Al-fatihah untuk Abah


Assalamualaikum


Hampir 2 bulan abah telah kembali ke negeri abadi. Kehilangan abah meninggalkan ruang kosong dalam diri kami sekeluarga.


Aku selalu teringat kat abah. Rasa pilu, sebak. Lagi-lagi masa aku dalam pantang tu mak abah jaga aku dengan baik. Abah la teringin sangat nak cucu. Alhamdulillah hajat dia dah termakbul nak tengok anak-anak dia kawen dan dia pun dah dapat tengok cucu-cucu dia. Bila balik rumah mak jer selalu la terngiang-ngiang abah ajak aku & afiq makan, masa tu bulan puasa. Lepas tu sembang2 hisap rokok kat luar dengan afiq.  


Kalau kami anak-anak sedih apatah lagi mak kami yang dah 36 tahun hidup bersama. Teman hidup susah senang. Pergi mana-mana pun bersama. Dulu dorang hari-hari gaduh, sebab abah jenis kuat membebel, mak pula cool orangnya! Sekarang mak dah takde teman nak gaduh dah! uhukkkk.... Aku pun memang tiap minggu akan balik rumah mak so dia boleh main dengan cucu dia. So xde la mak rasa sunyi sangat.


Dah xde dah fans no 1 aku. Kalau x abah la selalunya stalker aku yang paling tegar sejak zaman Uni! Rasa mcm ada cctv jer. hahaaa.. Apa yang aku tulis, aku post kat blog & fb dia la orang pertama yang baca.. uhukkk.. Sayu pulak rasa. Siap buat youtube lagi abah aku tuh. 


Sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita. Lepas tu tiba-tiba dikejutkan pula dengan kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Aku rasa sedih bukan pasal dia artis ke apa. Tapi sebab dia baru je lahirkan anak & bertarung dengan wabak covid-19. Tak boleh bayangkan perasaan suami & anak-anak dia yang masih kecik tu. Sejak2 aku bergelar ibu ni aku jadi sedih kalau apa-apa jer hal berkaitan anak.

Kematian dia jatuh pada hari Isnin. Kematian dia membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan kebaikan dia sepanjang hidupnya. Terus aku teringatkan abah. Abah memang seorang yang pemurah dan suka bersedekah. Baginda Rasulullah SAW sendiri wafat pada hari Isnin. 

Selamat jalan Abah ke negeri abadi. Kami akan menyusulmu nanti .


1) 17 Jun 2021, abah cucuk vaksin Astrazeneca di UM. Lepas jer suntik abah demam dalam 2-3 hari. Mak ada mesej aku bagitau abah tak sihat, tak lalu makan. Aku pun risau keadaan abah. Mak dah masak bubur pun abah tak nak makan. Tak de selera katanya. Tapi rokok tetap onzzz! So aku ingat ke demam biasa jer sebab masih lagi boleh hisap rokok.

2) 22 Jun 2021, keadaan abah semakin lemah dan jatuh ketika duduk di kerusi di depan rumah, call ambulans mereka bawa ke Hospital Kuala Lumpur.

3) Laporan awal doktor ketika itu, diagnos septic shock (jangkitan bakteria/virus) yang telah menyerang semua organ dalaman. Doktor syak mungkin berpunca daripada kencing tikus.


4) 23 Jun 2021, Doktor call untuk beritahu perkembangan. Abah rupanya ada kencing manis yang sangat tinggi, tekanan darah rendah, jangkitan di bahagian hati, masalah buah pinggang dan lain-lain. Mungkin juga efek daripada vaksin AZ tu telah trigger semua penyakit abah disebabkan immunity badan yang semakin lemah. Selama ni abah tak pernah pergi checkup dan tak pernah ambil ubat apa-apa.

5) 26 Jun 2021, 8.00am, pagi tu aku termimpikan abah. Sebab dah beberapa hari doktor xde call untuk bagitahu perkembangan abah. Kami semua tertunggu call dari pihak hospital. Disebabkan pesakit covid makin ramai hospital mula sesak dan tak dibenarkan datang melawat pesakit.

