Jalan2 Alor Setar

Assalamualaikum


Hari tu aku jalan-jalan ke Alor Star, Kedah. 

Jom tengok apa yang menarik kat sini.


Menara Alor Setar ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina oleh Telekom Malaysia dengan kos RM40 juta.


Menara telekomunikasi ini merupakan yang ke-2 tertinggi di Malaysia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.


Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandaraya Alor Setar. Di menara ini, pelawat dapat menikmati pemandangan indah Bandaraya Alor Setar.


Star View

'Star View' pula adalah bilik kaca yang dibina pada ketinggian 105 meter dengan kos RM20 Juta. Orang ramai yang mengunjungi Menara Alor Setar berpeluang menyaksikan keindahan dan pemandangan bandar raya ini melalui bilik kaca tersebut.

Pembinaan bilik kaca itu diilhamkan daripada kejayaan dua bilik kaca yang terdapat di Menara Kuala Lumpur.


Teringat skybox dia macam dekat menara KL



Gayat sis bila tengok bawah ni. hahaa


Terdapat dua bilik kaca berwarna hijau dan kuning di Menara Alor Setar yang melambangkan warna ikonik Kedah dibina dengan lantai kaca bersaiz empat meter persegi pada ketinggian 105 meter yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan Alor Setar.


Bilik kaca pertama atau Star View 1 yang berwarna hijau membolehkan pengunjung melihat keindahan panorama sawah padi dengan keindahan Gunung Keriang, manakala menerusi Star View 2 yang berwarna kuning pengunjung boleh melihat bangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat serta pemandangan sejauh ke Pulau Langkawi.


Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.


Nak tengok harga tiket boleh usha kat sini :



Dak kecik ni pun gayat rupanya! hahaaa.. Suruh dia dok kat tengah2 tu dia xnak


Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Di atas sini juga terdapat restoran dan kedai cenderamata. 


Starsky Restaurant & Lounge adalah restoran berputar yang pertama & satu-satunya di Alor Setar, Kedah.





Kat bawah ni ada dataran orang main basikal & skuter elektrik





Tq nenek Xue aka tuan rumah bagi kami singgah bermalam. Moga ketemu lagi!


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS