Ladang Kenaf, Perlis


Ladang Kenaf Chuping Valley, Perlis


Kenaf atau nama saintifiknya dikenali sebagai Hibiscus Cannabinus adalah tumbuhan yang cepat tumbuh. Kenaf boleh dituai 3-4 bulan selepas ditanam kerana seratnya yang berkualiti tinggi. Kenaf berkait rapat dengan kapas, bendi dan roselle.

Apa yang menarik , ketika musim pokok ni berbunga sangat cantik untuk bergambar dan mengambil 'OOTD'. Ditambah pula dengan persekitaran yang menghijau lagi sedap mata memandang.


Untuk datang ke sini, korang guna Jalan Chuping hala ke Padang Besar. Ladang ini berhampiran tapak projek Chuping Valley dan berlatarkan scenery Bukit Chabang, ikonik Negeri Perlis.

Pemandangan menarik adalah waktu pagi sekitar 6.45 - 8.45 ketika bunga berkembang. Bunga kenaf akan menguncup semula apabila panas. Masuk adalah percuma dan parking juga disediakan oleh pihak ladang.


Masa kami datang ni bulan 5, so bukan musim dia... Adehhh... 
baru nak ootd kat tengah ladang tuh... hahaa hampa cheq


Expectation vs reality.... hahaaa.. Kredit to Gaya Travel


Kenaf merupakan tanaman industri yang berpotensi tinggi untuk ditanam dalam iklim tropika. Ia merupakan sumber bahan mentah untuk industri berasaskan gentian dan pengeluaran kertas.

Kenaf boleh menghasilkan tali, benang, kain guni dan kegunaan komersial. Kegunaan lainnya ialah Kenaf juga digunakan dalam pembuatan produk kertas, bahan binaan dan sebagai makanan haiwan. Kenaf terdiri daripada empat komponen penting yang berguna iaitu biji Kenaf, batang Kenaf, daun Kenaf dan bunga Kenaf.


Negeri Perlis menyumbang antara 30 - 40 metrik tan benih kenaf bagi keperluan penanaman kenaf seluruh negara.


Kawasan ini asalnya adalah ladang tebu. Kemudian diganti dengan tembakau dan sekarang dipenuhi tanaman kenaf.


In a nutshell, kalau nak datang sini kena tengok musim dia berbunga. 
Baru la cun nak OOTD... hehee







 

Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak