirasi.



4. 127 hours





Diangkat dari sebuah kisah benar, 127 Hours bercerita mengenai seorang mountain climber bernama Aron Ralston (James Franco) yang sedang menikmati perjalanannya mengunjungi Canyonlands National Park. Aron adalah seorang adventurer yang spontaneous, & tak ade sape yang tau mengenai 'trip'nya menjelajahi canyon ini. 

Apa yang terjadi adalah, Aron terpeleset dan jatuh kedalam sebuah lembah & sebuah batu besar menghimpit tangan kanannya. Terperangkap selama 5 hari tanpa makanan & air, dia terpaksa minum air kencing sendiri. Untuk menyelamatkan diri, dia terpaksa patahkan tangan sendiri & potong pakai pisau lipat!...Euwww.... Citer ni memang terbaik!


5. Blood diamond





Blood Diamond adalah berdasarkan kisah sebenar mengenai pengeluaran berlian Afrika yang berkaitan dengan keganasan, penindasan, buruh kanak-kanak dan kemusnahan alam sekitar. Dinamakan blood diamond atau berlian berdarah kerana berlian didagang secara haram untuk membiayai konflik atau perang saudara di kawasan bergolak, terutama barat dan tengah Afrika. Watak Leonardo sebagai seorang penyeludup senjata dari Zimbabwe bernama Danny Archer.


Konflik berlian berdarah membabitkan Sierra Leone, Angola, Liberia, Ivory Coast, Republik Demokratik Congo dan Republik Congo.

6. Edward Scissorhands


Cerita ni mase aku kecik2 dulu.. Kisah mengenai Edward yang ade tangan gunting. Saintis yang mencipta Edward tak sempat nak pasang tangan yang yang betul pada Edward & lepas tu dia mati. Edward pun tinggal sorang2 dalam istana lama yang sangat besar & usang meratapi kematian tuannya. Lepas tu Edward dijumpai oleh seorang gadis & kemudian dorang jatuh cinta. Filem arahan Tim Burton dengan lakonan mantap Johnny Depp memang nampak macam real & banyak adegan kelakar...hahaa




7. Beautiful mind





Filem A Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli matematik genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi yang telah digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash telah diterima masuk ke Universiti Princeton. Nash yang mengidap skizofrenia merupakan seorang lelaki yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial, dan seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri. 

Setelah tamat di Princeton, beliau diterima kerja di Masaachusetts Institute of Technology (MIT) bersama rakannya Sol dan Bender. Lima tahun mengajar mengenai kalkulus di MIT beliau berjumpa dengan Alicia Larde dan akhirnya berkahwin. Nash telah dijemput Jabatan Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan kod rahsia musuh Amerika Syarikat. Pada 1994, beliau diberikan anugerah dalam bidang matematik, Nobel Memorial Prize in Economics dengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang banyak berjasa pada teori-teori ekonomi.



8. Tae Guk Gi



Taegukgi merupakan filem berlatarkan sejarah perang antara Korea Selatan dan Korea Utara. Ia dibintangi oleh Jang Dong-gun dan Won Bin dan menceritakan kisah dua adik-beradik yang menyertai pasukan tentera Korea. Sarat dengan elemen perang & hubungan persaudaraan, cerita ni memang best & buat aku nangis! hehee




9. Titanic




Filem epik arahan James Cameron ini menceritakan tentang nasib malang yang menimpa RMS Titanic ketika pelayaran sulungnya pada 1912. Filem ini memenangi 11 Anugerah Akademi pada 23 Mac 1998 termasuk Filem Terbaik 1997. Pada 2006, Titanic menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman. 

Juga mengenai kisah cinta 2 darjat. Ayat yang paling aku suka ialah "U jump I jump"..wah, masih diingati sehingga kini tau. Lakonan Leonardo dan Kate Wislet ni, memang berkesan....
.



10. My Way




Filem My Way merupakan filem Korea paling mahal yang menelan kos sebanyak 28 bilion won (24.92 million USD). Filem arahan Pengarah tersohor, Kang Je-kyu. (pernah mencipta sejarah mencatat penonton 10 juta menerusi filem arahannya sebelum ini iaitu, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War). 

Mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’, berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Filem ini berdasarkan kisah benar juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China).




In a nutshell, ni la 10 filem yang paling aku gemari. Memang sengaja aku highlight filem yang dah lama, sebab mungkin xsemua orang pernah tengok filem-filem ni. Kalau korang semua perasan, minat aku lebih terarah kepada filem jenis true story, fantasi dan jenis yang banyak ada aksi kreatif. Aku memang suka filem2 yang bercirikan motivasi, semangat, kisah suka duka yang dapat memberikan inspirasi. ;)






Comments

  1. The terminal tur x penah tgk lg..baca sinopsis tur nmpk mcm menarik..btw tom hank punye lakonan mmg tiptop the latest capt. Philip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup citer tom hank mmg byk yg box office! Yup Capt Phillip pon mmg terbaik! http://nadzirahata.blogspot.com/2013/12/review-filem-captain-phillips.html

      Delete
  2. Semua filem ni saya dah tengok...memang best!!.. terbaekkkk sepanjang zaman.. lebih2 lagi forest gump..

    ReplyDelete
  3. wah...i love johny deep..thanks for sharing the best movies

    ReplyDelete
  4. kat web mana eh boleh tgok all those movies? boleh tk share link ke ape? mcm best je semua cite kt atas.

    ReplyDelete
  5. cbe layan the shwshank redemption.mengisahkan seorang peguam dipenjara merasakan dirinya tidak bersalah.korang tngok lah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dah tgk juga citer tuh! best gler! memang gigih dia korek dinding nk kuar dri penjara tuh!

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak