Bachelorette & Birthday Party
Assalamualaikum Baru-baru ni, kami buat makan-makan sempena meraikan kepulangan sahabat kami ke tanah air selepas setahun tak dapat balik Malaysia disebabkan Covid-19. Beliau balik untuk melangsungkan perkahwinan yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi. Tapi disebabkan PKP, so dorang akan buat yang wajib je la dulu. Nikah PKP style. Majlis resepsi terpaksa ditangguh kan dulu. Jadi bagi meraikan bakal pengantin ni, kami pun plan la nak buat suprise Bachelorette Party & juga sambut birthday sis pada 30 Januari yang lepas. heheee Congrats Bride To Be... “It’s not what we have in life, but who we have in our life that matters.” Happy belated birthday juga buat Linda pada 3/1/2021. Sis 30/1/2021. Perut sama-sama naik nih! hahaaa Aummm... Pizza party! Delicious rainbow cake! yummeh Masing-masing menjoyah... Almaklumlah dah lama tak jumpa nak bergossip. hahaa Yuhuuuu Naga sedang beraksi! #vapeonzz Perasap dulu jampi-jampi cikedd bakal pengantin sebelum naik pelamin! hahaa Welcome...