6) Aku mimpi abah dah boleh balik rumah. Abah balik rumah makan nasi. Sambil tu dia nasihatkan aku. Dia memang nak sangat aku kerja kat oversea jadi Atase' (duta). Itu pun memang impian seumur hidup aku. Haritu ada buka interview untuk Atase'. Abah suruh aku apply, tapi memandangkan aku tengah sarat mengandung masa tu, so aku buat bodo jer. Masa dalam mimpi tu aku melawan cakap dia. Aku cakap bukan senang nak dapat la... blaaa blaaaa.... So dia memang marah sangat dengan aku dan dia pun pergi balik ke hospital dengan adik aku, Arip naik moto.......

Tiba-tiba aku tersentak dari mimpi. Aku rasa sedih sangat terus menangis teringatkan abah. Aku terus bergegas balik rumah mak.

7) Tup-tup interview dia buat bulan April. Masa tu aku baru jer lepas beranak so dalam pantang memang tak la aku nak pergi. Alhamdulilah, rupanya kawan 1 batch aku yang dapat jadi Atase' dan pergi ke Brussel tu! Inshaallah jika buka lagi interview tahun 2024 aku akan pergi. Mana la tau kalau ada rezeki. Amin ya mujib!

8) 26 Jun 2021, 12.00pm, kakak aku pergi ke hospital dengan harapan nak melawat abah. Tapi tak dibenarkan naik ke wad. Dia pun cuba call general line HKL dan alhamdulillah dapat bercakap dengan doktor yang in-charge abah. Doktor bagi naik ke wad. Doktor pun cakap harapan abah macam tipis sebab keadaan dia semakin teruk. Doc suruh panggil semua ahli keluarga datang bergilir2 hari tu juga. Adik aku yang dari kelantan pun terus balik kl pada hari tu juga.

9) Masa tu la baru kami dapat tengok abah setelah 5 hari dia di Hospital. Sedih sangat tengok keadaan abah yang sangat lemah. Betul-betul meruntun hati kami sekeluarga! Berderai air mata, rasa sesak dada, tak sanggup kami tengok keadaan abah macam tuh! Allahu, Abah sangat kurus dan tak mampu bercakap. Doc terpaksa ikat tangan abah dekat katil sebab dia meronta2 nak balik rumah sejak dia 1st day kat hospital & cuba cabut segala wayar kat tangan & badan dia. Tangan dia penuh lebam-lebam kesan suntikan. Ni pertama kali rasanya abah sakit teruk sampai masuk hospital. Dia selalu cakap dulu-dulu, kalau dia dah masuk hospital tu, memang lepas tu dia takkan balik2 dah! Sebab tu dia takut & tak nak masuk hospital sampai la dia dah betul-betul sakit tak berdaya. Kami memang sedih sangat.

10) Doc pun bagitahu keadaan abah. Keadaan abah amat kritikal, tinggal 50-50. Semua organ dia, peparu, buah pinggang, hati, otak dah rosak disebabkan infection. Bahagian hati dia ada something, tapi doc xdpt detect apa dia walapun dah buat ct-scan & mri beberapa kali. Maybe ketumbuhan @ kanser hati. Kalau pernafasan abah dah terhenti, doc bagi option samada nak buat cpr or just let it go......kami speechless! Tapi kalau buat cpr chances dia pun masih xpasti & ada kemungkinan rusuk dia boleh patah. Allahu!

11) Alhamdulillah, Doc ckp dia ada nampak perkembangan positif skit lepas kami datang melawat. Ada respon bila kami cuba bercakap dengan dia. Dia boleh angguk & bagi isyarat tangan. Kami pun ambil kesempatan ni untuk bagi kata-kata semangat, bacakan syahadah & baca yassin untuk abah. Ajar abah mengucap.

