Posts

Showing posts from March, 2022

Putuo Village

Image
Assalamualaikum Welcome to PUTUO VILLAGE! Tempat ini didiami oleh penganut ajaran Buddha yang mempunyai banyak sejarah dan lagenda. Terletak di kawasan hutan buluh dan diletakkan Dewa Guanyin di dalam kuil.  Oleh itu, perkampungan Putuo ini dibina atas tradisi unik dan kemewahan kaum Buddha dari segi seni dan penceritaan bagi menarik pelancong yang inginkan keindahan dan kedamaian alam semula jadi. Ade budak nangis pulak.. uhukkk ⏰  Waktu Operasi: 8:30 pagi – 6.00 petang (Setiap hari) 📍 Alamat: Lot 1488, Jalan Inas Taib Andak, Off Jalan Kulai Kota Tinggi, 81000 Kulai Johor ☎️  No. Telefon: 07-213 3398 Pintu masuk depan Sini ada banyak Insta-Worthy Spot gaiss! hehee Sis suka dengan suasana pokok buluh di sini. Nyaman dan menenangkan. Taman Putuo Village ini di bina bersebelahan dengan Kuil Buddha bagi masyarakat TiongHua. Jadi tidak lah menganggu untuk kita bergambar di tamannya. (sebab di luar kawasan kuil) Harga tiket masuk RM5 seorang.  Murahkan.. Ok lah berbaloi ...

My sis eday, Ana & Man

Image
Assalamualaikum Telah berlangsung majlis pertunangan adik sis yang ke empat iaitu Farhana pada 25 Disember 2021 yang lalu. Sempena cuti hari krismas.  Ni semua cerita tahun lepas sis baru nak update. hahaa. Almaklumlah hidup semakin buzy sejak dah ade anak.    My hiking, running, training & lagho buddy dah selamat jadi tunangan orang.  Teringat pula masa sis bertunang dulu. Tapi kali ni berbeza. Arwah abah dah tak de. Kalau tak arwah la yang paling seronok nak dapat bakal menantu. uhukkk... Alfatihah untuk abah. Kali ni Acik la jadi jurucakap wakil bagi pihak perempuan. Throwback : My E-Day Nadz & Afiq Renjis-renjis dipilis Kelakar si Rosman ni malu-malu kuccing gittewww.. Miawww Dak seketul ni dengan acik Macam baby doll budak kecik ni muka ketat jer xmo senyum! haha Sisters! In a nutshell, Tahniah Ana & Rosman! Selamat bertunang.