Ladang Kenaf, Perlis
Ladang Kenaf Chuping Valley, Perlis Kenaf atau nama saintifiknya dikenali sebagai Hibiscus Cannabinus adalah tumbuhan yang cepat tumbuh. Kenaf boleh dituai 3-4 bulan selepas ditanam kerana seratnya yang berkualiti tinggi. Kenaf berkait rapat dengan kapas, bendi dan roselle. Apa yang menarik , ketika musim pokok ni berbunga sangat cantik untuk bergambar dan mengambil 'OOTD'. Ditambah pula dengan persekitaran yang menghijau lagi sedap mata memandang. Untuk datang ke sini, korang guna Jalan Chuping hala ke Padang Besar. Ladang ini berhampiran tapak projek Chuping Valley dan berlatarkan scenery Bukit Chabang, ikonik Negeri Perlis. Pemandangan menarik adalah waktu pagi sekitar 6.45 - 8.45 ketika bunga berkembang. Bunga kenaf akan menguncup semula apabila panas. Masuk adalah percuma dan parking juga disediakan oleh pihak ladang. Masa kami datang ni bulan 5, so bukan musim dia... Adehhh... baru nak ootd kat tengah ladang tuh... hahaa hampa cheq Expectation vs reality.... hahaaa.. Kre...