Movie yang best boleh layan masa PKP, Part II
Assalamualaikum
Wassap gaiss! Kerajaan telah pun memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini. Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.
Fuhhh nak dekat 2 bulan mereputs kat umah nih!
Apa lagi jom la layan movie....
Movie yang tengah box office sekarang ni dekat Netflix. Filem ini berlatar tempat di India. Ia mengenai kisah Tyler Rake (Hemsworth), seorang tentera upahan yang tak kenal erti takut. Dia sering menjalankan misi dari orang-orang besar atau berkuasa.
Anak tokey dadah dari India telah diculik oleh tokey dadah Bangladesh. Misi Tyler iaitu menyelamatkan Ovi, budak yang telah diculik tersebut. Dia punya action memang nonstop macam one shot tanpa cut scene. Teringat pula macam movie 1917. Bertubi-tubi belasah orang. Memang hero sejati la konon dia sorang leh tumpaskan 20-30 orang dalam 1 masa. Tapi memang dah lunyai la heronya. Nak tau hero dia mati ke tak, haa kena layan sampai habis!
Rating : 8/10
Based on true event, pasal 2 orang sahabat yang menjadi aktivis anti-apartheid kulit putih telah menjadi tahanan politik yang berusaha untuk escape dari penjara pretoria. The only way untuk escape adalah buat kunci. Macam mana dia buat kunci tu? Haaa dia ni memang genius betul!
Penjara ni tak pernah ada rekod lagi banduan dapat melarikan diri dari situ. Mereka cuba untuk plan escape secara clean and takde siapa yang notice.
Citer ni memang best and suspense gila, worth to watch!
Rating : 9.5/10
Filem ini diadaptasi dari novel nukilan Stephen King tahun 1982 berjudul 'Rita Hayworth and Shawshank Redemption'.
Quote menarik dalam cerita ni 'Remember Red, hope is a good thing, maybe the best of things, and no good thing ever dies'. Filem ni menyakinkan tentang maknanya mempunyai sebuah harapan walaupun kita langsung dah tak de harapan dalam hidup.
Ketika dihukum penjara seumur hidup kerana dituduh membunuh isteri dan kekasih gelap isterinya pada 1947, pengurus bank, Andy Dufresne dihantar ke Shawshank State Penitentiary di daerah Maine.
Namun kisah sebenar Dufresne hanya diketahui setelah setahun Tommy Williams berada di penjara Shawshank. Tommy ialah anak muda yang Dufresne bantu di dalam penjara sehingga lulus peperiksaan G.E.D.-nya.
Setelah 20 tahun, akhirnya Andy berjaya meloloskan diri dari penjara ni. Macam mana cara dia dapat keluar tu, ha korang kena la layan movie ni. Memamg epic!
Rating : 9.8/10
Yoshiyuki, dan isterinya, Mitsue, hidup dalam kehidupan normal di flat mereka di Tokyo bersama anak perempuan mereka yang ketagihan telefon pintar dan anak lelaki yang menyembunyi emosi di sebalik gajetnya.
Mereka yang berada dalam zon selesa dikejutkan apabila kejadian `blackout` secara global berlaku. Sistem elektronik semua lumpuh. Apabila barangan keperluan semakin berkurangan, mereka terpaksa mengayuh basikal ke ladang datuk mereka di Kogishima sejauh 900km dari Tokyo dengan harapan untuk terus menjalani kehidupan.
Mereka juga terpaksa kembali kepada kehidupan zaman dahulu yang tidak bergantung kepada elektrik. Nak minum air pam dari telaga, kene bakar kayu api. Nak makan, kene hidupkan api sendiri. Tangkap binatang sendiri, bercucuk tanam dan sebagainya.
Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang perjalanan dorang naik basikal tu selama lebih kurang 3 bulan. Fuhhhh... boleh tengok macam mana strugglenya kehidupan manusia bila xde elektrik kat seluruh Jepun. Banyak moral la yang boleh diambil dari filem ni dari segi kekeluargaan, macam mana nak survive, jangan putus asa dalam hidup. Memang best cerita nih!
Rating : 9.5/10
Filem Super 30 ini merupakan kisah benar yang digarap semula daripada kisah sebenar Anand Kumar iaitu seorang yang sangat menyukai matematik dan genius.
Salah satu jurnal beliau berjaya diterbitkan dan Anand ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard. Namun kerana kemiskinan keluarganya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya dan meneruskan hidup sebagai penjual papadom selepas kematian ayahnya. Part ni sumpah sedih giler.. Sediakan tisu siap2 bagi yang berhati tisu!
Berjumpa dengan senior genius Matematiknya yang dahulu, Anand Kumar ditawarkan untuk mengajar di sebuah pusat tuisyen yang penuntutnya terdiri daripada anak-anak orang kaya dan elit. Dari saat itu hidupnya berubah serta merta.
Sehinggalah ada peristiwa yang berlaku yang menyebabkan Anand mengambil keputusan untuk berhenti mengajar dan membuka pusat pengajiannya sendiri. Menawarkan pengajian termasuklah makanan dan penginapan secara percuma, Anand menetapkan beliau hanya akan menerima 30 orang pelajar miskin sahaja untuk setiap sesi.
Rating : 9/10
The Theory of Everything ("Teori Segalanya") ialah sebuah filem drama biopik cinta 2014 arahan pengarah James Marsh. Ia mengisahkan riwayat hidup ahli fizik terkenal Stephen Hawking semasa pengajiannya di universiti adaptasi buku catatan pengalaman nukilan isterinya, Jane Hawking berjudul Travelling to Infinity: My Life with Stephen.
Ia dibintangi Eddie Redmayne & Felicity Jones. Cerita ni agak sedih mengenai pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang ada penyakit motor neuron.
Rating : 8/10
Niat untuk membalas dendam terhadap kematian si isteri sukar dilakukan si watak utama filem arahan Christopher Nolan ini mengalami 'anterograde amnesia' atau dalam bahasa mudahnya, sukar untuk menyimpan memori didalam otak.
Cara yang mudah, adalah men’tatu’kan dirinya dan mengambil gambar polaroid agar dapat merujuk kembali setiap pentunjuk yang membawa kepada pembunuh isterinya.
Filem ni agak pening skit dengan plot twist dia. Filem ini memerlukan fokus yang tinggi kerana terdapat flashback yang banyak dan sangat rumit. Memang 'mind blowing'!
Filem lakonan Guy Pearce, Carrie-Anne Moss dan Joe Pantoliano ini bukan sahaja memenangi dua anugerah Oscar, malah ia disimpan didalam arkib National Film Registry US pada tahun 2017. Terima kasih kepada kehebatan Christopher Nolan dalam menghasilkan filem seperti ini.
Rating : 8.5/10
Kisahnya tentang perjalanan lintas waktu demi menyelamatkan dan diselamatkan, ada tiga lapis. Perjalanan lintas waktu dengan kamera perakam, tv dan guruh di langit selama 72 jam sebagai pemicu terciptanya lubang cacing (worm hole).
Pada tanggal 9 November 1989 terjadi peristiwa bersejarah iaitu runtuhnya Tembok Berlin, berita tersebut tersaji di siaran tv, pada malam hari di sebuah rumah di Spanyol. Seorang budak berusia 12 tahun Niko Lasarte sedang berlatih bermain gitar, dirakam dengan kamera diletakkan di atasnya.
Niko mendengar suara mencurigakan dari rumah jirannya. Dia pergi ke rumah jirannya itu dan terkejut karena menemukan mayat tuan rumah Hilda Weiss di lantai. Melihat suaminya Angel Prieto memegang pisau menuruni tangga, Niko ketakutan berlari keluar dan tragisnya dia mati dilanggar kereta ketika sedang lari.
Pada 2014, pasangan suami isteri Vera Roy dan David Ortiz pindah ke rumah Niko bersama anak mereka Gloria. Di dapur mereka menemukan TV lama, kamera perakam, dan kaset. Disini la segalanya berubah.
Movie ni menggunakan 'Butterfly Effect', yang bermaksud jika anda membuat satu perubahan kecil pada suatu peristiwa pada masa lalu, ia akan berubah menjadi peristiwa penting pada masa akan datang. Mirage mempunyai tiga garis masa yang dihasilkan kerana perbualan antara seseorang di masa depan dan masa lalu iaitu antara Vera & Nico.
Cerita ni macam lebih kurang cerita 'Memento' & 'Forgotten'. Jalan cerita dia sangat menarik, tapi memerlukan fokus yang tinggi. Sis pon kadang-kadang konfius! Hahaa.. Tapi overall memang best cerita ni!
Rating : 9/10
Film ini menceritakan tentang perjalanan 4 remaja dari Amerika yang baru habis highschool mengelilingi Eropah untuk menemui seorang wanita di Jerman. Mereka adalah Scott, Chooper, Jennie dan Jamie.
Sepanjang perjalanan menuju ke Jerman tu banyak tempat la yang dorang pergi sebab xde tiket direct flight yang murah, dorang turun di London. Dari London diorang merentasi sempadan ke Perancis, Armsterdamn dan banyak lagi tempat. Cerita ni memang kelakar habis dengan lawak bodoh dorang! Tapi ade lawak 18sx skit! hahaa.. Memang nonstop gelak dari awal sampai habis. Kalau dah penat layan movie yang berat macam cerita 'Christopher Nolan', leh layan movie ni.
Rating : 9.5/10
Pemilik kasino Las Vegas, bertekad untuk mencari cara baru untuk bertaruh, mengatur perlumbaan bagi mendapatkan wang. Iaitu perlumbaan pada jarak 700 km. Pemenang akan mendapat hadiah dua juta dolar. Wang itu disimpan dalam peti besi di sebuah lokasi di sempadan Mexico.
So sepanjang perlumbaan tu, macam-macam cara la dorang lakukan sebab nak menang 2 juta tu. Macam ala-ala amazing race. Nak naik flight tak boleh sebab delay, so orang ikut jalan darat.
Cerita ni pon memang kelakar teruk! Gelak nonstop gaiss! Boleh la untuk release tension! hahaa
Rating : 8.5/10
Ni part I :
Tengok la kalau rajin nanti sis buat review lagi.
In a nutshell, till then guys!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!