12) 27 Jun 2021, mak & adik bergilir-gilir jenguk abah hari-hari di hospital walaupun boleh jumpa dalam 10-15 minit jer untuk tengok perkembangan abah. Abah masih sedar cuma tak boleh bercakap. Hanya minum melalui tiub di hidung & pakai mask oksigen. Hari-hari kami bacakan syahadah dekat abah. Sejak abah masuk hospital, kami hari2 baca yassin & solat hajat kat rumah. Sempat juga buat video call dengan abah masa adik aku pergi melawat di hospital.

13) Pada 9 Julai 2021, abah ditukarkan ke wad CRW (wad pemulihan jantung) sebab pesakit depan katil beliau dijangkiti Covid 19. Bermula tarikh itu, pesakit perlu kuarantin, tiada pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad. Kami waris datang hanya dapat lihat dari sebalik cermin pintu saja. Datang untuk sign consent form untuk sebarang prosedur dengan doktor.


14) 11 Julai 2021, 4.00 petang, dapat panggilan dari hospital cakap abah tenat, sebab abah sudah tidak beri respond kepada nurse/doktor, waris datang tapi dapat tengok dari luar cermin saja.

15) 12 Julai 2021,waktu pagi selepas subuh, akak dapat panggilan dari hospital cakap abah sudah nazak, minta semua ahli keluarga bersedia video call. Wad CRW masih dalam kuarantin, tidak benar kan waris atau pelawat datang dan masuk.

16) Lepas subuh tu aku tertidur & terjaga pukul 8.00 pagi selepas akak aku call untuk get ready vc dengan pihak hospital. Video call bersama semua anak-anak beliau selama 2 jam dari 830am-1030am, sempat kami bacakan Yassin 2 kali, surah-surah dan ajarkan mengucap kepada abah sampailah saat akhir abah menutup mata.

Innalillahiwainnailaihirajiun.....

Selama 18 hari abah bertarung nyawa melawan kesakitan di Hospital. Nampak air mata mengalir di hujung mata abah. Allahu abah dah xde!.........

17) Terima kasih kepada nurse yang sanggup pegang kan hp selama 2 jam itu. Sebab kematian doktor sahkan sebagai septic shock with multiple organ failure.

18) Proses mandi, kafan dan solat jenazah di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Desaria, PJS 4. Alhamdulillah urusan pengebumian abah dipermudahkan. Sebelum Asar semua dah setel. Terima kasih kepada adikku Arief, suamiku, abang Hafiz, Acik, makcik & family tok ndak (bapa sedara abah) yang banyak tolong uruskan jenazah. Ahli keluarga lain tak dapat datang disebabkan PKP dan tak boleh merentas negeri. Semua pun rasa terkejut sebab abah jatuh sakit dengan tiba-tiba.

19) Berakhirlah perjalanan abah di dunia, arwah Mohamad Hata Bin Ghazali pada hari Isnin, 10.30am tanggal 9 Zulhijjah 1442H bersamaan 12 Julai 2021.

14.12.1958 - 12.7.2021

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Didoakan diampunkan segala dosanya serta diluaskan kuburnya.


"Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia". 

Amin Allahumma amin.


Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kepada-NYA jua lah kita akan kembali.




Comments

  1. sedihnya. sama juga ayah saya kak., kena covid. dr buat vc dr saat dia nazak, sampai dia tutup mata. mmg sy akan ingat seumur hidup. sedih tak hilang sampai skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je lah kenangan terakhir bersama arwah. Dapat VC tu. Salam takziah & Alfatihah juga utk arwah ayah adik ye.

      Delete
  2. "Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."
    Salam takziah dari akak. Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah serat dikurniakan tempat bersama orang beriman. Ramai yg kehilangan dgn pandemik covid ni. akak doakan terus kuat yea. Alfatihah

    ReplyDelete
  3. Alfatihah..salam takziah.."Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu."

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS