Pulau Redang 2020


Assalamualaikum

21 Ogos 2020, Jumaat, 12.00 pm


Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami sampai di Pulau Redang.


The Beach is calling!


Ramai betul manusia kat pulau ni! Semua tengah tunggu turn nak check in bilik. Pukul 2.00 petang baru boleh masuk. Sementara tu kami chill-chill dulu la kat luar ni.


Make sure sentiasa bawa mask dan pakai ya. SOP waktu MCO/PKPP ni agak ketat. Senang cakap semua tempat nak masuk kena tulis nama dan Scan suhu. 

So for me InshaAllah selamat untuk bercuti dalam Malaysia. Terbaik negara kita.



Peta Pulau Redang. Kami stay di Redang Beach Resort.


Time for lunch. Setiap kali waktu makan, mereka akan served terus makanan di meja makan. So bukan lagi buffet style, mungkin untuk menjaga penjarakan sosial. Banyak juga lauk dia & sedap!


Terletak di pantai berpasir putih terpanjang di Pulau Redang, Redang Beach Resort adalah salah satu pusat peranginan yang paling popular dan sangat diminati di Pulau Redang.

Resort ini mempunyai lebih daripada 150 bilik dengan pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Standard Room dan Superior Room adalah antara jenis bilik yang paling popular kerana julat harga yang sangat kompetitif di antara resort di Redang Long Beach.


Harga Pakej Termasuk
  • Tiket feri pergi dan balik (Shahbandar/Merang-Redang Reef Resort-Merang)
  • Penginapan 2 malam
  • 2 x sarapan pagi, 2 x makan tengahari, 2 x Hi tea ,1 x makan malam & 1 x BBQ
  • Trip Snorkeling – COMPLIMENTARY
  • Kemudahan rekreasi

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Marine Park Conservation : RM 5.00 / Dewasa : RM 2.00 / Kanak – kanak
  • Life Jacket & Normal Mask: RM 30.00 / Dewasa & RM 30.00 / Kanak – Kanak


Beberapa tips kalau nak datang bercuti di pulau :

  • Kadang-kadang ada resort yang memang dah ada sabun & shampoo yang kecik2 tu. Tapi untuk kepuasan bole bawa sendiri toiletries asas seperti shampoo, bath foam, ubat gigi dan berus gigi. Bawa sabun buku juga untuk basuh baju (in case kalau korang nak recycle baju).
  • Pakai Selipar Jepun atau Kasut Getah. Sampai sini terus jejak pasir dan air masin.. Lebih praktikal korang pakai selipar terus.
  • Bawa Sunblock. Ini sangat penting. Almaklumlah cuaca memang panas litlit bak ang. Kalau tak pakai nanti balik rumah orang tak kenal plak.. Nampak gigi yang putih je kang.. hahaa.. So, jangan lupa your sunblock. 


Pakai Kasut Pantai

Aku lupa nak beli Kasut Pantai ni sebelum pergi. Menyesal juga sebab kalau korang snorkeling di tengah Laut, korang akan turun di pantai. Kat situ ada banyak batu karang/corals. Kaki aku ada luka masa terpijak corals yang tajam kat sini. Maka, belilah kasut pantai yg boleh kena air tu ye untuk protect kaki uolls k.

Bawak Waterproof Bag

Sila bawa waterproof bag especially kalau korang ada bawa handphone / gadget electronik. Sebab dalam bot lagi dah terpercik-percik air laut. Sayang kalau rosak. Jangan lupa juga protect handphone korang dengan casing waterproof hp yg sesuai. Ni pon menyesal tak bawa sebab tak jumpa pulak cari-cari kat rumah. Tah semua barang2 outdoor aku dah lesap pi mana xtau lah! haha


Time for sunbathing!


Jom layan video dulu :



Ni kat Sandbank ataupun dipanggil Little Maldives. Dia macam pulau kecik kat tengah-tengah laut. Masa ni memang panas terik weh! Dalam pukul 3.00 petang macam tu. Nak pergi sini kena add on pakej sorang RM30 macam tu. 


Kalau nak tengok penyu pon kena add on lagi duit. Pandai dorang ni buat duit. So kami tak pergi pon tengok penyu sebab macam mahal sangat la pula kena tambah Rm50 sorang. Kami ni kan backpackers jer.. Hahaa. 

Tapi lepas tu macam menyesal pula tak pergi tempat penyu tu sebab bukan selalu pun pergi pulau nak jumpa penyu! hahaa. Xpe la xdak rejeki. Bagi aku macam best lagi pergi perhentian sebab pakej snorkeling dia memang akan ada pergi penyu sanctuary sekali. huhuu

I Love you to the beach and back baby! 

Beach More – Worry Less


If there’s a will, there’s a wave


High tides … Good Vibes …


We need Vitamin SEA!


Feelin gud like i shud...


ma beach boy!




Dugong terdampar! hahaaa


Hari kedua

22 Ogos 2020, Sabtu, 9.00 am

Breakfast dulu gaiss!


The tans will fade, but the memories of you will last forever.


Briefing dulu sebelum snorkeling!





Unicorn sudah mari!


The black fish!


Roti buku besar ada dekat Pulau RM7 ya anak-anak. Wahh mewah ya makanan kau ikan. Tak pe kongsi rezeki dengan haiwan moga makin bertambah rezeki kita kan.


Ganas juga ikan hitam yang kelaparan nih! Dia gigit tangan aku! cisss

In a sea of people, my eyes will always search for you.




Long Time no Sea!



Feeling-feeling romantik cikedd! Kasi can la... hahaaa.. 
Bercanda di pasiran pantai!

Dinner time


Sakan dorang ni main kad sampai tengah malam! hahaa


Hari ketiga

23 Ogos 2020, Ahad, 6.00 am


Rajin dorang ni bangun awal pagi nak layan sunrise!

Beautiful sunrise!



Nak balik dah!


Breakfast dulu!


I tengok muka u je pon i dah kenyang! Erkkkk... Jangan muntah gaiss! hahaa




Till we meet again guys!

See you on the next wave!




Sebelum balik KL, kita layan nasi kerabu dulu! So delicious!



In a nutshell, Pulau Redang memang cantik! Jumpa lagi di Pulau yang lain pula! Sis teringin nak pergi Pulau-pulau kat Sabah & try scuba diving! hehee

kbai!



Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS